- Aplikasi Scrambl3 adalah lebih bersifat Peribadi dan Selamat berbanding WhatsApp dan Viber, serta kesemua aplikasi suara & panggilan mudah alih lain
- Scrambl3 ialah aplikasi peribadi, bukan intrusif, dan tidak menggunakan nombor telefon bimbit anda, mahupun mengakses senarai hubungan peribadi dalam telefon bimbit anda (tidak seperti WhatsApp dan Viber). Anda juga boleh menggunakan tablet iPad atau Android - WhatsApp dan Viber tidak boleh berbuat demikian kerana kedua-duanya bergantung pada nombor telefon bimbit anda untuk membuat serta menerima panggilan dan juga pesanan ringkas
- Reka bentuk VPN (Dark Tunnel) unik Scrambl3 dapat menyingkirkan masalah keselamatan SS7 sistem telefon awam yang membolehkan penggodam mendengar panggilan WhatsApp dan Viber serta membaca pesanan ringkas anda
- Gunakan nama pengguna Scrambl3 anda pada sebanyak mana pun peranti mudah alih yang diinginkan kerana Scrambl3 tidak mengenal pasti anda berdasarkan nombor telefon bimbit, hanya nama pengguna Scrambl3 anda
- Untuk ketelusan yang sepenuhnya, Scrambl3 hanya menggunakan komponen perisian sumber terbuka untuk mencipta VPN tahap Rahsia Sulit anda, algoritma penyulitan dan protokol Internet
IRVINE, California, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- USMobile, Inc., sebuah syarikat komunikasi peribadi, melancarkan versi percuma Scrambl3 (Scrambl3.com), Aplikasi mudah alih percuma untuk iOS dan Android yang membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas paling peribadi di dunia.
Privasi Peribadi Terunggul: pendaftaran tanpa nama 5 saat dan senarai hubungan Black Book
Pengguna baharu Scrambl3 hanya diminta untuk memberikan nama pengguna dan kata laluan. Aplikasi suara dan pemesejan percuma yang lain memerlukan anda mengesahkan nombor telefon bimbit anda, meminta akses kepada senarai hubungan nombor telefon bimbit anda dan mungkin juga meminta alamat e-mel anda, kesemua ini adalah rumit dan melanggar hak privasi peribadi anda.
Pengguna Scrambl3 dapat menukar nama pengguna mereka secara peribadi dan memasukkannya ke dalam senarai hubungan Black Book Scrambl3 masing-masing. Tiada panggilan atau mesej yang tidak diingini boleh memasuki rangkaian peribadi anda.
Apa yang membuatkan Scrambl3 lebih peribadi dan selamat berbanding WhatsApp dan Viber?
"Hanya Scrambl3 mencipta 'Dark Internet Tunnel' – Rangkaian Peribadi Maya (VPN) tahap Rahsia Sulit USMobile, yang benar-benar unik dan membezakannya daripada sistem telefon awam. Melalui cara ini, komunikasi 'Diselindung', atau tidak kelihatan buat mereka yang ingin memintasnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif USMobile, Jon Hanour.
"Dengan memasukkan komunikasi yang disulitkan ke dalam VPN tahap Rahsia Sulit, tahap keselamatan yang amat tinggi dapat dicapai, agar penggodam dapat dihalang dengan berkesan," kata Ketua Pegawai Teknologi USMobile Brad Arant.
Satu penilaian bebas terhadap Scrambl3, oleh Profesor Dr. Yuliang Zheng, salah seorang pakar kriptologi terkemuka dunia di University of Alabama, disediakan di Scrambl3.com.
Kelebihan Scrambl3 |
Scrambl3 (dilancarkan 10-5-16) |
(1 Bilion pengguna) |
Viber (250 Juta pengguna) |
Ciri Privasi Scrambl3 tidak memerlukan nombor telefon peribadi anda mahupun akses kepada senarai hubungan peribadi anda |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Tiada pendaftaran diperlukan, hanya perlu membuat nama pengguna Scrambl3 dan anda boleh mula menggunakannya! |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Lebih banyak peranti boleh menggunakan Scrambl3 iPad dan tablet yang serasi, termasuk peranti dengan fungsi WiFi sahaja |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Seni bina VPN (Dark Tunnel) berkeselamatan tinggi yang tidak lagi mempunyai pintu belakang SS7 untuk penggodam |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Berbilang peranti mudah alih pengguna Scrambl3 tidak hanya terikat kepada satu peranti mudah alih |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Akaun perusahaan berbilang pengguna yang percuma termasuk panel pentadbir percuma untuk pengguna |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Ciri premium menampilkan jambatan persidangan perusahaan, pelayan peribadi dan e-mel peribadi 2016Q4 |
Ya |
Tidak |
Tidak |
Latar Belakang USMobile
USMobile ialah sebuah Syarikat yang berpangkalan di Irvine, California, ditubuhkan oleh Hanour dan Arant yang begitu bersemangat memberikan pengguna mereka dengan ciri privasi sepenuhnya untuk berkomunikasi.
Maklumat Perhubungan Media: |
||
Pete Arnold di Peter Arnold Associates |
781.248.3600 |
|
Bill Blanning di Blanning Associates |
714.916-4309 |
|