BEIJING, 23 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Air China melancarkan "Darmawisata 72-jam tanpa visa ke Beijing" sebagai produk rombongan yang akan memberikan penumpang yang singgah satu darmawisata ke Beijing dan peluang untuk menikmati budaya China yang hebat.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Pada 1 Januari 2013, Beijing memulakan polisi darmawisata tanpa visa selama 72 jam untuk memberi manfaat kepada warganegara 45 negara yang mempunyai visa dan tiket penerbangan ke negara atau rantau ketiga.
Sempena polisi tersebut, Air China dan beberapa pengendali pelancongan domestik telah bersama-sama memperkenalkan darmawisata inovatif selama 1-3 hari yang memenuhi keperluan penumpang yang singgah di Beijing. Selama 72 jam tersebut, penumpang-penumpang boleh menyelusuri dinding merah untuk mengintai sejarah lama kota Beijing atau melawati hutong yang berselirat untuk mendapatkan pengalaman langsung kehidupan silam Beijing. Daging kambing periuk panas, Itik Beijing, Tanghulu – Beijing juga merupakan tempat yang menarik untuk pengembaraan kulinari. Darmawisata itu akan merangkumi kebanyakan tarikan klasik Beijing dan juga mempunyai harga yang berpatutan.
Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Beijing dan ahli rangkaian penerbangan terbesar dunia, Star Alliance, Air China mengendali penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negera Beijing serta rangkaian laluan global yang Beijing sebagai hab, menerbangkan penumpang ke 1356 destinasi di 193 negara. Maka, Air China boleh memastikan penumpang yang singgah di Beijing dapat berhubung ke bahagian dunia yang lain tanpa sekatan dan gangguan.
Sebagai satu-satunya wakil penerbangan nasional China, Air China telah menjadi satu jambatan penghubung antara Cina dan seluruh dunia. Darmawisata "tanpa Visa 72-Jam Beijing" akan membawa penumpang ke suatu pengembaraan meneroka keindahan sebuah tamadun lama. Untuk tempahan, telefon talian perkhidmatan Air China (0086-10) 95583, atau lawati laman web rasmi Air China www.airchina.com untuk membuat pertanyaan tentang pejabat tiket yang terhampir dengan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang polisi darmawisata tanpa visa 72-jam, telefon talian pelancongan Beijing (0086-10) 12301.