- Menyediakan sokongan pelanggan dan kolaborasi daripada praklinikal hingga pengeluaran skala penuh dalam persekitaran bukan GMP
- Akses langsung kepada portfolio produk dan kepakaran teknikal Merck
- Simulasi pembuatan merangkumi pembangunan keseluruhan proses hujung-ke-hujung
INCHEON, Korea Selatan, 7 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Merck, syarikat peneraju sains dan teknologi, hari ini mengumumkan pembukaan Pusat Kolaborasi M Lab™ di daerah Songdo Incheon, Korea, salah satu hab bioteknologi yang paling pesat berkembang di Asia. Pusat ini menyediakan persekitaran penerokaan yang berkongsi di mana mereka akan bekerjasama rapat dengan saintis dan jurutera Merck untuk menyelesaikan cabaran terhebat mereka dan mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran terapi baharu.
"Dengan perkembangan pesat industri biofarmaseutikal dan permintaan terhadap terapi yang baharu dan lebih murah di seluruh dunia, wujud keperluan kepada konsep inovatif seperti Pusat Kolaborasi kami," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Life Science. "Di pusat baharu kami di Incheon, para pelanggan akan mendapat manfaat daripada kepakaran teknikal kami yang mendalam dalam membangunkan proses untuk mengeluarkan ubatan dengan lebih pantas, lebih selamat dan lebih berkesan berbanding sebelumnya."
Pusat Kolaborasi M Lab™ baharu menggantikan kemudahan yang lebih kecil di Seoul dan ia dapat memenuhi keperluan pasaran biofarmaseutikal Korea yang semakin berkembang dengan lebih baik. Pusat canggih yang baharu ini mempunyai simulasi persekitaran pengeluaran dan menawarkan sokongan pembangunan keseluruhan proses hujung-ke-hujung. Selain itu, pendidikan tentang amalan terbaik dan pendekatan baharu untuk membangunkan, mengoptimumkan dan meneruskan proses ke peringkat seterusnya serta memudahkan pemindahan teknologi global akan turut ditawarkan kepada pelanggan.
Dengan ruang seluas 1,865 meter persegi dan lebih daripada sepuluh orang saintis dan jurutera yang amat terlatih, Pusat Kolaborasi M Lab™ akan memberi khidmat kepada pengilang biofarma tempatan, dalam spektrum organisasi pengeluar yang luas, bermula dengan organisasi multinasional seperti Samsung Biologics hinggalah kepada syarikat-syarikat baharu yang membangunkan biologik untuk merawat penyakit nadir atau jenis-jenis kanser yang berbeza.
"Pusat Kolaborasi M Lab™ baharu ini akan memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan teknikal dan latihan kepada kakitangan biofarmaseutikal Korea," kata TH Kim, CEO Samsung BioLogics. "Keputusan Merck untuk melabur di Songdo yang pesat berkembang sebagai hab pengeluaran biologik terbesar di dunia dengan 520 KL kapasiti kilang menjelang 2018, merupakan satu detik penting dalam pembangunan Kluster Bio Songdo, yang akan mempercepatkan pertumbuhan Incheon dan industri Biofarmaseutikal Korea di masa depan."
Pusat Kolaborasi M Lab™ baharu di Incheon ialah salah satu daripada sembilan pusat yang sepertinya di seluruh dunia. Setiap satu pusat ini membolehkan pengilang farmaseutikal meneroka kaedah baharu meningkatkan pengeluaran, menambahbaik proses dan mengurangkan risiko dengan memberikan mereka akses kepada pasukan pakar bertaraf dunia. Para pelanggan dapat mengakses alatan dan kaedah pensaizan dan simulasi serta sokongan analitikal dan pemodelan. Kursus pendidikan formal pemprosesan bio juga disediakan, termasuk latihan dalam bilik darjah yang tradisional dan sesi amali yang interaktif.
Majlis perasmian dihadiri oleh Stephan Auer (Duta Jerman), Prof. Dr. Gerhard Sabathil (Duta dan Ketua Deligasi Kesatuan Eropah di Republik Korea), Seung Tack Park (Ketua Pengarah Polisi Pelaburan, Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga), Dr. Jeong Bok Yoo (Datuk Bandar bagi Bandar Metropolitan Incheon), Young Geun Lee (Pesuruhjaya, pentadbiran Bandar Incheon), Dr. Frank Stangenberg-Haverkamp (Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Lembaga Keluarga, E. Merck KG) dan Dr. Udit Batra (Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan CEO, Life Science).
Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel serentak dengan edaran di Laman Sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau memberhentikan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck merupakan syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangan bekerja untuk membangunkan teknologi yang menambahbaik dan mempertingkatkan kehidupan – daripada terapi biofarmaseutikal hinggalah kepada rawatan kanser atau sklerosis berbilang, daripada sistem yang terkini dan canggih bagi penyelidikan dan pengeluaran saintifik, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada 2015, Merck menjana jualan sebanyak € 12.85 bilion di 66 negara.
Ditubuhkan pada 1668, Merck merupakan syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasas kekal sebagai pemegang saham berbesar kumpulan syarikat yang tersenarai awam ini. Merck memegang hak global bagi nama dan jenama Merck. Pengecualian hal ini hanya di Amerika Syarikat dan Kanada di mana syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.