omniture

Inovasi Hijau, Pembangunan Bersama: Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China Akan Datang Tidak Lama Lagi

Yiwu China Commodities City Exhibition
2016-10-05 21:59 660

YIWU, China, 5 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China Kali ke-9 akan berlangsung pada 1-4 November 2016 di Pusat Pameran Antarabangsa Yiwu. Pameran ini bakal membuka tirainya dalam tempoh sebulan dari sekarang dan perekrutan pempamer, tarikan pelaburan dan aktiviti sokongan lain sudahpun berada di fasa terakhir. 

Ribuan pembekal berkualiti dan lebih 100 ribu pembeli dari seluruh dunia akan berhimpun di Pameran ini di mana China akan mempamerkan teknologi dan produk terkini, inovasi perhutanan yang paling popular, dan produk ekologi asli. Para pengunjung akan menikmati pengalaman hijau yang menyegarkan di Pameran ini. 

Pameran Produk Hutan Kali Ke-9 ini akan meluaskan tapak pamerannya kepada 80,000m2, menawarkan 3,600 reruai standard. Pameran ini akan dibahagi kepada lapan kategori, iaitu Perabot & Aksesori, Kraftangan Kayu & Buluh, Keperluan Harian daripada Kayu & Buluh, Bahan Binaan Balak & Kayu, Makanan Hutan, Produk Teh, Bunga-bungaan & Perkebunan, Teknologi Perhutanan & Peralatan Perhutanan.

Dengan memberi fokus kepada kesan ekonomi, Pameran ini akan menumpu kepada promosi dagangan produk perhutanan dan dalam masa yang sama menjadi perintis bagi banyak pameran kumpulan etnik dan yang berciri serantau. "Koleksi Produk Agro-perhutanan Taiwan", "Butik Perabut Kayu Ros", "Produk Perhutanan 'Masyarakat Perempuan' ('She People'), sebuah kumpulan etnik di Wilayah Zhejiang", "Produk Buluh Klasik", "E-perdagangan Agro-perhutanan", "Produk Kreatif Perhutanan" adalah sebahagian tema unik pameran yang menjadi pilihan para pengunjung.  Selain itu, terdapat juga zon bertemakan "Satu Jalur dan Satu Jalan" – yang mencerminkan inisiatif ekonomi China terkini dan menghidangkan pengunjung dengan pengalaman visual Laluan Sutera Maritim Abad ke 21.

Sama ada anda gemarkan produk yang anggun bergaya atau produk perhutanan kesenian orang asli, anda boleh menemui kesemuanya di Pameran Produk Hutan ke-9.

Latar Belakang Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China yang dianjurkan oleh Pentadbiran Perhutanan Negeri dan Kerajaan Rakyat Wilayah Zhejiang diadakan setiap tahun sejak 2008. Pameran Hutan ini merupakan satu pameran hijau, rendah karbon dan mesra alam, dengan fungsi urusniaga yang hebat, peluang perniagaan yang terbuka luas, pengaruh antarabangsa yang menyerlah dan sistem perkhidmatan yang sempurna. Pameran Hutan merupakan satu-satunya pameran agro-perhutanan China, dan pameran kedua di dunia yang mendapat akreditasi Persatuan Global Industri Pameran (UFI).

Hubungi:
Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China
Hui Wang, +86-579-85415888
service@yiwufair.com

 

Source: Yiwu China Commodities City Exhibition
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Household Products Paper/Forest Products/Containers Trade policy Trade show news