omniture

Johnson Controls Lancarkan Metasys(R) 8.0

Salah satu sistem automasi bangunan pertama dioptimumkan untuk semua peranti mudah alih
Johnson Controls
2016-10-20 14:46 913

MUMBAI, India, 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Johnson Controls memperkenalkan Metasys® 8.0 dengan konfigurasi sistem baharu, keupayaan pemprograman dan juga ciri-ciri Teknologi Maklumat (IT) tambahan bagi tujuan meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos tenaga serta menambah baik tahap keselamatan. Ia merupakan salah satu sistem automasi bangunan (BAS) pertama dalam industri yang dioptimumkan untuk semua peranti mudah alih.

Dioptimumkan untuk peranti mudah alih, Metasys 8.0 menampilkan penambahbaikan penting demi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos tenaga serta menambah baik tahap keselamatan
Dioptimumkan untuk peranti mudah alih, Metasys 8.0 menampilkan penambahbaikan penting demi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos tenaga serta menambah baik tahap keselamatan

 

Kemajuan terkini dalam BAS ini dapat meningkatkan kemudahan penggunaan, mempercepatkan proses penyelesaian masalah, memendekkan tempoh menyiapkan tugasan serta menyokong integrasi yang lebih mudah. Peningkatan utama Metasys 8.0 termasuk:

  • Grafik intuitif yang dioptimumkan untuk pelbagai peranti mudah alih
  • Pengurusan penggera mendayakan pengutamaan penggera (ciri-ciri tersebut tersedia untuk tugasan berkaitan) 
  • Penjadualan yang dipertingkatkan dan paparan trend yang disesuaikan
  • Ciri-ciri pelaporan baharu menjadikan akses trend, penggera, audit dan penjadualan data lebih mudah
  • Keizinan ruang, yang membolehkan pengguna mengakses sistem dan melihat data yang mereka perlukan sahaja
  • Ciri-ciri keselamatan IT tambahan dengan pengurusan kata laluan yang selamat serta pelaporan akaun pengguna yang tidak aktif

"Ciri-ciri peningkatan ini adalah hasil daripada lebih 1,000 jam kajian pemantauan bersama pemilik dan pengendali bangunan. Pengendali kemudahan kini dapat mengenal pasti dan memperbetulkan masalah dengan lebih pantas menerusi antara muka intuitif yang baharu, memandangkan maklumat dipaparkan mengikut fungsinya. Kini, paparan lokasi yang berpotensi mempunyai masalah mampu menyediakan satu laporan yang interaktif untuk melihat kesemua penggera, pembatalan sistem dan sistem yang diputuskan selain maklumat peralatan penting yang lain mengikut susunan kronologi," kata Derrick Kho, pengarah produk dan saluran kawalan, Building Efficiency Asia, Johnson Controls.

Metasys 8.0 dibina berasaskan keupayaan Metasys untuk memaksimumkan pelaburan pemilik bangunan melalui kefleksibelan dan kebolehskalaan. Sistem ini dapat mengekalkan dan menambah nilai pelaburan terdahulu dalam infrastruktur bangunan serta teknologinya, selain boleh diskalakan mengikut saiz dan tahap kerumitan bangunan. Ia membolehkan penyepaduan dengan pelbagai sistem mekanikal dan elekrik, selain membolehkan penggantian yang progresif terhadap pengawal lapangan sedia ada yang telah pun ketinggalan zaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.johnsoncontrols.com/buildings/specialty-pages/metasys-release atau untuk membuat tinjauan tentang Metasys 8.0 sila layari www.johnsoncontrols.com/metasystour.

Latar Belakang Johnson Controls 

Johnson Controls ialah peneraju global bagi pelbagai teknologi dan perindustrian yang menyediakan perkhidmatan buat pelanggan yang berada di lebih 150 buah negara. Seramai 117,000 kakitangan kami membina bangunan pintar, penyelesaian yang cekap tenaga, infrastruktur bersepadu serta sistem pengangkutan generasi seterusnya yang dapat berfungsi serentak dengan lancar demi menyediakan bandar-bandar serta komuniti pintar. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak ditubuhkan pada tahun 1885, menerusi penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami komited dalam membantu kejayaan pelanggan kami dan mencipta nilai yang lebih besar buat kesemua pihak berkepentingan melalui fokus yang strategik terhadap bangunan kami dan platform pertumbuhan tenaga. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols melalui Twitter.

Latar Belakang Building Efficiency Johnson Controls 

Building Efficiency Johnson Controls mempunyai portfolio yang tiada tandingan, terdiri daripada produk dan penyelesaian HVACR bagi mewujudkan bangunan yang lebih selesa, selamat dan cekap. Beroperasi di lebih 150 buah negara melalui rangkaian saluran pengedaran yang mantap, kepelbagaian tawaran yang disediakan oleh Building Efficiency membantu pemilik, pengendali, jurutera dan perunding bangunan memberi impak kepada seluruh kitar hayat bangunan. Kepimpinan pasarannya diiktiraf melalui jenama­-jenama yang dipercayai seperti YORK®, Sabroe® dan Metasys® selain keupayaan integrasi bangunan pintar serta penyelesaian pembiayaan tenaga. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti @JCI_BEnews.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161005/8521606336
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Commercial Real Estate Computer Software Computer/Electronics Construction/Building HVAC Real Estate New products/services