Pemimpin HR mendorong impak perniagaan dengan mengoptimumkan pembuatan keputusan dalam keperluan perancangan dan bakat tenaga kerja
SAN FRANCISCO, 5 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Anaplan, platform perancangan dan pengurusan prestasi terkemuka dunia, hari ini mengumumkan bahawa aplikasi perancangan tenaga kerjanya terus menarik perhatian jabatan HR dalam perniagaan global terkemuka. Melalui kerjasama pilihan dengan Deloitte, PwC, Accenture, OpenSymmetry dan Workforce Insight, selain daripada pengenalan aplikasi perancangan penggantian dan pemodelan pampasan dan ekuiti, bilangan pengguna yang menggunakan suit aplikasi perancangan tenaga kerja Anaplan meningkat lebih dua kali ganda sejak suit itu dilancarkan setahun lepas. Platform dan portfolio aplikasi perancangan tenaga kerja Anaplan akan dipamerkan di persidangan HR Technology minggu ini di Chicago, IL, di reruai Anaplan #2020.
Beberapa perniagaan terkenal di dunia, termasuk American Express Global Business Travel, Lacoste, Pasona Tquila, Tableau dan TELUS, telah memilih Anaplan untuk Perancangan Tenaga Kerja bagi mengoptimumkan pembuatan keputusan sumber manusia.
Tableau pada awalnya memilih Anaplan untuk perancangan kuota jualan dan ramalan jualan sebelum membuat keputusan menggunakannya untuk perancangan tenaga kerja. "Mereka sukakan alat tersebut," ulas Roya Williams, Pengurus Kanan, Operasi Perniagaan, menggambarkan pasukan perancangan jualan sebagai pengguna Anaplan yang setia. "Kami gembira kerana dapat meluaskan penggunaan platform yang sudah sedia terlaksana dalam syarikat. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari ketangkasan yang ditawarkan oleh Anaplan."
"Perancangan Tenaga Kerja Anaplan ialah satu-satunya penyelesaian dalam pasaran yang berkeupayaan untuk menyatukan perancangan tenaga kerja operasi yang mepunyai fungsi khusus dengan proses perancangan strategik pihak pengurusan," ulas Scott Guinn, Ketua Rangkaian Produk Anaplan, Aplikasi Perancangan Tenaga Kerja. "Dengan Anaplan, pelanggan kami dapat mempercepatkan dan menyesuaikan proses perancangan mengikut keperluan perniagaan dalam mana-mana jabatan dan untuk mana-mana industri."
Suit aplikasi perancangan tenaga kerja Anaplan telah dikembangkan daripada perancangan bilangan pekerja dan gaji yang merupakan kebiasaan dalam bidang perancangan kepada pelbagai jenis penggunaan lain. Hab Aplikasi Anaplan menawarkan 140 aplikasi perancangan, 24 daripadanya merupakan tambahan baharu untuk suit perancangan tenaga kerja. Ini termasuk:
"Ramai pemimpin HR menyedari bahawa perancangan tenaga kerja tidak boleh lagi dilaksanakan secara berasingan kerana ketelusan dan keselarasan data data dengan bahagian lain perniagaan, terutamanya kewangan, adalah penting untuk kejayaan keseluruhan organisasi," ulas Holger Mueller, naib presiden dan penganalisis utama di Constellation Research. "Inovasi berterusan dalam platform awan akan mengubah dan akhirnya menggantikan sistem dan proses lama di samping mengupayakan perusahaan untuk penyepaduan penuh perancangan dan peramalan dalam semua bidang perniagaan."
Anaplan menyelesaikan pelbagai perancangan tenaga kerja dan cabaran pengoptimuman yang boleh diskalakan kepada organisasi besar dan kompleks. Menggunakan platform Anaplan ini, pemimpin HR mempunyai kejelasan terhadap keperluan dan perancangan dan objektif jabatan lain, termasuk Kewangan, Jualan, Rantaian Bekalan, Pemasaran, Teknologi Maklumat dan Operasi, membolehkan perancangan perniagaan bersepadu sepenuhnya.
Latar Belakang Anaplan:
Anaplan ialah platform perancangan dan pengurusan prestasi terkemuka untuk perniagaan pintar. Anaplan memberikan aplikasi hebat enjin perancangan dan pemodelan, analitik ramalan, kerjasama dalam awan dan antara muka ringkas untuk pengguna perniagaan. Anaplan merupakan syarikat pegangan swasta yang beribu pejabat di San Francisco, CA, dengan pejabat di 15 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati anaplan.com. Ikut kami di: Twitter, LinkedIn, YouTube dan Facebook.
Hubungan Media
Anaplan – Consort Partners (Amerika Utara)
(210) 382-2165
press@anaplan.com