omniture

Udit Batra dari Merck Terima Anugerah 'CEO Terbaik Tahunan' daripada CPhl Pharma

Merck
2016-10-06 19:57 525

- Syarikat juga memenangi dua anugerah kecemerlangan inovasi bagi SRP 80 Parteck® dan program Emprove®

DARMSTADT, Jerman, 6 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat peneraju sains dan teknologi hari ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi perniagaan sains hayatnya, Udit Batra, dinobatkan sebagai "CEO Terbaik Tahunan" bagi tahun 2016 oleh CPhI Pharma kerana komitmen beliau dalam meningkatkan inovasi sains hayat di peringkat global.

generated by system

Syarikat juga memenangi dua Anugerah CPhI Pharma — satu kerana kecemerlangan dalam pembangunan eksipien dan formulasi dan satu lagi pula kerana prosedur dan pematuhan kawal selia. CPhI mengumumkan anugerah ini di majlis anugerah tahunan syarikat tersebut yang berlangsung pada 4 Oktober di Barcelona, Sepanyol.

"Kemajuan dalam penemuan ubatan menghasilkan lebih banyak terapi yang kompleks.  Ia menuntut inovasi pembangunan dan pengeluaran ubatan yang lebih pantas," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan CEO, Life Science. "Di Merck, kami akan terus memperkasakan penyelidik dan saintis dengan penyelesaian meningkatkan kualiti dan kecekapan pembangunan ubatan, membantu mereka menyelesaikan cabaran terbesar mereka. Bagi pihak Merck, saya amat berbesar hati menerima anugerah ini."

Pengiktirafan daripada organisasi berprestij ini menampilkan beberapa teknologi dan penyelesaian bertaraf dunia milik syarikat untuk penyelidik, pembangun ubatan dan pengguna makmal klinikal yang berusaha untuk merawat penyakit.

Anugerah CPhI Pharma mengiktiraf inovasi perintis Merck dalam teknologi, formulasi, prosedur kawal selia dan pembangunan produk. Merck menerima anugerah teknologi yang berikut:

  • SRP 80 Parteck® SRP 80 memenangi "Pembangunan Eksipien dan Formulasi." SRP 80 Parteck® merupakan eksipien berfungsi langsung boleh mampat yang direka untuk formulasi oral lepasan beransur. Ia sintetik sepenuhnya bagi mendapatkan ketekalan kumpulan-ke-kumpulan dan prestasi, serta meningkatkan ketersediaan bio bahan aktif.
  • Program Emprove® memenangi "Prosedur dan Pematuhan Kawal Selia". Program ini menyediakan dokumentasi dan maklumat kawal selia bahan yang digunakan dalam penghasilan produk ubatan. Maklumat ini meningkatkan ketelusan, membantu aliran kerja penilaian risiko pihak pengeluar dan kelayakan pembekal.

CPhI ialah organisasi global yang menghubungkan orang ramai dengan sektor farmaseutikal dan mencipta peluang bagi syarikat farmaseutikal untuk membangunkan perniagaan baharu, menemui pelanggan, melancarkan produk baharu, mempromosi jenama dan menembusi pasaran baharu. Anugerah CPhI Pharma mengiktiraf firma sains hayat yang mengubah inspirasi menjadi inovasi dan meraikan pemikir dan pencipta yang membuat penemuan baharu dalam formulasi, pembangunan proses, pembungkusan dan teknologi.  

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel serentak dengan ketersediaannya di Laman Sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau memberhentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck merupakan syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi.  Kira-kira 50,000 kakitangan bekerja untuk membangunkan teknologi yang menambahbaik dan mempertingkatkan kehidupan – daripada terapi biofarmaseutikal hinggalah kepada rawatan kanser atau sklerosis berbilang, daripada sistem yang terkini dan canggih bagi penyelidikan dan pengeluaran saintifik, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada 2015, Merck menjana jualan sebanyak € 12.85 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada 1668, Merck merupakan syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasas kekal sebagai pemegang saham berbesar kumpulan syarikat yang tersenarai awam ini. Merck memegang hak global bagi nama dan jenama Merck. Pengecualian hal ini hanya di Amerika Syarikat dan Kanada di mana syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards