HONG KONG, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ --
Vistra mengumumkan peranan pentingnya dalam salah satu urusniaga ekuiti persendirian paling berprofil tinggi dan rumit bagi tahun 2016 – pengambilalihan IP dan perniagaan sains Thomson Reuters oleh Baring Private Equity dan Onex Partners yang bernilai $3.55 bilion.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150611/748772 )
Secara keseluruhannya, kesemua 64 cawangan Vistra yang berada di 41 buah negara yang terlibat secara langsung dalam urusniaga tersebut telah berjaya membantu dalam menangani urusan yang amat rumit bagi menyediakan bantuan kesetiausahaan dan pengurusan korporat yang terurus serta bersepadu sepanjang tempoh urusniaga.
Mengulas tentang penglibatan Vistra Jersey, Arjan Schaapman, selaku Pengarah Urusan Kumpulan Bahagian Peluasan Antarabangsa/ Pelanggan Korporat & Persendirian, berkata: "Vistra amat berbesar hati kerana dapat turut serta dalam membantu urusniaga yang penting ini. Jalinan kerjasama diantara 64 cawangannya di 41negara telah memenuhi segala keperluan pelanggan tanpa mengira skala atau tahap kerumitan urusniaga tersebut."
Penjenamaan semula syarikat tersebut sebagai Clarivate Analytics akan terus memiliki dan mengendalikan rangkaian perniagaannya berasaskan langganan yang tertumpu pada kajian saintifik serta akademik, analitik paten dan piawaian pengawalseliaan, farmaseutikal dan kepintaran bioteknologi, perlindungan tanda dagangan, domain jenama serta pengurusan harta intelek. Jenama-jenama yang dimiliki oleh syarikat ini antara lainnya termasuk Web of Science, Cortellis dan Thomson IP Manager.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Latar Belakang Vistra Group
Tersenarai diantara empat terbaik di dunia dalam penyediaan perkhidmatan korporat, Vistra Group terdiri dari kalangan profesional yang versatil, menyediakan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian yang luas serta unik. Kepakaran kami merangkumi bantuan penubuhan dan pengurusan syarikat, perkhidmatan pentadbiran amanah, fidusiari dan dana. Kumpulan ini juga mempunyai kekuatan lebih 2,500 kakitangan di 64 buah cawangan yang berada di 41 buah negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.vistragroup.com, http://www.vistra.com dan http://www.oilglobal.com
Sumber: Vistra Group