ZEELAND, Michigan, 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar rekabentuk global, Herman Miller, Inc. (NASDAQ: MLHR) hari ini melancarkan sebuah kerusi Aeron baharu. Kerusi Aeron pertama kali dilancarkan pada 1994 dan ia tidak seperti kerusi lain yang pernah disaksikan di dunia sebelum ini. Tempat duduk tanpa berlapik, pereka bentuk Bill Stumpf dan Don Chadwick memilih untuk tidak menggunakan busa dan fabrik untuk mencipta sebuah mesin yang digunakan sebagai tempat duduk. Pusat penyatuan rekaan manusia dengan kepimpinan Herman Miller dalam teknologi dan bahan inovatif, Aeron dengan pantas menjadi kerusi paling laris dan kerusi berprestasi paling diiktiraf sepanjang masa—dengan lebih daripada 7 juta dijual di 134 negara, kerusi itu merupakan peralatan penting bagi pengguna seluruh dunia dan mendapat statusnya tersendiri dalam budaya yang popular.
Aeron baharu Herman Miller mengekalkan bentuk tersendiri kerusi ikonik itu, tetapi setiap komponen rekabentuk itu telah dikemaskini untuk meningkatkan tahap tempat duduk yang berprestasi. Dengan input daripada perekabentuk yang asal, Don Chadwick, dan khusus kepada pasukan khas saintis, jurutera, pakar bahan, dan penyelidik yang mengusahakan projek itu selama lebih dua tahun, Herman Miller telah mempertingkatkan kerusi tersebut dengan menggabungkan kefahaman terkini dalam antropometrik dan ergonomik dengan kemajuan dua dekad dari segi bahan, pengeluaran dan teknologi. Kerusi yang terhasil boleh dikenalpasti sebagai Aeron, tetapi dengan ciri-ciri lebih kukuh dan bahan lebih pintar, keupayaan pelarasan yang lebik baik, kawalan intuitif, pengudaraan yang dipertingkat, dan cara duduk dengan kesan kesihatan yang positif dan lebih selesa.
Aeron kini menawarkan pengalaman duduk yang baharu sepenuhnya—dengan mekanisma penyengetan yang dihasilkan semula,sokongan spinal PostureFit boleh laras, dan suspensi berzon 8Z Pellicle yang inovatif, yang digandingkan untuk menghasilkan keselesaan yang dipertingkat. Untuk individu, kerusi itu menyesuaikannya untuk pelbagai jenis aktiviti dan postur pilihan ketika duduk—dari postur tegak berfokus kepada postur santai bersandar. Untuk organisasi, rekaan silang-prestasi, menjadikan Aeron sesuai untuk suasana tempat kerja yang pelbagai dan meluas. Aeron yang baharu berprestasi lebih baik dari sebelumnya—supaya generasi baharu pengguna dan organisasi juga dapat menikmati prestasi yang lebih selesa.
Dengan pengenalan Aeron yang baharu, Herman Miller mengukuhkan lagi kepimpinan global syarikat itu dalam inovasi tempat kerja dan tempat duduk berprestasi tinggi. Kerusi Aeron yang baharu boleh didapati untuk pengguna komersial dan kediaman, di kesemua pasaran yang menjual produk Herman Miller. Kerusi baharu itu kini boleh didapati di Amerika Utara, Amerika Latin dan Mexico, Timur Tengah, dan Afrika, dan akan memasuki pasaran United Kingdom, Eropah itu pada Januari 2017 dan Asia pada bulan Februari 2017.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.hermanmiller.com/global/en_apc/products/seating/performance-work-chairs/aeron-remastered
Hubungi: media_relations@hermanmiller.com, +1-616-654-5977