omniture

VanDyne SuperTurbo dan Allison Transmission Bersama-sama Bangunkan Pendemonstrasi Kenderaan

VanDyne SuperTurbo, Inc.
2016-10-12 09:00 462

LOVELAND, Colorado dan INDIANAPOLIS, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- VanDyne SuperTurbo Inc. dan Allison Transmission Inc. mengumumkan satu jalinan kerjasama untuk bersama-sama membangunkan sebuah pendemonstrasi kenderaan. Kedua-dua syarikat ini merancang untuk memanfaatkan faedah prestasi unik daripada pengecas turbo VanDyne pacuan mekanikal yang digabungkan dengan transmisi TC10® Allison dalam traktor Kelas 8.

generated by system

Menerusi penggunaan teknik-teknik kawalan yang canggih, kedua-dua teknologi ini akan memaksimumkan kelebihan operasi enjin pada kelajuan rendah, pengecasan lampau yang cekap dan juga penyebatian turbo. Objektif utama kolaborasi ini adalah untuk mempertontonkan bagaimana kedua-dua produk ini, yang digabungkan dengan kenderaan kawalan pintar, dapat mengurangkan tahap pelepasan gas karbon dioksida serta meningkatkan kecekapan bahan api tanpa menjejaskan prestasi.

Dengan rekaan yang inovatif, TC10 yang berciri automatik sepenuhnya ini menggabungkan penukar tork Allison dengan skim gear aci lawan kembar yang unik. Gabungan ini memberikan anjakan kuasa penuh dan penjimatan minyak bagi kelajuan sederhana yang melonjakkan produktiviti dan kecekapan. Transmisi ini ideal untuk kegunaan traktor dan amat sesuai untuk tujuan aplikasi pengedaran yang membolehkan traktor-treler membahagikan kitar kerjanya kepada keadaan di dalam bandar dan di lebuh raya.

SuperTurbo™ memanfaatkan transmisi boleh laras yang berterusan, digandingkan dengan pemanduan cengkaman berkelajuan tinggi untuk mengawal tahap kelajuan pengecas turbo selain membolehkan pemindahan tork dalam dua arah. Kunci utama bagi kombinasi dengan TC10 ini ialah kebolehan SuperTurbo memberikan tekanan rangsangan mengikut permintaan yang membolehkan transmisi itu melakukan peralihan yang berkesan sambil mengekalkan nisbah udara dan bahan api yang penting serta tahap kuasa yang tinggi.

SuperTurbo bertindak sebagai pengecas lampau melalui zat alihan, menerusi gabungan antara kuasa turbin dan kuasa enjin bagi membolehkan peningkatan tork enjin yang lebih pantas selain meminimumkan keperluan untuk mengendalikan RPM enjin yang lebih tinggi. Keupayaan ini terus ditingkatkan menerusi kelebihan yang diberikan oleh TC10 yang automatik sepenuhnya. Selain itu, strategi kawalan baharu pula akan menyediakan peralihan ramalan dengan enjin yang lebih responsif hasil penambahan SuperTurbo.

Membongkar potensi penuh operasi enjin pada kelajuan rendah untuk memaksimumkan kecekapan kenderaan memerlukan pendekatan yang sistematik. Allison dan VanDyne memperkenalkan penilaian pendekatan sistem unik ini terhadap operasi enjin pada kelajuan rendah pada tahun 2015 dan pendemonstrasi kenderaan pertama ini merupakan langkah seterusnya dalam proses ini. Aplikasi berpotensi yang dinilai ini termasuk keadaan pemanduan berjarak jauh, kawasan serantau dan di bandar.

Latar Belakang VanDyne SuperTurbo, Inc.

VanDyne SuperTurbo™ pakar dalam reka bentuk, pembangunan dan pengkomersialan SuperTurbos™ untuk pasaran automotif dan trak bertaraf global. Ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat ini beribu pejabat di Loveland, Colorado dan merupakan peneraju dalam penggunaan teknologi berpacukan turbo yang canggih. Sistem SuperTurbo proprietari daripada VanDyne membolehkan enjin dan kenderaan mencapai tahap pengurangan pelepasan gas yang penting, merealisasikan penjimatan bahan api serta meningkatkan prestasi keseluruhan. Untuk maklumat lanjut, layari www.vandynesuperturbo.com.

Latar Belakang Allison Transmission

Allison Transmission (NYSE: ALSN) ialah pengeluar terbesar dunia bagi transmisi yang automatik sepenuhnya untuk kenderaan komersial tugas sederhana dan tugas berat, selain merupakan peneraju bagi sistem perejangan hibrid untuk bas-bas bandar. Transmisi Allison digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk sampah, pembinaan, api, pengedaran, bas, rumah bermotor, pertahanan dan juga tenaga. Ditubuhkan pada tahun 1915, syarikat ini beribu pejabat di Indianapolis, Indiana, AS dan menggajikan kira-kira 2,700 kakitangan dari seluruh dunia. Dengan pasarannya yang terdapat di hampir 80 buah negara, Allison memiliki ibu pejabat serantau di Belanda, China dan Brazil serta mempunyai kemudahan pengeluaran di A.S., Hungary dan juga India. Allison juga mempunyai kira-kira 1,400 pengedar bebas dan lokasi penjual di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari allisontransmission.com.

Source: VanDyne SuperTurbo, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ALSN
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation Licensing/marketing agreements