omniture

Exset Lancarkan Penyelesaian DMS untuk pengendali Cable di PCTA - Filipina

Exset B.V.
2013-03-23 13:08 149

- Pengendali Kabel Filipina bakal menyaksikan peningkatan pendapatan

MANILA, Filipina dan NEW DELHI, 23 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Exset D.V. yang berpangkalan di Belanda hari ini mengumumkan pelancaran inisiatifnya untuk industri kabel televisyen Filipina yang diberi nama 'The Philippine Page' di PCTA.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121106/573465 )

"Memikirkan bahawa Filipina berada di ambang revousi digital Televisyen Kabel, kami telah memperkenalkan DMS terbaik kami yang memenangi anugerah kepada komuniti pengendali kabel yang bukan sahaja akan membolehkan mereka menghadapi cabaran era digital, malahan juga menggandakan aliran pendapatan mereka" kata En. Rahul Nehra, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Global Exset.

Pengumuman ini telah dibuat pada Persidangan PCTA berprestij untuk Pengendali Kabel bertajuk "Digital Now". Semasa persidangan, Exser telah memperkenalkan pelbagai model yang boleh digunapakai oleh pengendali kabel pada fasa-fasa berlainan proses pendigitan kabel.

"Buat masa sekarang, Pengendali Kabel di seluruh Filipina bergantung kepada langganan bulanan untuk pendapatan mereka, yang akan berubah apabila DMS bermula di Filipina. Skrin TV dijangka akan berfungsi sebagai sambungan perniagaan yang berkesan dan berkos rendah kepada dunia Pentadbiran, Perkhidmatan Maklumat, Perkhidmatan Majalah, Dagangan Televisyen dan Permainan, sekadar menamakan beberapa aplikasi." Kata Mahmood Ul Haq, Ketua Pemasaran Asia Pasifik Exset.

En. Cedric Sazon – Pengerusi – Konvensyen – PCTA menyampaikan "Dengan sukacitanya kami mengalu-alukan penyertaan Exset dalam Konvensyen PCTA 2013 yang diadakan di Pusat Konvensyen SMX di Pasay City, Filipina. Dengan temanya, Digital Now!, acara ini bertujuan untuk menggalakkan pengendali kabel Filipina supaya berhijrah ke platform digital yang akan membuat industri televisyen kabel lebih berkelengkapan untuk menghadapi dan mengatasi cabaran yang dibawakan oleh teknologi baru dan platform televisyen berbayar yang lain. Cadangan ini amat dialu-alukan kerana pengendali kabel terus mencari peluang-peluang yang bukan sahaja akan meningkatkan penawaran mereka kepada pelanggan tetapi juga memberikan sumber pendapatan tambahan untuk syarikat mereka".

Mengenai Exset

Exset merupakan syarikat Penyelesaian dan Teknologi Penyiaran yang ditubuhkan pada 2011 dan berpangkalan di Belanda dengan pejabat di UK, Estonia, dan India. Exset menawarkan penyelesaian perisian dan keselamatan kepada industri televisyen dengan fokus kepada pasaran membangun di mana faktor penempatan, sosial dan ekonomi memerlukan pendekatan yang baru daripada syarikat penyedia teknologi tradisional.

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi:

AbsoluteFactor 
Rajesh Prothi      
Email: rajesh.prothi@absolutefactor.com     
Telefon Bimbit: +91-98102-09123 

Shrishti
Email: shrishti@absolutefactor.com
Telefon Bimbit: +91-96501-87059

Source: Exset B.V.
Keywords: Broadcast Technology Entertainment Television Corporate Expansion