omniture

Meritus Hotels & Resorts Raih Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers 2016 sebagai Rangkaian Hotel Serantau Terbaik

Meritus Hotels & Resorts
2016-10-21 03:26 783

SINGAPURA, 21 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Jenama hospitaliti Asia, Meritus Hotels & Resorts dipilih sebagai Rangkaian Hotel Serantau Terbaik oleh pembaca Travel Weekly Asia dan Travel Weekly China sempena Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers 2016.

En. Tan Kim Seng (kanan), Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts, bersama En. Robert G. Sullivan, Presiden Syarikat Pelancongan, Northstar Travel Group
En. Tan Kim Seng (kanan), Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts, bersama En. Robert G. Sullivan, Presiden Syarikat Pelancongan, Northstar Travel Group

 

Majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan di restoran dua bintang Michelin di Mandarin Orchard Singapore, Shisen Hanten by Chen Kentaro, dihadiri oleh hampir 100 pemimpin dan pihak berpengaruh daripada industri perdagangan pelancongan antarabangsa.

Kesemua 45 pemenang diiktiraf menerusi 12 kategori iaitu Syarikat Penerbangan, Hotel, Pusat Peranginan, Kediaman Berservis, Lapangan Terbang, Sewa Kereta, Syarikat Persiaran, Agensi Pelancongan, GDS, Insurans Perjalanan, Tarikan dan Destinasi.

Kini memasuki tahun keduanya, Anugerah Pilihan oleh Travel Weekly Asia Readers meraikan syarikat-syarikat serta golongan profesional industri perdagangan pelancongan "yang terbaik dalam kalangan terbaik" yang meningkatkan piawaian yang lebih tinggi untuk industri ini menerusi produk dan perkhidmatan yang hebat.

Anugerah Rangkaian Hotel Serantau Terbaik untuk Meritus Hotels & Resorts bagi tahun ini diterima oleh Ketua Pegawai Operasinya, En. Tan Kim Seng.

 "Kami di Meritus sentiasa berusaha mencari kaedah baharu demi menyediakan perkhidmatan hospitaliti Asia terbaik buat semua tetamu kami," kata En. Tan. "Anugerah ini menjadi bukti penting tentang impak jenama kami dalam sebuah industri yang begitu dinamik serta berdaya saing, dan kami benar-benar berterima kasih kepada rakan sejawat serta rakan kerjasama kami kerana mengiktiraf usaha kami."

Turut berada dalam portfolio Meritus Hotels & Resorts ialah Mandarin Orchard Singapore yang ikonik, Marina Mandarin Singapore, serta Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.

Untuk maklumat lanjut tentang Meritus Hotels & Resorts, layari www.meritushotels.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65 6831 6385
E-mel: janice.azupardo@meritushotels.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160803/8521604955LOGO
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161020/8521606750

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards