omniture

Calypso Dipilih Sebagai Penyedia Teknologi Terbaik Tahunan oleh AsiaRisk Magazine

Firma Teknologi Kewangan turut merangkul beberapa anugerah Asia lain
Calypso Technology
2016-10-08 02:37 618

SAN FRANCISCO, 8 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Calypso Technology Inc., penyedia utama perisian pasaran modal, mengumumkan ia telah dipilih sebagai Penyedia Teknologi Terbaik Tahun 2016 oleh AsiaRisk Magazine.

"Anugerah ini amat mengujakan buat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Calypso, Pascal Xatart. "Kami berasa berbesar hati kerana barisan pakar daripada syarikat penerbitan yang amat disegani memilih kami sebagai vendor teknologi terunggul bagi rantau ini. Anugerah ini juga melambangkan usaha terbaik Calypso – komitmen kami dalam mengenal pasti keperluan unik pelanggan kami serta kebolehan kami menyediakan penyelesaian yang mantap khusus buat mereka."

Pemenang anugerah Penyedia Teknologi Terbaik Tahunan ini ditentukan oleh sepasukan hakim yang menilai setiap permohonan bertulis, menemubual kesemua finalis dan menghubungi rujukan pelanggan bagi mengesahkan segala pengakuan setiap vendor. Pertandingan ini amat sengit bagi tahun ini, memandangkan para hakim menerima lebih 30 permohonan.

Program penyetempatan Calypso yang kukuh di Asia, digabungkan dengan kejayaan komersial di rantau ini ialah faktor-faktor yang membezakan firma tersebut daripada kalangan pesaingnya.

"Ciri yang benar-benar menonjol untuk Calypso tahun ini ialah bentuk perniagaan yang khusus untuk Asia," ulas Aaron Woolner, editor AsiaRisk. "Syarikat ini mempamerkan komitmen sebenar untuk memberikan penyelesaian yang bukan diambil terus dari Eropah atau AS tetapi disesuaikan untuk kegunaan tempatan. Mewujudkan sistem yang mampu diadaptasi dengan tempahan pasaran tempatan dan keperluan kawal selia dapat menyediakan nilai tambah sebenar kepada pelbagai kumpulan pelanggan Asia. Calypso bakal menjadi pesaing yang hebat bagi merangkul anugerah penyedia teknologi di masa depan."

Selain anugerah berprestij ini, baru-baru ini, Calypso turut meraih tempat pertama bagi penyelesaian penjelasan dan cagaran untuk Penarafan Teknologi AsiaRisk 2016, diterbitkan awal bulan ini. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Calypso menduduki tempat pertama bagi penyelesaian penjelasan, dan tahun kedua berturut-turut menduduki tempat pertama bagi penyelesaian cagaran. Tidak seperti anugerah Penyedia Terbaik Tahunan, keputusan ini berdasarkan jumlah undi pembaca sepenuhnya.

Akhir sekali, Calypso turut meraih anugerah "Produk Teknologi Baharu Terbaik: Risiko" menerusi Anugerah Asia Futures and Options World (FOW) 2016 hasil tawaran utiliti berasaskan awan SA-CCR mereka yang inovatif. Tahun lalu, Calypso merangkul anugerah yang sama untuk penyelesaian penjelasan.

Latar Belakang Calypso Technology, Inc.                                               

Calypso Technology, Inc. ialah penyedia utama bagi penyelesaian teknologi rentas aset depan-ke-belakang untuk pasaran kewangan. Ia menyediakan pelanggan dengan sebuah platform bagi tujuan penggabungan, inovasi dan pertumbuhan. Dengan 19 tahun pengalaman menyediakan perisian dan perkhidmatan untuk tujuan perdagangan, pengurusan risiko, pemprosesan dan juga perakaunan, penyelesaian Calypso mempermudahkan urusan perniagaan yang rumit dan cabaran dalam bidang teknologi. Penyelesaian Calypso memenuhi keperluan untuk pasaran modal, pengurusan pelaburan, penjelasan, cagaran, perbendaharaan dan kecairan. Para pelanggan boleh mendapat faedah daripada kecekapan yang lebih hebat, pengurusan risiko yang ditingkatkan, peruntukan modal yang lebih baik, pematuhan kawal selia yang lebih pantas, proses pembangunan produk yang lebih cepat dan pengurangan Jumlah Kos Pemilikan. Calypso Technology menawarkan penyelesaian yang dapat meningkatkan keandalan, kesesuaian dan kebolehskalaan.

Calypso digunakan oleh lebih 34,000 ahli profesional pasaran di lebih 60 buah negara yang mewakili lebih 200 institusi kewangan di seluruh Asia, benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan juga Afrika. Calypso Technology menggaji lebih 700 kakitangan di 21 buah pejabat global, yang beribu pejabat di San Francisco, California. "Calypso" ialah tanda dagangan berdaftar Calypso Technology, Inc. di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan bidang kuasa lain. Tanda dagangan atau tanda perkhidmatan pihak lain adalah hak milik pemilik masing-masing yang perlu dihormati. www.calypso.com

Maklumat Perhubungan Media:

Calypso Technology
Chris Shayne
chris_shayne@calypso.com
+1-415-530-4147

Source: Calypso Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards