Pelanggan CaliBurger Dijemput untuk Mendaftar dan Mula Berlatih dalam Mod Pemain Tunggal GemJump
LOS ANGELES, 18 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- CaliBurger™ mengumumkan hari ini bahawa kejohanan global FunWall yang berikutnya di restoran CaliBurger akan berlangsung daripada 1 hingga 30 November dan akan menumpukan kepada laluan baharu bagi permainan pelompat yang menyerlah visualnya, GemJump. Kejohanan itu, diberi nama Ice Spire - Cash Climb, akan menampilkan avatar baharu melompat dalam persekitaran bertemakan musim sejuk yang diliputi ais.
Pelanggan CaliBurger patut mendaftar sekarang untuk kejohanan akan datang melalui aplikasi GemJump, di mana seorang pemain membeli syiling berharga $2.99 untuk memperbaiki prestasinya dalam permainan dan juga medapat sebiji hamburger atau burger keju percuma. Sama seperti kejohanan pertama, pemain boleh berlatih sekarang untuk kejohanan akan datang dalam mod "Pemain Tunggal" aplikasi itu. Mod "FunWall" untuk pertandingan global itu akan tersedia untuk disertai para pemain pada 1 November. Kepada pemain yang tidak berada dalam lokasi fizikal berhampiran sebuah restoran CaliBurger, sebuah kejohanan maya akan bermula tidak lama lagi dengan menjanjikan hadiah harian.
Ribuan permain dari negara serata dunia memuat turun permainan itu untuk bertanding dalam kejohanan GemJump pertama di restoran CaliBurger tempatan mereka, di mana sorotan permainan dan papan kejuaraan tempatan dan global dipaparkan di dinding video. Papan kejuaraan global juga boleh dilihat di www.caliburger.com.
Pemenang bagi kejohanan Ice Spire - Cash Climb akan menerima hadiah utama USD $10,000. Empat naib juara akan menerima iPad Pro Apple yang terkini. Terdapat juga hadiah harian berupa makanan dan minuman daripada menu CaliBurger.
LATAR BELAKANG CALIBURGER
CaliBurger adalah kebangkitan semula rangkaian burger klasik California pada abad ke-21. Pengasas kami adalah anak jati California bercita-cita global, membawakan yang terbaik daripada budaya, teknologi, imej dan makanan California kepada pasaran yang telah lama mengidamkan burger gaya California yang terkenal. CaliBurger menyediakan pengalaman burger berkualiti premium pada titik harga QSR yang mampu milik. CaliBurger kini beoperasi di 12 negara. Produk CaliBurger menggunakan daging lembu berkualiti terbaik, roti dibakar segar, ayam gred terbaik, sayuran terpilih, sifar minyak berlemak-trans, sos yang dihasilkan sendiri, dan susu kocak buatan tangan. Hidangan kami yang dibuat mengikut pesanan sentiasa disediakan di dapur terbuka, dan restoran kami menggabungkan teknologi maju untuk mencipta pengalaman makan yang unik. Pelanggan CaliBurger boleh menikmati rasa California dalam sebuah suasana yang mengungkap pengalaman yang sama seperti berada California. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.caliburger.com.
LATAR BELAKANG FUNWALL
FunWall adalah penyelesaian setempat bagi permainan sosial dan kejohanan. FunWall merevolusikan permainan sosial dengan memberikan semua orang keupayaan untuk bermain permainan yang digemari, sebagai satu acara sosial, di mana-mana sahaja – bila-bila masa sahaja. FunWall juga membekalkan platform permainan sosial yang meluas dan telus teknologi kepada semua jenis pemilik infrastruktur. Ia menambah nilai yang tinggi kepada pengalaman pengguna, dengan menjadikan masa yang diluangkan menyeronokkan dan interaktif, serta menggalakkan kunjungan berulang. www.funwallgaming.com
Hubungi: aj@caliburger.com
Kandungan ini dikeluarkan melalui pengedaran siaran media di Newswire.com. Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.newswire.com