omniture

Spin Master mendedahkan apa tersimpan di dalam telur: Hatchimals menetas tepat masanya di musim cuti

Spin Master
2016-10-08 23:58 574

TORONTO, 8 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Spin Master Corp. (TSX:TOY), syarikat hiburan kanak-kanak terkemuka, mendedahkan dunia keajaiban dan penerokaan melalui Hatchimals. Sejak pendedahan awal di beberapa Pameran Mainan terpilih seluruh dunia awal tahun ini, Hatchimals telah menjadi mainan paling dinantikan bagi tahun 2016. Mainan baharu yang mengujakan ini, yang dilancarkan hari ini, telahpun menempa nama dalam senarai mainan paling terkenal, termasuk di Target, Wal-Mart, Toys 'R' Us dan Kohl's.

generated by system

Diperam di dalam sebutir telur berbintik-bintik terang, Hatchimal bergantung kepada rasa ingin tahu, penjagaan dan pemupukan seseorang kanak-kanak. Hatchimal bertindakbalas kepada kuasa sentuhan manusia dan mula menetas dan berkomunikasi melalui ketukan, patukan, cahaya dan bunyi: Hatchimal yang berada di dalam telur hanya akan diketahui apabila ia menetas.

Penetasan adalah suatu detik masa yang tidak akan berulang, tetapi satu permulaan pengalaman. Kanak-kanak ialah kunci untuk membebaskan magis mainan, dan dengan penjagaan, mereka boleh membesarkan Hatchimal mereka melalui tiga fasa, daripada bayi kepada anak kecil kepada Hatchimal dewasa, mengajarnya untuk berjalan, bercakap, bermain permainan dan banyak lagi.

"Kami selalu melihat kepada bagaimana kami boleh mengilhamkan dan merubah corak permainan baharu," kata Ben Varadi, Ketua Pegawai Kreatif, Spin Master Ltd. "Kanak-kanak memiliki imaginasi tanpa batasan dan kami berfikir dengan cara yang sama apabila kami membangunkan permainan baharu. Hasilnya, Hatchimal memiliki elemen terbaik permainan memupuk penjagaan dengan ciri interaktif robot melalui cara yang sungguh inovatif dan menghiburkan. Ini adalah salah satu produk Spin Master Ltd. yang paling unik yang pernah dilancarkan dan kami yakin bahawa pelanggan akan memberi respon yang hebat."

Terdapat dua spesis Hatchimal: Pengula dan Draggle. Kanak-kanak boleh memilih warna telur dan spesis, tetapi Hatchimal memilih mereka. Telur Pengula didatangkan dalam dua warna, merah jambu dan biru kehijauan atau merah jambu, manakala telur Draggle berwarna ungu atau hijau dan biru.

Hatchimals kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh dunia dan dalam talian di SpinMaster.com. MSRP: $59.99 USD. Umur 5+.

Latar Belakang Spin Master

Spin Master adalah peneraju global syarikat hiburan kanak-kanak yang mencipta, mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan satu portfolio mainan inovatif, permainan, produk dan harta hiburan yang pelbagai. Spin Master terkenal dengan jenama pemenang anugerahnya termasuk Zoomer™ Dino, Bakugan Battle Brawlers™, Air Hogs®, dan Mainan Tahunan 2016, Bunchems dan Meccanoid G15. Sejak 2005, Spin Master telah menerima 64 pencalonan TIA Mainan Tahunan (TOTY) dengan 18 kemenangan merangkumi pelbagai kategori produk. Spin Master telah diiktiraf dengan 12 pencalonan TOTY untuk Mainan Inovatif Tahunan, lebih daripada mana-mana pesaingnya. Spin Master adalah antara sebilangan kecil syarikat yang tidak hanya membangunkan dan mengeluarkan harta hiburan global, watak dan kandungan, tetapi juga mengaut keuntungan daripada kandungan  melalui rekaan, jualan dan pelesenan produk. Hingga ke hari ini, Spin Master telah menghasilkan enam siri televisyen, termasuk siri terkenal 2007, Bakugan Battle Brawlers dan siri terkenalnya kini, PAW Patrol, yang ditayangkan di lebih 160 negara dan kawasan seluruh dunia. Spin Master mempunyai 1,000 orang pekerja seluruh dunia dengan pejabat di Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Perancis, Itali, United Kingdom, Slovakia, Republik Czech, Jerman, Sweden, Belanda, China, Hong Kong, Jepun dan Autralia.

Untuk maklumat lanjut; Tara Tucker, Naib Presiden, Komunikasi Pemasaran Global, Spin Master Ltd., tarat@spinmaster.com

Source: Spin Master
Related Stocks:
Toronto:TOY
Keywords: Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services