omniture

Ejakulasi pramatang - kepuasan seksual ramai pasangan terancam

Menarini Asia-Pacific
2013-03-25 12:56 286

SINGAPURA, 25 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pada Kongres Tahunan Persatuan Urologi Eropah yang ke-28 (EAU) di Milan, acara urologi Eropah yang terbesar dengan penyertaan lebih 100 negara dan melebihi 14,000 pelawat, para profesional penjagaan kesihatan diseru untuk mempertimbangkan kesan ejakulasi pramatang (PE) terhadap kaum lelaki dan pasangan mereka. Topik berikut telah dibincangkan dalam satu simposium di Kongres EAU tersebut yang bertajuk Rawatan ejakulasi pramatang: perspektif baru untuk pasangan, yang ditaja oleh Menarini Group: PE yang bukan setakat disfungsi seksual semata-mata, diagnosis dan rawatan untuk PE dalam amalan harian dan rawatan PE dengan dapoxetine.

PE merupakan disfungsi seksual paling kerap berlaku kepada kaum lelaki dan disifatkan sebagai kesukaran untuk mengawal ejakulasi.1 Kesan daripada PE dikatakan hanya menjejaskan kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa PE juga memberi kesan kepada pasangan mereka apabila disfungsi ini menyebabkan ketidakpuasan seksual.1,2 Satu  daripada tiga lelaki2 mengalami PE dalam apa-apa bentuk seperti yang ditentukan oleh Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT),3 justeru kesan PE terhadap hubungan perlu diketengahkan.

Dr. Massimo Notari, Ketua Perubatan dan Pengurusan Saintifik di Menarini International, berkata "Kesan PE tidak hanya menjejaskan kaum lelaki. Ini masalah pasangan. Apabila seorang lelaki tidak dapat mengawal ejakulasinya, secara langsung ia memberi kesan kepada kepuasan seksual pasangan dan akibatnya, keintiman terjejas dan pasangan merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak cukup dalam hubungan tersebut. Memandangkan PE merupakan disfungsi seksual yang paling biasa dihidapi oleh kaum lelaki, perkara ini harus diberikan perhatian yang lebih mendalam supaya kaum lelaki dan pasangan mereka tidak segan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor mereka."

Kesan PE terhadap hubungan

Dengan mempertimbangkan bahawa amalan seksual yang sihat merupakan komponen penting dalam hubungan yang berjaya, satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine2 pada 2012 mendapati hampir 60 peratus responden di Asia Pasifik yang menghidapi sesuatu bentuk PE tidak berpuas hati dengan hubungan seksual mereka. Begitu juga, dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine4 beberapa tahun lalu mendedahkan hanya 38.3 peratus pasangan kepada lelaki yang mengalami masalah PE melaporkan bahawa mereka "puas" dengan hubungan seksual mereka, manakala 90 peratus pasangan lelaki yang tidak mengalami masalah PE melaporkan bahawa mereka "puas".

Satu kajian yang serupa yang dijalankan di Korea, di mana 27% lelakinya mengalami PE,5 mendapati lelaki yang mengalami PE mempamerkan libido yang lebih rendah, kepuasan seksual yang lebih rendah untuk diri mereka dan pasangan mereka serta tidak kerap melakukan hubungan seks, berbanding lelaki yang tidak mengalami PE. Profesor Sung Won Lee, daripada Jabatan Urologi, Sekolah Perubatan Sungkyunkwan University, Pusat Perubatan Samsung, Seoul, Korea dan pengerusi pertubuhan Korea untuk perubatan seksual dan andrologi, mengulas "Di Korea, seperti di Asia Pasifik secara keseluruhan, lelaki yang mengidap PE mahu meningkatkan kepuasan seksual dalam hubungan mereka. Harus diingatkan bahawa, PE bukan hanya memberi kesan kepada kaum lelaki malah pasangan mereka juga. Jika PE berjaya dirawat dan lelaki tersebut berjaya mengawal ejakulasinya, maka dia dan pasangannya akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik."

Profesor Ganesh Adaikan, penyelidik bersama Kajian PE Asia 2012 2 dan Ahli Seksologi Klinikal di Pusat Wanita Hospital National University, Singapura, turut mengakui dan mengatakan, "PE boleh mengecewakan pasangan. Apabila lelaki mengalami PE, sukar bagi mereka hendak menikmati kualiti hidup yang sempurna  termasuk hubungan seksual yang memuaskan. Terdapat rawatan yang berkesan untuk membantu lelaki mengawal ejakulasi mereka dengan lebih baik. Kita perlu meningkatkan kesedaran tentang PE supaya kaum lelaki dan pasangan mereka tidak lagi merasa mereka dipandang serong dan akan terdorong untuk mengambil tindakan."

Sebagaimana sokongan yang ditunjukkan semasa simposium Kongres EAU Tahunan yang ke-28 itu, Menarini berkomited untuk meningkatkan kesedaran tentang PE, yang sering kali tidak dikesan, tidak didiagnosis dengan betul dan tidak dirawat dengan sempurna.1,6 Rawatan PE yang berkesan dapat menambah kawalan ejakulasi dan meningkatkan kepuasan seksual serta kualiti kehidupan keseluruhan bagi kaum lelaki dan pasangan mereka.7

Perihal Menarini Asia-Pasifik (Dahulu dikenali sebagai Invida Group)

Menarini Asia-Pasifik adalah sebahagian daripada Menarini Group yang berpusat di Itali. Ia merupakan syarikat biofarmaseutikal paling terkemuka dan fokus dalam menghasilkan jenama bahan penjagaan kesihatan beretika yang unggul dan untuk pengguna merentas rantau ini. Dengan lebih 3,300 profesional di 13 pasaran utama, Menarini Asia-Pasifik beroperasi meliputi keseluruhan rantaian nilai dagangan, daripada kelulusan pengawalseliaan dan pelancaran produk sehingga pengurusan kitaran hayat dan menawarkan pengalaman pelanggan yang tiada tandingannya kepada rakan niaga yang mahu menembusi pertumbuhan pasaran di Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.menariniapac.com

Rujukan

1.        Wespes E, Eardley AE, Giuliano F, Hatzichristou D, Hatzimouratidis K, Montorsi F, et al. European Association of Urology: Guidelines Male Sexual Dysfunction: Erectile dysfunction and premature ejaculation. [Internet] 2013 Mar [cited 2013 Mar 18]. Available from: http://www.uroweb.org/fileadmin/guidelines/2012_Guidelines_large_text_print_total_file.pdf.

2.        McMahon CG, Lee G, Park JK, Adaikan PG. Premature ejaculation and erectile dysfunction prevalence and attitudes in the Asia-Pacific region. J Sex Med. 2012;9:424-465.

3.        Symonds T, Perelman MA, Althof S, Giuliano F, Martin M, May K, et al. Development and validation of a premature ejaculation diagnostic tool. Eur Urol. 2007;52(2):565-573.

4.        Patrick DL, Althof SE, Pryor JL, Rosen R, Rowland DL, Ho KF, et al. Premature ejaculation: an observational study of men and their partners. J Sex Med. 2005;2(3):358-367.

5.        Lee SW, Lee JH, Sung HH, Park HJ, Park JK, Choi SK. The prevalence of premature ejaculation and its clinical characteristics in Korean men according to different definitions. Int J Impot Res. 2013;25(1):12-17.

6.        Sotomayor M. The burden of premature ejaculation: the patient's perspective. J Sex Med. 2005;2 Suppl 2:110-114.

7.        Revicki D, Howard K, Hanlon J, Mannix S, Greene A, Rothman M. Characterizing the burden of premature ejaculation from a patient and partner perspective: a multi-country qualitative analysis. Health Qual Life Outcomes. 2008;6:33.

Untuk Pertanyaan Media:

Perhubungan Awam Ogilvy
Derek Mitchell
E-mel: derek.mitchell@ogilvy.com
Tel: +65-6213-7929

Kimberly Mah
E-mel: Kimberly.mah@ogilvy.com
Tel: +65 6213 9940

Source: Menarini Asia-Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries