omniture

Miral Membawakan Pulau Yas Abu Dhabi ke Tahap Kemajuan Baharu menerusi Pengumuman Projek Baharunya, CLYMB

CLYMB, tarikan dalam bangunan bernilai 100 juta dolar, akan menyediakan ruang penerbangan paling luas dan dinding panjat dalam bangunan paling tinggi di dunia menjelang tahun 2018
Miral Asset Management
2016-10-20 09:18 556

ABU DHABI, UAE, 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Miral mengumumkan bahawa tarikan CLYMB baharu dan menarik bakal dibangunkan di Pulau Yas, Abu Dhabi. Miral akan membawakan ruang penerbangan paling luas dan dinding panjat dalam bangunan paling tinggi di dunia untuk pulau itu menjelang tahun 2018, bagi melengkapi Pulau Yas dengan pelbagai pengalaman yang menarik, mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi percutian dan hiburan utama di rantau itu.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7956251-miral-abu-dhabi-yas-island-clymb/

Pengunjung yang mengunjungi ruang penerbangan itu berpeluang untuk meniru pengalaman terjunan udara dalam kawasan seluas 9.75 meter (32 kaki) yang tiada tandingan; menjadikannya kawasan terjunan paling luas di dunia.

CLYMB akan turut membawakan dinding panjat dalam bangunan tertinggi di dunia yang setinggi 43 meter. Dinding panjat itu menyediakan cabaran buat pendaki baharu, pendaki peringkat pertengahan dan pakar pendaki memandangkan mereka berpeluang untuk mendaki 4 dinding dengan pelbagai tahap kesukaran. Dinding tertinggi peringkat pakar adalah setinggi 43 meter dari aras tanah.

Selain ruang penerbangan dan dinding panjat, CLYMB akan turut menyediakan ruang untuk peniaga, outlet makanan dan minuman, serta kawasan untuk mengadakan parti. Tarikan itu juga akan turut dihubungkan dengan Yas Mall yang berhampiran, agar dapat menghubungkan CLYMB dengan lebih banyak tawaran dari segi hiburan dan percutian yang disediakan di Pulau Yas.

Dalam majlis ini, Mohammed Abdullah Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral berkata: "Projek CLYMB ini merupakan penambahan penting dan terunggul kepada portfolio destinasi unik yang dibangunkan oleh Miral di atas Pulau Yas.  Dengan penyediaan ruang penerbangan paling luas serta dinding panjat dalam bangunan tertinggi di dunia ke Abu Dhabi, kami bakal menawarkan peluang untuk menikmati pengalaman luar biasa yang menggabungkan keseronokan dan cabaran."

"Pengumuman ini mengukuhkan komitmen berterusan kami di Miral untuk membangun dan mencipta destinasi peneraju dengan piawaian global tertinggi di Pulau Yas yang menawarkan pengalaman unik yang imersif dan mengujakan buat semua, selain menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan di Abu Dhabi, dan UAE secara keseluruhannya," tambah Al Zaabi.

Zublin Construction L.L.C dilantik oleh Miral sebagai kontraktor utama untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan yang telahpun dimulakan di tapak itu. Sejak awal bulan ini, tahap perkembangan projek itu telah mencapai 35% manakala projek bernilai US $100 juta itu dijangka akan dibuka di Pulau Yas untuk para pengunjung dari seluruh dunia menjelang tahun 2018.

Pengumuman tentang projek baharu ini dibuat setelah pelancaran visi baharu Pulau Yas untuk tahun 2022, yang menyasarkan untuk menjadikan Pulau Yas sebagai salah satu destinasi utama dunia untuk keseronokan keluarga, menarik 48 juta kunjungan setiap tahun.  Pulau Yas juga menyasarkan untuk menjadi tuan rumah kepada 100,000 pengembara korporat, dan dijangkakan akan mempunyai 4,000 bilik hotel bagi memenuhi keperluan pelbagai pengunjung. 

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161016/429108 )

Source: Miral Asset Management
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel Contracts New products/services