SINGAPURA, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Wacom® memperkenalkan Intuos 3D, penyelesaian 3D yang serba lengkap dan berpatutan yang pertama seumpamanya, menyediakan kesemua instrumen yang diperlukan untuk menghasilkan rekaan tiga dimensi yang sedia dicetak melalui komputer peribadi mahupun komputer Mac. Dengan memperkenalkan produk rekaan 3D dan pemodelan yang mudah diakses ini, Wacom, peneraju global bagi teknologi pen tablet digital dan paparan yang menggalakkan elemen kreativiti, menerajui cara untuk mempopularkan penghasilan seni dan rekaan 3D yang bergaya dan penuh imaginatif untuk kelompok masyarakat yang lebih luas.
Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_20160907.shtml
Intuos 3D Wacom mula dipasarkan pada waktu yang bertepatan, iaitu ketika minat terhadap rekaan dan pencetakan tiga dimensi berkembang pesat. "Ketika rekaan 3D dan pencetakan DIY menjadi amat popular, Wacom yakin wujudnya peluang untuk menambah baik aplikasi terus dalam proses rekaan kreatif dan menyediakan penyelesaian serba lengkap yang direka khusus untuk peminat 3D, terutamanya mereka yang baru bermula," kata Jeff Mandell, Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan Berjenama, Wacom. "Pendekatan holistik Wacom dapat memberikan pengalaman pelanggan yang menyeluruh, bermula dengan penjanaan idea kepada penghasilan visual serta penciptaan fizikal. Saban tahun, golongan profesional kreatif yang terkemuka dalam sektor perindustrian, produk, fesyen dan reka bentuk permainan video menggunakan produk kami yang meraih anugerah untuk hasil kerja 3D mereka, dan kami berpendapat inilah masanya untuk kami berkongsi kepakaran kami dengan mereka yang berminat untuk meneroka bidang 3D."
"Bagi memastikan penyelesaian 3D merangkumi semuanya, Wacom menghimpunkan para penggiat industri iaitu Pixologic®, Shapeways® dan Sketchfab® untuk mengintegrasikan perkakasan, perisian, dan perkhidmatan pencetakan dan penerbitan 3D," kata Tom Kopinski, Pengurus Kanan, Strategi Pasaran Kreatif di Wacom. Pen Intuos 3D yang natural dan intuitif dapat berfungsi secara lancar dengan perisian ZbrushCore® yang hebat daripada Pixologic, dibangunkan daripada asas ZBrush® yang sama, yang sekian lama digunakan oleh studio filem dan permainan video bertaraf profesional yang terkemuka bagi penghasilan imej 3D selama bertahun-tahun. Pen Intuos tidak memerlukan bateri, tanpa wayar dan sensitif terhadap tekanan, digabungkan dengan ZBrushCore untuk mengikuti rasa dan maklum balas sama yang dialami oleh mereka apabila menggunakan berus biasa, pen penanda mahupun alat seramik.
"Melalui kolaborasi kami dengan Wacom, kami mampu membangunkan perisian rekaan 3D yang utama dalam industri, dioptimumkan untuk tablet Intuos yang pastinya dapat menggembirakan para peminat 3D," kata Jaime Labelle, Ketua Pegawai Operasi Pixologic, Inc. "Kami berharap dapat melihat kesemua hasil kerja yang hebat-hebat hasil kerjasama yang terjalin ini."
Pengguna yang mencari cetakan 3D berdasarkan permintaan boleh menghantar model lengkap mereka kepada perkhidmatan dalam talian Shapeways untuk dicetak. Bagi mereka yang ingin menerbitkan hasil kerja mereka, platform dan komuniti berasaskan web Sketchfab boleh diakses oleh pemilik Intuos 3D. Penyelesaian Intuos 3D adalah mudah dipasang dan turut disediakan dengan tutorial video yang canggih bagi membantu pelanggan untuk segera mula mencipta setelah mendapatkannya.
Harga dan Ketersediaan Produk
Intuos 3D (RM 828, Harga tidak termasuk GST) disediakan dalam pakej jualan yang direka penuh elegan, mengandungi tablet Intuos 3D, pen, perisian Pixologic ZBrushCore yang boleh dimuat turun selain tawaran istimewa daripada Shapeways dan juga Sketchfab. Intuos 3D bakal diedarkan ke seluruh dunia kepada pihak pengedar dan Wacom eStore serta akan mula dijual bermula pada penghujung Oktober ini.
Latar Belakang Wacom
Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpusat di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) yang mempunyai beberapa buah anak syarikat dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 buah negara. Wawasan Wacom untuk lebih merapatkan antara manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi pen tablet dan paparan yang interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta beberapa seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi menzahirkan personaliti mereka. Sila layari www.wacom.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Latar Belakang Pixologic
Ditubuhkan pada tahun 1997, Pixologic Incorporated membangunkan dan memasarkan instrumen perisian yang inovatif untuk industri filem dan video, permainan video, rekaan grafik dan juga ilustrasi. ZBrush ialah satu aplikasi grafik yang bertujuan untuk memudahkan segala kerja-kerja sains yang menyokong penghasilan grafik komputer. ZBrush berjaya menarik perhatian khalayak yang ramai dengan menyediakan instrumen hebat yang dapat memberi kawalan yang intuitif serta visual terhadap imej digital yang mereka hasilkan.
Dengan menyediakan kombinasi unik terhadap keupayaan 2D dan 3D dalam satu instrumen tunggal, ZBrush dapat mengatasi halangan ekonomi dan kemudahan penggunaan untuk menghasilkan imej yang memukau.
Pixologic adalah milik persendirian dan berpusat di California dengan beberapa cawangan di Los Angeles serta San Francisco Bay Area.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Daphne Tan
Wacom Singapore Pte Ltd
+65 9233 2370
daphne.tan@wacom.com
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160905/8521605489-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160905/8521605489-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160905/8521605489-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/8521605489-d