omniture

Jenama Telefon Pintar Global Honor Jalin Kerjasama dengan Doctor Strange Marvel Studios untuk Membawakan "Keberanian" ke Layar Perak

Honor
2016-10-21 07:25 825

SHENZHEN, China, 21 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Jenama Telefon Pintar Global, Honor, hari ini mengumumkan jalinan kerjasamanya dengan Marvel Studios untuk filem yang amat dinanti-nantikan, "Doctor Strange" yang akan menampilkan telefon pintar Honor yang canggih. Jalinan kerjasama ini akan diteruskan selepas penampilan peranti Honor dalam filem tersebut bagi memperkenalkan beberapa siri promosi bersama kempen dalam dan luar talian.

Jenama Telefon Pintar Global Honor Jalin Kerjasama dengan Doctor Strange Marvel Studios untuk Membawakan "Keberanian" ke Layar Perak
Jenama Telefon Pintar Global Honor Jalin Kerjasama dengan Doctor Strange Marvel Studios untuk Membawakan "Keberanian" ke Layar Perak

Hubungan kerjasama dengan Marvel ialah usaha terkini dalam senarai inisiatif pemasaran yang kreatif dan dinamik yang diterajui oleh Honor, disediakan khusus untuk golongan millennial. Honor mengambil suatu pendekatan yang begitu berbeza dengan mencari peluang untuk mendekati golongan millennial melalui pelbagai jalinan kerjasama yang melibatkan dunia muzik, filem, permainan video dan juga sukan ekstrem. Fokus terhadap pengguna global dan hubungan emosi pelanggan yang dikongsi oleh kedua-dua jenama ini menjadikan kerjasama ini suatu yang wajar terjalin.

 "Kami benar-benar ingin menghidupkan jenama kami melalui cara yang dapat menarik minat golongan millennial. Kami berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan jenama bertaraf global seperti Marvel, yang akan menginspirasikan penonton di seluruh dunia, seperti mana yang dilakukan oleh Honor yang bermatlamat untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada pelanggannya," kata Steven Wang, Ketua Pegawai Pemasaran Honor.

"Marvel teruja dengan hubungan kerjasama bersama Honor ini," kata Mindy Hamilton, Naib Presiden Kanan Hubungan Global, Marvel. "Jelas sekali golongan millennial merupakan kelompok demografi utama buat kami, dan jalinan kerjasama bersama Honor ini membolehkan kami kekal menjadi peneraju dalam industri teknologi dan terus mencuba pelbagai saluran yang membolehkan kami mendekati mereka."

"Doctor Strange" daripada Marvel Studios dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, mengisahkan tentang pakar bedah saraf yang terkenal di dunia, Dr. Stephen Strange yang berusaha mencari kaedah penyembuhan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memperolah kuasa ajaib yang sungguh hebat di suatu tempat yang penuh misteri.

"Doctor Strange" terserlah sebagai calon paling layak untuk menjalin kerjasama dengan Honor. Nilai-nilai yang ditonjolkan oleh watak utamanya iaitu komitmen dan keberanian dalam menentukan haluan hidupnya sendiri, selain hubungan istimewa yang dinikmati oleh beliau menerusi teknologi menjadikan beliau sebagai duta paling sesuai untuk Honor, yang berusaha untuk memperkasa pengguna digital melalui teknologi. Ekosistem Marvel yang beraneka, menerusi watak-watak yang ceria, celik teknologi dan memberi inspirasi ternyata menjadi elemen paling sempurna untuk memperkenalkan teknologi Honor, yang menginspirasikan pengguna di dunia untuk mempunyai impian yang tinggi, kekal berjiwa muda dan berani, seperti yang ingin disampaikan oleh slogan "Untuk yang Berani".

Honor 8, telefon pintar utama yang terkini, dapat menonjolkan wawasan ini. Menerusi sistem kamera dua kanta yang canggih, sensor cap jari dengan Kekunci Pintar boleh diprogram, selain reka bentuk yang dilapisi kaca yang terunggul dan memantulkan cahaya, telefon pintar ini membawakan sesuatu di luar kebiasaan untuk pengguna. Honor 8 tersedia dalam warna Biru Nilam, Putih Mutiara dan Hitam Gelap Malam.

Doctor Strange akan ditayangkan di UK mulai 25 Oktober, manakala di AS pada 4 November. Honor akan turut mempromosikan perkongsian ini secara aktif di negara-negara termasuk Rusia, AS, Jerman, UK, Perancis, Itali, Sepanyol, Finland, Poland, Czech, Sweden, Serbia, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait serta Kerajaan Arab Saudi.

Disokong oleh Honor, tayangan perdana permaidani merah bersama wakil-wakil daripada Honor dan bintang-bintang terkenal daripada filem "Doctor Strange" Marvel Studios akan diadakan pada 20 Oktober, diikuti dengan acara Science of the Marvel Cinematic Universe pada 27 Oktober bagi meraikan elemen sains dan teknologi di sebalik Marvel Cinematic Universe. Tema berjenama untuk telefon pintar Honor 8 akan turut dilancarkan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hihonor.com/global/events/doctorstrange.

Latar Belakang Honor

Honor ialah sebuah e-jenama telefon pintar terkemuka yang bernaung di bawah Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani" ("For the Brave"), jenama tersebut dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasikan aksi, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikannya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Latar Belakang Marvel Entertainment

Marvel Entertainment, LLC, sebuah anak syarikat milik penuh The Walt Disney Company, ialah salah sebuah syarikat hiburan berasaskan watak yang paling terkemuka di dunia, tercipta daripada himpunan lebih 8,000 watak terbukti yang muncul dalam pelbagai platform media sejak lebih tujuh puluh tahun lalu. Marvel memanfaatkan francais wataknya dalam industri hiburan, pelesenan dan penerbitan. Untuk maklumat lanjut, layari marvel.com. (C) 2016 MARVEL

Latar Belakang "Doctor Strange" Marvel

Daripada Marvel Studios, maka terbitlah filem "Doctor Strange," sebuah kisah mengenai pakar bedah saraf yang terkenal di dunia, Dr. Stephen Strange yang berubah hidup buat selama-lamanya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan beliau tidak lagi dapat menggunakan tangannya. Setelah gagal berubat secara tradisional, beliau terpaksa mencari kaedah penyembuhan, dan harapan, di tempat yang terlihat hampir mustahil, iaitu sebuah wilayah kecil, dikenali sebagai Kamar-Taj. Beliau dengan serta merta menyedari bahawa ia bukan sekadar sebuah pusat penyembuhan, tetapi juga merupakan barisan hadapan medan pertempuran untuk melawan kuasa jahat yang tersembunyi, bertekad untuk memusnahkan dunia realiti kita. Tidak lama kemudian, Strange, dengan berbekalkan kuasa ajaib yang baru diperoleh, terpaksa memilih sama ada untuk kembali kepada kehidupan beliau yang mewah dan berpangkat, atau meninggalkan kesemuanya bagi mempertahankan dunia sebagai sebagai ahli sihir paling hebat yang pernah wujud.

"Doctor Strange" dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Benedict Wong, Michael Stuhlbarg, Benjamin Bratt dan Scott Adkins, berserta Mads Mikkelsen dan juga Tilda Swinton. Filem ini diarahkan oleh Scott Derrickson dan diterbitkan oleh Kevin Feige. Louis D'Esposito, Victoria Alonso, Stephen Broussard, Charles Newirth dan Stan Lee merupakan penerbit eksekutif. Jon Spaihts dan Scott Derrickson & C. Robert Cargill pula merupakan penulis lakon layar. Sertai Strange dalam pengembaraan beliau yang sungguh berbahaya, membingungkan dan benar-benar mencabar minda apabila "Doctor Strange" Marvel Studios mula ditayangkan di pawagam-pawagam A.S. mulai 4 November 2016.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161019/0861610786

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Film & Motion Picture Licensing/marketing agreements New products/services