omniture

Julian Gretzinger Sertai Lexinta sebagai Pengarah Bersekutu, Pasaran Modal

Lexinta AG
2016-10-24 07:30 473

ZUG, Switzerland, 24 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Lexinta dengan sukacitanya mengumumkan Julian Gretzinger akan menyertai syarikat dengan menyandang jawatan sebagai Pengarah Bersekutu, Pasaran Modal. Julian Gretzinger akan mula berkhidmat menerusi jawatan baharu ini pada 1 November 2016.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/405942LOGO )

Julian menyertai Lexinta dengan memanfaatkan 10 tahun pengalaman bertugas dalam sektor pelaburan-perbankan dan sebelum ini, beliau pernah berkhidmat untuk Credit Suisse, Cantonal Bank of Zurich dan terkini, UBS. Beliau ialah seorang ahli profesional bagi transaksi ekuiti Pasaran Modal terurus utama yang berpengalaman.

Julian merupakan siswazah daripada University of Basel, berkelulusan ijazah sarjana dalam perbankan & kewangan daripada University of St. Gallen serta merupakan pemegang ijazah LL.M. dalam bidang undang-undang perniagaan antarabangsa daripada University of Zurich. Julian berkebolehan bertutur dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa ibundanya, bahasa Jerman.

Bismark Badilla, Presiden Kumpulan Lexinta mengulas "Latar belakang Julian menjadikan beliau sebagai pilihan tepat untuk membantu Lexinta melaksanakan rancangan peluasannya selain mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pasaran modal yang dapat meningkatkan nilai untuk pelanggan."

Peranan utama Julian di Lexinta adalah untuk mengukuhkan dan mengoptimumkan peluang Pasaran Modal Ekuiti dalam perniagaan teras Lexinta iaitu berkaitan pengurusan kekayaan.

Latar Belakang Lexinta  

Lexinta ialah sebuah kumpulan pengurusan aset bebas milik sendiri yang bertaraf global. Lexinta ialah tanda dagangan berdaftar Lexinta AG, sebuah syarikat awam berhad yang diperbadankan di Zug, Switzerland, dengan nombor pendaftaran komersial CH-170.3.035.396-3. Lexinta AG dilesenkan sebagai sebuah syarikat pengurusan aset dan pengantara kewangan di bawah undang-undang Switzerland. Lexinta AG juga merupakan anggota Organisasi Swaatur yang diperakui oleh FINMA, PolyReg (http://www.polyreg.ch) dan PolyAsset(http://www.polyasset.ch). 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Lexinta sila layari: http://www.lexinta.com

Maklumat Perhubungan Media:
Nadia Hunziker
Lexinta AG Cawangan Zurich
+41-41-544-83-89
pr@lexinta.com

Sumber: Lexinta AG

 

Source: Lexinta AG
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements