KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Median Group Inc. (Simbol saham OTC: CHMD), sebuah syarikat telekomunikasi dan teknologi kewangan ("Median"), telah pada 17 Oktober 2016 mengumumkan tawaran persendirian 100,000,000 saham biasa miliknya kepada Getthiss Innovation Sdn. Bhd. ("Getthiss") sebagai lambang kerjasama strategik bersama penyedia platform pemasaran bebas di Malaysia itu.
"Kami telah menemui pemegang saham strategik yang memiliki jaringan ahli yang mantap dan berpotensi untuk meluaskan capaian pasaran kami melangkaui segmen pasaran tradisional kami. Kini, kami berada pada peringkat akhir perbincangan dengan Getthiss dan kami berharap agar kami berpeluang untuk menjalin kerjasama untuk terus mencapai kemajuan pada masa depan dengan jayanya," ujar Andrew Hwan Lee, Presiden Median. "Kami gembira kerana telah menemui rakan kongsi mantap yang akan memainkan peranan penting dalam usaha mengedarkan produk-produk serta perkhidmatan kami di Malaysia melalui platform pengedaran mereka yang cukup luas."
En. Lee menyambung, "Saya amat berterima kasih kepada pemegang saham kami, pihak pelabur dan rakan kongsi yang masih terus menyokong kami dalam keadaan yang sungguh mencabar ini. Kami teruja dengan perkembangan baharu ini dan akan terus meluaskan tawaran perniagaan kami, seraya berusaha untuk terus meningkatkan nilai pemegang saham kami."
Latar Belakang Median Group Inc.
Median Group Inc. bermatlamat untuk menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih dan teknologi terkemuka yang memberi tumpuan terhadap komunikasi mudah alih serta aplikasi, teknologi kewangan dan perkhidmatan ("fintech") selain ruang dalam pasaran digital untuk komuniti kumpulan tertutup. Objektif syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada komuniti dengan membangunkan ekosistem teknologi digital. Ibu pejabat Median terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Median, sila layari: www.mediangroupinc.com.
Latar Belakang Getthiss Innovation Sdn. Bhd.
Getthiss Innovation Sdn. Bhd. ialah penyedia platform pengiklanan bebas yang mencipta semula konsep dan model perniagaan dalam sistem pengiklanan berasaskan web seperti Facebook, Alibaba, Amazon, Lazada, termasuk sistem pengiklanan versi tempatan seperti Mudah. Di samping itu, Getthiss menawarkan peluang bermanfaat untuk golongan profesional dan usahawan bagi mewujudkan aliran pendapatan daripada pakej pengiklanan dalam syarikat. Menerusi pelaburan perniagaan yang strategik ini, Getthiss berazam untuk muncul sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi di bawah jenamanya sendiri melalui label putih, untuk menggunakan platform pengedaran elektroniknya bagi mengurus pelan telekomunikasi dan tambah nilai miliknya selain penyedia gerbang pembayaran.
Syarikat seangkatannya, Getthiss (M) Sdn Bhd mempromosikan rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik organik yang disahkan halal melalui rangkaian saluran pemasaran bagi memenuhi keperluan ahli-ahlinya yang terus bertambah. Menerusi jalinan kerjasama ini, ahli-ahlinya akan mendapat faedah hebat daripada perkhidmatan bernilai tambah baharu yang disediakan oleh syarikat. "Kami percaya jalinan kerjasama antara Getthiss dan Median Group Inc. akan dapat meningkatkan imej kami dan memberi keyakinan kepada ahli-ahli kami untuk terus meluaskan rangkaian, dan kami berharap dapat menjalin hubungan perniagaan yang berjaya dan menguntungkan dengan Median," kata En. Muhammad Dzulnun Huraira, Pengasas Getthiss Innovation Sdn Bhd.