omniture

Ekspo Awan China ke-5 Dirasmikan dengan Memperkenal Teknologi Terhebat yang Menarik Perhatian

China Huizhou Internet of Things and Cloud Computing Expo
2016-10-21 07:42 896

HUIZHOU, China, 21 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Internet Semua Benda dan Pengkomputeran Awan (Ekspo Awan) Huizhou China kali ke-5 akan diadakan di pusat konvensyen dan pameran Huizhou mulai 1-3 November yang turut berlangsung serentak dengan Minggu Inovasi Mudah Alih China kali ke-3.

The 5th China Huizhou Internet of Things and Cloud Computing Expo (the Cloud Expo) will be held in Huizhou convention and exhibition center from November 1 to 3, featuring the 3rd China Mobile Innovation Week at the same time.
The 5th China Huizhou Internet of Things and Cloud Computing Expo (the Cloud Expo) will be held in Huizhou convention and exhibition center from November 1 to 3, featuring the 3rd China Mobile Innovation Week at the same time.

Ekspo Awan akan diadakan di kawasan pameran seluas 9,350 meter persegi dan lebih 410 buah syarikat akan mengambil bahagian manakala para pembeli dijangka hadir dari lebih 30 buah negara termasuk China, AS, UK, Rusia dan juga Jepun.

Bagi mewujudkan fungsi ketersambungan pintar masa depan, Ekspo Awan serta Minggu Inovasi Mudah Alih China akan menekankan elemen-elemen kreatif dan menggabungkan topik-topik terkini termasuk sukan elektronik, rangkaian infrastruktur awan serta animasi & hiburan. Teknologi-teknologi terkini dan juga perkhidmatan teknologi dalam pelbagai industri termasuk industri mudah alih global, internet semua benda, pengkomputeran awan, data besar, pembuatan pintar, peranti pintar boleh pakai, realiti maya (VR), aplikasi 4G, pemusatan dua mod serta penggunaan robot akan turut dipamerkan. 

Pameran ini akan dibahagikan kepada lapan zon: peranti boleh pakai; pembuatan pintar; telefon pintar dan aplikasi; robot pintar; pengkomputeran awan & rangkaian kenderaan & tenaga baharu; pengkomputeran awan & data besar; pengguna pintar serta komunikasi interaktif.

Para pempamer terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka di peringkat global seperti Cisco, Aliyun, Baidu, Philips, New H3C (HP), dan banyak lagi.

Keistimewaan acara tahun ini ialah Pertandingan Reka Bentuk Mudah Alih dan Inovasi Aplikasi China sempena Minggu Inovasi Mudah Alih China 2016, manakala syarikat-syarikat gergasi mudah alih bertaraf global seperti Huawei, ZTE, Vivo, TCL, Meizu, Coolpad, Samsung, Asus, LG, Motorola dan Lenovo akan mendemonstrasikan produk-produk utama serta produk-produk kebanggaan mereka yang terdapat dalam pasaran, selain beberapa teknologi terkini akan turut diperlihatkan buat pertama kalinya.

"Ekspo Awan bukan sekadar sebuah ekspo kebangsaan, bahkan merupakan sebuah platform antarabangsa yang inovatif dan berfikiran terbuka, bagi tujuan mengadakan promosi peringkat global berkaitan internet semua benda serta pengkomputeran awan. Kami berharap rakan-rakan sejawat kami dari serata dunia akan memanfaatkan peluang ini bagi membincangkan tentang trend industri yang amat canggih serta mendemonstrasikan hasil kajian terkini," kata Wu Xin, pengarah Jawatankuasa Organisasi Ekspo Awan.

Untuk berkunjung dan mempamer:
Tel:+86-20-8926-8241, +86-752-2873-038
E-mel: hzcloudexpo@126.com

Maklumat lanjut: http://www.cloud-expo.cn/Index/English_Home

LATAR BELAKANG

Ekspo Internet Semua Benda (IOT) dan Pengkomputeran Awan Huizhou China dianjurkan oleh Jawatankuasa Ekonomi dan Maklumat, Wilayah Guangdong, Jabatan Sains dan Teknologi Guangdong dan juga Kerajaan Perbandaran Rakyat Huizhou. Pengumpulan projek-projek pelaburan & kerjasama berjaya dicapai melalui Ekspo itu yang berjumlah kira-kira RMB50 bilion (8.05 bilion USD) sejak tahun 2012.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161019/0861610843

Source: China Huizhou Internet of Things and Cloud Computing Expo
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news