omniture

Terbang dengan Air China ke Amerika Utara

Air China
2013-03-22 17:40 195

BEIJING, 22 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Air China akan memperkukuhkan kedudukannya di Amerika Utara dengan pelancaran laluan baru dari Beijing ke Houston pada 2013 setelah menambah jadual perjalanannya ke New York, Los Angeles dan Vancouver dan menaiktaraf pesawatnya dalam laluan New York dan San Francisco.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO)

Bermula 31 Mac, perkhidmatan BeijingNew York akan dipertingkatkan kepada 11 penerbangan mingguan dan perkhidmatan BeijingLos Angeles kepada dua kali sehari, dan semua penerbangan akan dikendalikan dengan B777-300ER, pesawat yang popular di kalangan penumpang perniagaan. Bermula 17 Mei,  perkhidmatan Beijing-Vancouver akan dipertingkatkan kepada 11 penerbangan mingguan, yang akan dikendalikan dengan pesawat A330-200. Perkhidmatan Beijing-Houston akan bermula pada Julai, dan penerbangan ini akan dikendalikan menggunakan pesawat B777-300ER. Pesawat B747-400 kini beroperasi bagi laluan Beijing-San Francisco Air China

B777-300ER Air China menawarkan kerusi boleh baring dalam Kelas Pertama dan Kelas Perniagaannya. Tempat duduk dalam Kelas Ekonomi juga direka berpandukan prinsip ergonomi untuk membantu para penumpang berehat. Servis AVOD ditawarkan dalam semua kelas. Pesawat A330-200 telah dilengkapi kerusi boleh baring dalam Kelas Perniagaan dan AVOD peribadi juga boleh didapati dalam servis semua kelas.

Mengenai Air China

Air China merupakan satu-satunya wakil penerbangan kebangsaan China dan ahli Star Alliance.

Dengan seangkatan 306 Airbus dan pesawat Boeing, kami mengendalikan 289 laluan di 30 negara dan rantau. Dengan kemasukan kami ke Star Alliance, jaringan laluan kami, dengan menjadikan Beijing sebagai hab dan disatukan dengan jaringan lebih kukuh Star Alliance, telah membolehkan kami terbang ke 1,160 destinasi di 181.

PhoenixMiles merupakan program kesetiaan pelanggan yang membolehkan penumpang penumpang kami yang layak untuk mengumpul mata perjalanan dan menuntut hadiah dalam sistem seluruh dunia kami. Program penerbang kerap Air China mempunyai keahlian sebanyak 17 juta.

Pada 2011, Air China dimasukkan dalam senarai 500 Jenama Teratas Dunia untuk tahun kelima berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami www.airchina.com.

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Travel New products/services