omniture

Makanan Gourmet Baru Dalam Penerbangan Air China ke Amerika Utara

Air China
2013-03-22 16:41 226

-Air China adakan acara mencuba makanan dalam pesawat bagi penerbangan ke Amerika Utara

BEIJING, 22 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Air China telah mengadakan acara mencuba makanan dalam pesawat pada 8 Mac untuk menaiktaraf laluannya ke New York. Syarikat penerbangan itu mempelawa komen daripada pakar gastronomi dan penumpang yang hadir pada acara tersebut di mana berdozen-dozen hidangan Cina dan Barat dihidangkan.  Acara itu diadakan bagi memastikan Air China memenuhi setiap citarasa dalam setiap penerbangan Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dalam laluan Beijing ke Los Angeles, New York dan San Francisco. Hidangan-hidangan tersebut akan dimasukkan ke dalam menu penerbangan pada musim yang berbeza.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
(gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130320/CN80386)

Pada acara mencuba makanan tersebut, ketua chef telah memberi taklimat kepada pelawat tentang ciri unik setiap ciptaan kulinari, dan pakar gastronomi memberikan cadangan mereka tentang bagaimana hidangan-hidangan tersebut boleh dipadankan untuk mendapatkan nilai zat yang terbaik. Selepas menilai, banyak pembuka selera, hors d'oeuvres dan hidangan panas yang baru dicipta telah dipilih dan akan berada di atas meja hidangan penumpang pada musim yang berbeza.

Air China mensasarkan pertumbuhan dalam pasaran Amerika Utara. Naiktaraf laluan New York itu merupakan sebahagian daripada langkah strategik pengendali penerbangan itu untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran Amerika Utara  dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Air China akan meningkatkan perkhidmatan BeijingNew York kepada 11 penerbangan seminggu bermula 31 Mei, dan penerbangan tersebut akan dikendalikan menggunakan pesawat B777-300ER,sejenis pesawat yang popular di kalangan penumpang kelas perniagaan. Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan menampilkan kerusi yang boleh dibaringkan rata dan semua kelas menawarkan AVOD peribadi. Dengan susunan dan rekaan kabin yang optimum, pesawat B777-300ER menjamin perjalanan yang benar-benar selesa.

Mengenai Air China

Air China merupakan satu-satunya wakil penerbangan kebangsaan China dan ahli Star Alliance.

Dengan seangkatan 306 Airbus dan pesawat Boeing, kami mengendalikan 289 laluan di 30 negara dan rantau. Dengan kemasukan kami ke Star Alliance, jaringan laluan kami, dengan menjadikan Beijing sebagai hab dan disatukan dengan jaringan lebih kukuh Star Alliance, telah membolehkan kami terbang ke 1,160 destinasi di 181.

PhoenixMiles merupakan program kesetiaan pelanggan yang membolehkan penumpang penumpang kami yang layak untuk mengumpul mata perjalanan dan menuntut hadiah dalam sistem seluruh dunia kami. Program penerbang kerap Air China mempunyai keahlian sebanyak 17 juta.

Pada 2011, Air China dimasukkan dalam senarai 500 Jenama Teratas Dunia untuk tahun kelima berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami www.airchina.com 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Travel New products/services