TAIPEI, Taiwan, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Bible Wiski Jim Murray 2017 telah menamakan Kavalan sebagai "Wiski Asia Tahun Ini" untuk produknya, Solist Moscatel Sherry Kepekatan Tong Tunggal, sebahagian daripada kira-kira 4,600 wiski yang dinilai pada edisi terkini yang ke-25.
Wiski Asia Terbaik Tahunan dalam Bible Wiski: Kavalan Moscatel.
Moscatel Kavalan terbukti popular tahun ini, meraih emas di Anugerah Wiski Dunia, Pertandingan Spirit Dunia San Francisco, Cabaran Spirit Antarabangsa, dan Ulasan Spirit Antarabangsa.
Keputusan Bible Wiski 2017 itu menjadikannya hatrik untuk Kavalan, yang telah memenangi anugerah itu dua kali sebelum ini, pada 2014 dengan Podiumnya dan pada 2015 untuk Malt Tunggal Klasik Kavalan.
Pengasas Kavalan, En YT Lee berkata pakar pengadunnya, Ian Chang, mengibaratkan Moscatel seperti "jem buah-buahan di atas kek brownie."
"Aroma Moscatel adalah aroma bungaan, kaya dengan madu dan manisan, dengan sentuhan tofi dan karamel. Pada deria rasa, ia mempunyai rasa kekacang dan buah kering, Kami menyifatkannya sebagai berkrim, rasa mentega lembut, halus, dengan not coklat," kata En. Lee.
Sebelum ini Kavalan meraih anugerah "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia " 2015, dari Anugerah Wiski Dunia (WAA) yang berprestij untuk produknya, Kavalan Solist Vinho Barrique dan anugerah "Wiski Tong Tunggal Malt Tunggal Terbaik Dunia " 2016, untuk produknya, Solist Amontillado Sherry Kepekatan Tong Tunggal.
Latar Belakang Kavalan
Kilang Penyulingan Kavalan di Taiwan dikhususkan kepada seni wiski malt tunggal sejak 2006 dan adalah penerima lebih daripada 210 anugerah emas atau lebih tinggi lagi. Diperam di dalam botol oak Amerika pada kelembapan dan suhu yang amat tinggi, Kavalan juga mendapat manfaat dari bayu laut dan gunung dan air mata air Gunung Snow, yang digabungkan untuk mencipta rasa berkrim yang menjadi tanda unik Kavalan. Kavalan mengambil namanya dari nama lama untuk Daerah Yilan dan disokong oleh 30 tahun pengalaman menghasilkan minuman dari syarikat induknya, Kumpulan King Car. Ia boleh didapati di 40 negara. Lawati www.kavalanwhisky.com/en/
Hubungan Media:
Yvonne Chou
+886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com