omniture

Deccan Odyssey terpilih sebagai 'Tren Mewah Utama Asia' di Anugerah Pelancongan Dunia 2016

Deccan Odyssey
2016-10-21 19:54 658

MUMBAI, 21 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Deccan Odyssey, keretapi mewah yang dikendali dan diuruskan oleh Cox & Kings Ltd, rakan kongsi penyumberan luar bagi The Maharashtra Tourism Development Corporation (MTDC), terus menerajui Asia dalam kelompok Mewah. Ia telah memenangi Anugerah Pelancongan Dunia 2016 yang tersohor bagi kategori Tren Mewah Utama Asia sebagai keretapi paling digemari dan  bergaya diraja sejak pelancarannya. Upacara penganugerahan yang gilang gemilang itu berlangsung di Resort Danang Sun Peninsula InterContinental, Vietnam dan dihadiri oleh tetamu kehormat daripada industri pelancongan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160711/813035 )

"Memenangi pengiktirafan ini untuk kali ke-6, menegaskan fokus kami dalam membawakan inovasi dan kemewahan pengembaraan yang terbaik untuk para pelancong. Kami sesungguhnya berbangga kerana usaha berterusan kami untuk mengekalkan legasi keretapi diraja, digabung dengan perkhidmatan bertaraf dunia, telah mendapat pengiktirafan berterusan daripada para pelancong dan industri," kata Arup Sen, Penasihat Khas Cox & Kings. "Kami komited untuk terus mengekalkan taraf antarabangsanya dengan membawa inovasi dalam pelancongan dan menyuntik kemewahan dalam inovasi ini, justeru menambah baik perkhidmatan kami," beliau menambah.

Dengan ciri-ciri uniknya, keretapi itu adalah satu-satunya keretapi yang menawarkan perjalanan eksklusif ke bandar-bandar diraja yang mengetengahkan istana-istana, tradisi dan kehebatan kulinari bandar-bandar dan kampung-kampung yang tidak dicemar arus masa.  Keindahan Maharashtra, Jejak Liar Maharashtra, Harta Tersembunyi Gujarat, Permata Deccan, Pengembaraan India dan Persinggahan India adalah perjalanan menakjubkan yang menjadi laluan Deccan Odyssey, menonjolkan lanskap India yang kaya dan pelbagai.

Anugerah Pelancongan Dunia meraikan pengembaraan dan pelancongan yang terbaik di dunia. Acara WTA disegani di seluruh dunia kerana menyediakan peluang rangkaian peringkat atasan serantau dan global yang mantap.

Latar Belakang Deccan Odyssey

Deccan Odyssey memiliki 21 koc,  yang mana 12 darinya adalah gerabak penumpang yang boleh memuatkan 8 orang bagi setiap koc (10 penumpang/gerabak deluxe, 4 kup setiap koc – 2 gerabak suite presiden, 2 kup setiap koc), 1 gerabak persidangan/hiburan, 2 gerabak jamuan makan, 2 gerabak janakuasa dengan stor bagasi, 2 gerabak kakitangan,  1 gerabak spa, 1 gerabak bar. Kapasiti keretapi itu ialah 88 orang penumpang.

Pada 2015, Deccan Odyssey meraih pelbagai anugerah dan di antaranya adal Anugerah Pelancongan Dunia bagi keretapi mewah utama Asia dan Anugerah Pelancongan India untuk keretapi  mewah terbaik di India.

Untuk maklumat lanjut, hubungi: thomasct@coxandkings.com

Sumber: Deccan Odyssey

Source: Deccan Odyssey
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel Awards