omniture

Pesta Pakaian & Aksesori Antarabangsa Cina kali ke 21 (CHIC2013)

China World Trade Center Co., Ltd
2013-03-22 17:52 704

BEIJING, 22 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Dalam industri pakaian Cina yang baru bertapak, terdapat beberapa kisah kejayaan yang berbaloi diingati, dengan lebih banyak lagi kisah gemilang muncul setiap hari. Dalam tema tersebut, edisi ke 21 "Pesta Pakaian & Aksesori Antarabangsa Cina kali ke 21" (CHIC 2013) akan diadakan tidak lama lagi.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130320/CN78588 )

Mac ini, Beijing akan menyaksikan CHIC2013 dilancarkan di Pusat Pameran Antarabangsa Cina Baru, dianjurkan oleh Persatuan Pakaian Kebangsaan Cina, China World Trade Center Co., Ltd., dan Majlis Kecil Industri Tekstil CCPIT.

Semasa proses peralihan industri pakaian Cina, CHIC2013,dengan tema "Kekuatan Dalaman" sebagai topik utama, menyeru pempamer untuk mengadakan asas yang kukuh, menyediakan produk yang berkelayakan, meneroka model perniagaan baru dan berniaga di pasaran tempatan untuk meningkatkan kuasa dalaman syarikat dan menyemai kekuatan nilai jenama mereka.

Meliputi ruang seluas 100,000 meter persegi, CHIC2013 akan mempamerkan fesyen lelaki, fesyen wanita, pakaian kasual, jeket kulit/bulu/bulu angsa, pakaian kanak-kanak, jenama antarabangsa dalam pavilion bercantum, aksesori fesyen dan dengan Zon Rekaan Tulen, akan menayangkan rekaan Cina yang terkini. Berdasarkan topiknya "Kekuatan Dalaman", CHIC2013 akan tertumpu kepada peningkatan kualiti dalam pelbagai aspek, menjadi rakan kongsi kemasukan pasaran untuk jenama luar negara dan membantu mereka memasuki pasaran Cina, yang dikenali sebagai "Pelan Malar Hijau", atau mempersembahkan inovasi teknikal terbaru untuk perniagaan fesyen atau menganjurkan acara pertemuan rakan kongsi perniagaan dengan mencerminkan standard sebuah pesta perniagaan antarabangsa.

Di CHIC2013, sekitar 1000 jenama dari 18 negara dan rantau akan bersaing dalam menunjukkan persembahan fesyen yang paling gemilang di pesta tersebut. "Sesi ke 9 Jack", "Anugerah Persatuan Pakaian Kebangsaan Cina", "Forum Fesyen Cina", "Forum Perniagaan Fesyen Cina" dan "Pertunjukan Fesyen CHIC2013" akan melengkapkan pembukaan "Pertunjukan Pertama" Cina bagi badiang fesyen. Di saat ini,sebuah legenda kekayaan baru sedang bangkit!

Source: China World Trade Center Co., Ltd
Keywords: Entertainment Fashion Jewelry Retail Textiles Trade show news