BERLIN, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Sempena IFA 2016, Wacom memperkenalkan pad pintar Bamboo Slate dan Bamboo Folio baharu. Dua rekaan yang menarik dan bermanfaat, dua saiz kertas yang berbeza serta ciri-ciri baharu yang disediakan melalui aplikasi Inkspace Wacom dan perkhidmatan awan, termasuk output vektor dan tulisan tangan kepada teks, menawarkan pengguna dengan pelbagai pilihan bagi membawakan idea daripada kertas kepada perkhidmatan awan, seterusnya kepada aliran kerja digital, sama ada di rumah, sekolah mahupun di tempat kerja.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.prnasia.com/mnr/wacom_20160902.shtml
"Buku nota kertas masih memainkan peranan penting pada peringkat permulaan proses mencari idea," kata Mike Gay, Naib Presiden Kanan, Unit Perniagaan Pengguna, Wacom. "Buku nota ini sering menjadi langkah analog terakhir dalam kehidupan yang amat bercirikan digital ini. Dengan ini, matlamat kami adalah mudah: menambah manfaat teknologi digital kepada buku nota kertas dan mencipta alat yang intuitif bagi membantu mencetus idea baharu, tanpa mengira cara dan bagaimana mereka memulakannya."
Mewujudkan masa depan untuk buku nota kertas
Bamboo Folio dan Bamboo Slate dapat merapatkan jurang dengan mudah antara nota kertas dan kehidupan digital menerusi telefon pintar, perkhidmatan awan dan komputer peribadi. Pad pintar ini adalah berasaskan teknologi pen EMR (Resonans Elektromagnet) daripada Wacom dan memanfaatkan dakwat digital Wacom, WILL™. Ini membolehkan pengguna mula menulis idea mereka menggunakan pen pada kertas kegemaran mereka dan dengan hanya menekan butang, dapat menukarkan nota tulisan tangan atau lakaran mereka menjadi fail digital serta dapat disimpan dalam aplikasi Inkspace Wacom.
"Cabaran pada kertas ialah ia tidak dapat diubah dan sukar untuk dikongsikan," jelas Mike Gay. "Namun begitu, menerusi Inkspace Wacom, nota tulisan tangan itu kini dapat diubah ke dalam bentuk digital agar pengguna dapat menyunting tulisan tangan mereka bagi membentuk idea baharu dan seterusnya berkongsi idea tersebut." Aplikasi Inkspace Wacom berfungsi melalui mana-mana telefon pintar dan tablet iOS atau Android™ dengan fungsi Bluetooth, serta menawarkan kesemua kelebihan yang ada dalam melakukan kerja secara digital, termasuk penyuntingan, penyusunan dan perkongsian yang mudah. Ciri-ciri seperti mod masa sebenar, pilihan batal dan buat semula, selain tahap sensitiviti tekanan menjadikannya lebih intuitif serta cekap.
Apabila dihubungkan kepada perkhidmatan awan, Inkspace dapat menawarkan lebih banyak kelebihan menerusi langganan berbayar. Kini, pengguna dapat menghantar lakaran sebagai fail vektor (.SVG), bagi membolehkan fail tersebut disunting menggunakan perisian kreatif. Ciri tulisan tangan menjadi teks kini menyokong teks beraneka, dan ini bermakna titik bulet dan perenggan dapat dirangkumkan dalam teks. Inkspace turut menawarkan model langganan secara percuma dan berbayar.
#makingthefuture
Bagi memperlihatkan kelebihan penulisan nota digital dan mengetengahkan potensi sebenar kolaborasi berasaskan dakwat melalui awan, Wacom mengalu-alukan para pengunjung yang mengunjungi reruai IFA dan pengikut media sosial untuk mula #makingthefuture (mencipta masa depan) dan berkongsi idea mereka tentang pandangan mereka terhadap wajah dunia pada masa depan. Topik-topik yang terlibat merangkumi komunikasi masa depan kepada ekspresi baharu terhadap kesenian. Artis nota lakaran akan menggabungkan input tersebut menjadi hasil seni digital yang padu. Idea-idea yang tercetus ini akan disimpan dan dikongsikan dalam e-buku akan datang.
Rekaan yang inovatif untuk aliran kerja individu
Bamboo Slate dan Bamboo Folio dicipta agar dapat memenuhi keperluan individu dan menyokong pelbagai penggunaan, bermula daripada penulisan nota kepada lakaran ringkas, serta peta minda dan juga pemikiran visual. Rangkaian pad pintar yang ditambah termasuklah tiga versi berbeza:
Inkspace merealisasikan kehebatan alat tulis digital
Bamboo Slate dan Bamboo Folio dapat dihubungkan kepada aplikasi Inkspace Wacom baharu, yang memastikan kesemua nota digital disimpan dengan baik. Aplikasi ini membolehkan nota disunting dan dikongsi dengan mudah. Aplikasi ini juga dapat mengeksport nota dengan format fail seperti JPG, PNG, PDF atau WILL™ dan membolehkannya digunakan untuk Bamboo Paper, Inkspace, Dropbox, Evernote serta OneNote. Aplikasi Inkspace adalah berasaskan dakwat universal WILL™ dan dapat dihubungkan kepada perkhidmatan awan Inkspace, yang menyediakan langganan bagi mendapatkan pelbagai ciri untuk rangkaian penyelesaian digital yang direka khusus.
Langganan percuma Inkspace Basic hanya memerlukan pendaftaran ID Wacom secara percuma. Ia menyediakan storan sebesar 5GB yang selamat melalui perkhidmatan awan dan membolehkan perkongsian yang mudah pada pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet serta komputer bagi mengakses idea pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Langganan Inkspace Plus lanjutan melalui Wacom Marketplace menyediakan lebih banyak ciri bagi membantu aliran kerja yang profesional. Ia dapat mengubah tulisan tangan menjadi teks beraneka, termasuk mengeksport vektor dalam format SVG dan mampu mencari nota tulisan tangan bagi membuat suntingan tambahan, mengingat semula dan meningkatkan produktiviti. Ia turut menawarkan storan sebesar 50 GB, perkongsian secara profesional dalam pasukan dan turut membolehkan kolaborasi pada masa sebenar menerusi fail dakwat digital yang boleh disunting. Pemilik Bamboo Folio dan Bamboo Slate berpeluang memperoleh langganan Inkspace Plus selama 3 bulan secara percuma setelah mereka dibenarkan mengakses perkhidmatan tersebut pada harga diskaun.
Harga dan ketersediaan produk
Tiga versi Bamboo Slate dan Bamboo Folio baharu ini boleh dibeli secara dalam talian di Wacom Estore dan gedung jualan terpilih.
| Bamboo Slate, Kecil (A5/separuh surat) |
USD 129.95 |
| Bamboo Slate, Besar (A4/surat) |
USD 149.95 |
| Bamboo Folio, Besar (A4/surat) |
USD 199.95 |
| *Semua harga termasuk GST. |
|
Aplikasi Inkspace Wacom untuk iOS dan Android boleh dimuat turun secara percuma daripada gedung aplikasi masing-masing. Langganan perkhidmatan awan Inkspace Basic adalah percuma, tetapi memerlukan ID Wacom yang boleh diperoleh secara percuma. Langganan Inkspace Plus lanjutan disediakan melalui Wacom Marketplace selama tiga bulan secara percuma, dan kemudiannya berharga hanya $2.99 USD setiap bulan (berbanding $4.99 USD)
Untuk maklumat lanjut tentang Bamboo Slate, Bamboo Folio dan Inkspace, sila layari halaman berikut:
Bamboo Slate: http://www.wacom.com/en-sg/products/smartpads/bamboo-slate
Bamboo Folio: http://www.wacom.com/en-sg/products/smartpads/bamboo-folio
Inkspace: http://www.wacom.com/en-sg/products/apps-services/inkspace
Latar Belakang Wacom
Diasaskan di Jepun pada tahun 1983, kini Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang memiliki cawangan di seluruh dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 buah negara. Selama lebih 30 tahun, Wacom telah bekerjasama dengan individu serta organisasi paling kreatif untuk memberi inspirasi dan memahirkan mereka agar dapat mewujudkan dunia yang lebih kreatif.
Produk-produk Wacom digunakan oleh pelanggan setia bagi mencipta antara hasil seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan produk. Mereka turut memainkan peranan penting dalam usaha menyediakan akses kepada teknologi dengan cara yang semula jadi dan intuitif melalui pen tablet, paparan pen yang interaktif, penyelesaian antara muka digital, produk stilus dan juga rakan kreatif. Kesemua ini memungkinkan sesiapa sahaja untuk mengekspresikan daya kreativiti mereka menerusi media digital, sama ada artis, eksekutif perniagaan mahupun mereka yang gemarkan elemen kreativiti setiap hari. Teknologi antara muka Wacom ditawarkan sebagai penyelesaian OEM kepada pengeluar peranti tablet, telefon pintar dan komputer peribadi yang terkemuka.
Maklumat perhubungan media:
Daphne Tan
Wacom Singapore Pte Ltd
Tel: +65-9233-2370
E: daphne.tan@wacom.com
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201609/wacom0902/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605471-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605471-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605471-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605471-d