omniture

Céline Dion Meraikan Detik Bersejarah 1,000 Persembahan di The Colosseum at Caesars Palace

Caesars Entertainment & AEG Live
2016-10-11 07:19 652

LAS VEGAS, 11 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Malam tadi, Céline Dion berkongsi satu detik bersejarah bersama ribuan hadirin yang begitu ghairah, ketika beliau mengadakan persembahan di The Colosseum at Caesars Palace buat kali ke-1000. Persembahan bersejarah itu membuka tirai menerusi tayangan video penuh emosi yang memaparkan kenangan manis selama hampir 14 tahun Céline membuat persembahan di The Colosseum dan diakhiri dengan acara kemuncak yang mengagumkan menerusi konfeti gangsa dan perak serta belon-belon yang menghujani pentas dan  para hadirin dalam suasana penuh kemeriahan. Kesemua 4,298 orang tetamu yang menghadiri persembahan istimewa yang laris terjual itu menerima buku program kenang-kenangan serta bukti lentikular sebagai hadiah bagi memperingati acara bersejarah itu.  

generated by system

generated by system

Siri persembahan Las Vegas pertama oleh Céline di The Colosseum at Caesars Palace, A New Day… hasil ciptaan dan arahan Franco Dragone, merupakan hasil penerbitan yang menggemparkan menerusi 717 persembahan yang berlangsung mulai 25 Mac 2003 hingga 15 Disember 2007. Setelah tiga tahun merehatkan diri daripada membuat persembahan di Las Vegas, Céline muncul kembali dengan penuh bersemangat pada 15 Mac 2011 menerusi acara baharu penuh glamor yang diarahkan oleh penerbit legenda yang pernah meraih Anugerah Grammy, Ken Ehrlich, berjudul Céline di The Colosseum at Caesars Palace.

"Pada tahun 2003, ketika saya mula membuat persembahan di dalam teater yang baru didirikan ini, saya tidak menyangka bahawa kami akan membuat sejumlah besar persembahan hebat di sini," kata Céline. "Terima kasih buat René yang mempunyai impian ini dan berkongsi perjalanan bersama saya, dan terima kasih juga buat empat juta peminat yang berjaya merealisasikan impian ini dengan memilih muzik sebagai bentuk komunikasi antarabangsa mereka. Dan terima kasih juga buat Caesars Palace serta AEG kerana turut memasang impian bersama-sama kami, dan menjadikan kesemua ini suatu kenyataan."

"Kami berasa berbesar hati kerana dapat meraikan 1,000 persembahan bersama Céline, dan kami terharu dengan semangat, kekuatan serta komitmen beliau dalam merealisasikan impian yang bermula pada 14 tahun lalu," kata John Nelson, naib presiden kanan AEG Live Las Vegas. "Tiada seorang pun seperti Céline dan kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau serta pasukan hebat beliau menerusi 1,000 persembahan lagi."

 "Sejak membuat persembahan sulung pada tahun 2003, siri persembahan Céline Dion di The Colosseum at Caesars Palace telah mendorong satu transformasi Las Vegas menjadi tumpuan para artis muzik yang hebat. Beliau ialah seorang bintang yang masih bertahan dalam kalangan kumpulan penghibur unggul yang terkenal di seluruh dunia serta mencetuskan satu fenomena baharu buat suatu terma yang kini menjadi kebiasaan di Las Vegas – siri persembahan di sebuah lokasi," kata Mark Frissora, Ketua Pegawai Eksekutif Caesars Entertainment. "Kami berbangga apabila Céline menganggap The Colosseum at Caesars Palace sebagai pilihan hatinya."

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan Céline di The Colosseum at Caesars Palace kini mula dijual bagi acara persembahan pada 1 November 2016 hingga 4 Februari 2017. Atas permintaan ramai, tambahan sebanyak 24 persembahan pada 4 April hingga 3 Jun 2017 akan mula dijual untuk orang ramai pada Jumaat, 14 Oktober jam 12 tengahari PT. Semua tarikh persembahan adalah seperti berikut:

2016


Nov:    

1, 2, 4, 5, 7, 9, 11, 12, 15, 16, 18, 19, 22, 25, 26



2017


Jan.:   

17, 18, 20, 21, 24, 25, 27, 28, 31

Feb.:   

1, 3, 4

April:   

4, 5, 7, 8, 11, 12, 14, 15, 18, 19, 21, 22

Mei:   

16, 17, 19, 20, 23, 24, 27, 28, 30, 31

Jun:  

2, 3

Tiket-tiket boleh dibeli sendiri di The Colosseum at Caesars Palace Box Office, dengan menghubungi talian 866-320-9763, atau secara dalam talian melalui thecolosseum.com atau axs.com. Segala pesanan adalah tertakluk kepada caj dan bayaran perkhidmatan tambahan. Harga tiket bermula dengan harga $55 (harga termasuk 9% Cukai Hiburan Secara Langsung). Untuk kumpulan yang terdiri daripada 10 atau lebih individu, hubungi 866-574-3851. Persembahan dijadual bermula pada 7:30 malam.

Céline di The Colosseum at Caesars Palace ialah sebuah persembahan penuh glamor yang diarahkan oleh penerbit legenda yang pernah meraih Anugerah Grammy, Ken Ehrlich dan dipersembahkan oleh AEG Live dan Caesars Entertainment. Dihasilkan secara eksklusif untuk The Colosseum, persembahan ini menampilkan lagu-lagu hit terhebat Celine digabungkan dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman oleh para artis ikonik yang meraikan kesemua generasi serta genre muzik. Persembahan tersebut turut menampilkan kumpulan orkestra dan kugiran lengkap yang bersedia membuat persembahan yang menakjubkan untuk ditonton, yang dihasilkan secara eksklusif untuk tempat persembahan canggih yang menempatkan 4,300 tempat duduk itu. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan persembahan itu, layari www.celineinvegas.com.

Salah seorang penghibur paling diiktiraf, amat disegani dan berjaya dalam sejarah muzik pop, Céline Dion telah menjual hampir 250 juta album sepanjang kerjaya beliau selama lebih 30 tahun. Beliau pernah merangkul lima Anugerah Grammy, dua Anugerah Academy, tujuh Anugerah Muzik Amerika, 20 Anugerah Juno (Kanada) dan 40 Anugerah Felix (Quebec) yang mengagumkan. Pada tahun 2004, Celine meraih anugerah Berlian sempena Anugerah Muzik Dunia, bagi mengiktiraf status beliau sebagai artis wanita dengan album paling laris terjual sepanjang masa. Pada tahun 2007, beliau diberi penghormatan menerusi Anugerah Legenda di Anugerah Muzik Dunia bagi mengiktiraf kejayaan global beliau serta sumbangan yang cemerlang terhadap industri muzik.
www.celinedion.com.

Source: Caesars Entertainment & AEG Live
Keywords: Entertainment Gambling/Casinos Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Music Travel