omniture

Pengalaman VR Husqvarna Bertukar Menjadi Merah Jambu Sepanjang Oktober

Husqvarna
2016-10-03 16:00 549

HUSKVARNA, Sweden, 3 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Bagi meraikan dan mengiktiraf kesemua pembalak dan ahli arbor wanita di seluruh dunia, gergaji rantai dalam permainan Realiti Maya, Husqvarna Limberjack akan bertukar menjadi warna merah jambu sepanjang bulan Oktober ini.     

Husqvarna Limberjack ialah permainan pengalaman pemangkasan dan pembalakan Realiti Maya (VR) dalam talian pertama di dunia, yang dilancarkan oleh Husqvarna 2016. Pengalaman VR gergaji rantai ini merupakan sebahagian daripada komitmen Husqvarna untuk meninjau peluang baharu yang dapat membantu mengasah kemahiran dan meningkatkan keselamatan dalam bidang penjagaan pokok. Pada bulan Oktober, pembangun permainan ini mengubah warna gergaji rantai dalam permainan ini daripada warna jingga menjadi merah jambu.  

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7935151-husqvarna-vr-experience-goes-pink/

"Gergaji rantai berwarna merah jambu ialah satu simbol penghargaan kami terhadap kesemua pembalak dan ahli arbor wanita di serata dunia yang menghabiskan masa sepanjang hari menjaga pokok-pokok dan hutan. Kami berharap agar inisiatif kecil ini dapat bertindak sebagai peringatan untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana yang dapat membantu mencari penawar untuk kanser payudara," kata Margaretha Finnstedt, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam & Komunikasi, untuk Divisyen Husqvarna.                                                                 

Cara bermain  

Pengalaman VR Husqvarna membawakan pemain ke kawasan pergunungan yang sungguh indah berserta tasik dan pemain perlu menggunakan gergaji rantai Husqvarna 359 berwarna merah jambu untuk memangkas 24 dahan daripada kayu balak yang berukuran 2.7 meter panjang. Pemain perlu mengambil gergaji rantai itu dan memangkas dahan dengan tepat dan sepantas mungkin. Seperti seorang pembalak profesional, pemain perlu menggergaji dengan pantas dan tepat. Permainan ini dioptimumkan untuk HTC Vive dan boleh dimuat turun secara percuma melalui Steam dan juga turut tersedia melalui http://www.limberjackvr.com.

Perihal kemahiran memangkas 

Kemahiran memangkas merupakan kaedah pembalakan secara profesional yang sukar dan memakan masa selain memerlukan kemahiran yang baik. Ia merujuk kepada proses memangkas dahan daripada pokok yang tumbang sebelum kayu balak itu dialihkan. Husqvarna Limberjack adalah hasil inspirasi salah satu daripada lima kategori dalam Kejuaraan Pembalakan Sedunia, satu pertandingan yang diadakan dua kali setahun yang menghimpun para pembalak terbaik dari serata dunia.

Semua imej boleh dimuat turun melalui http://www.husqvarna.com/press

http://photos.prnewswire.com/prnh/20160930/413902 

Source: Husqvarna
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Corporate Social Responsibility Women-related news