omniture

Kesan Digital Mula Dirasai Kebanyakan CIO Asia pada 2016

Logicalis
2016-10-25 16:12 573

IT teragih, IT bayangan dan risiko keselamatan data merupakan isu-isu besar setelah syarikat-syarikat seluruh Asia dan dunia bertindak balas terhadap ancaman yang timbul daripada pengubah digital

SINGAPURA, 25 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat di seluruh Asia semakin bertindak balas terhadap ancaman yang timbul daripada pengubah digital seperti Uber dan Airbnb, suatu trend yang menimbulkan cabaran nyata terhadap CIO (Ketua Pegawai Teknologi Maklumat), menurut satu kajian yang dijalankan oleh penyedia penyelesaian IT dan perkhidmatan terurus bertaraf antarabangsa, Logicalis (www.logicalis.com).

Kaji Selidik CIO Global Logicalis 2016 yang meninjau 101 CIO di Asia dan 708 CIO di seluruh dunia mendapati transformasi digital terhadap perniagaan sudah mula merancakkan momentum, dengan 80% syarikat di Asia kini sedikit sebanyak didayakan secara digital. Peratus ini hampir serupa dan lebih tinggi sedikit berbanding dengan dapatan global, iaitu 73% syarikat kini didayakan secara digital. Secara keseluruhan, kajian tersebut mendapati, penerapan digital mengesahkan perubahan lengkung bentuk loceng:

  • Penginovasi didayakan secara digital, atau pengubah digital, menyumbang sebanyak 6% daripada seluruh perniagaan di Asia (7% di dunia).
  • Pengguna awal merangkumi 21% daripada daripada seluruh perniagaan di Asia (22% di dunia).
  • Majoriti peringkat awal ini menyumbang sebanyak 53% daripada syarikat-syarikat di Asia (45% di dunia), manakala 20% (22% di dunia) terangkum dalam majoriti peringkat seterusnya.

"Keputusan yang diperoleh jelas menunjukkan transformasi digital telahpun memberi kesan terhadap sesebuah organisasi dan kami dapat melihat keputusan berkenaan IT semakin banyak diagihkan dalam perniagaan, dan tidak lagi diuruskan secara berpusat oleh IT. CIO perlu bekerjasama erat dengan barisan kakitangan syarikat, yang kini lebih celik teknologi, demi memacu inovasi dan memberi hasil perniagaan yang lebih baik," kata James Tay, Ketua Pegawai Eksekutif Logicalis Asia.

"Akhirnya, kami dapat melihat bahawa IT semakin berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan dalaman dan juga pendorong digital. CIO di Asia menunjukkan mereka turut bersiap siaga seperti mana rakan-rakan kerjasama global mereka dalam mendepani transformasi ini dan memperbaharui peranan mereka."

Cabaran besar untuk CIO

Persekitaran yang berubah dengan begitu pesat ini pastinya menimbulkan cabaran besar buat CIO, seperti yang ditunjukkan oleh kaji selidik tersebut. Sebagai contoh, CIO tidak dapat mengawal sepenuhnya perbelanjaan untuk IT berbanding sebelum ini – 41% (40% di dunia) kini menyatakan mereka hanya membuat 50% keputusan perbelanjaan, atau kurang. 

CIO turut berhadapan dengan ancaman daripada jaringan perniagaan yang membeli teknologi tanpa melibatkan IT sama sekali. Peratus laporan berkenaan ancaman ini sering kali, kerap kali atau selalunya memberi kesan terhadap satu pertiga atau 37% CIO di Asia (39% di dunia).

IT Teragih dan Jabatan IT Bayangan

Salah satu kesan yang timbul akibat kehilangan kawalan ini ialah peralihan daripada IT secara berpusat, dengan lebih banyak CIO kini beroperasi dalam persekitaran IT 'teragih'. Penyahpusatan IT ini merupakan lanjutan ekoran kesan daripada 'IT bayangan', dan ia tidak lagi dilihat sebagai subversif. Sebaliknya ia dilihat sebagai kesan positif dan menjadi elemen penting bagi transformasi digital.

Sebagai contoh, walaupun kebanyakan CIO atau 84% CIO di Asia, yang hampir menyamai 83% CIO di dunia, melaporkan bahawa jaringan jabatan perniagaan kini menggajikan pakar IT yang berperanan untuk menyokong perkhidmatan perisian, aplikasi dan infrastruktur awan dengan fungsi khusus terhadap perniagaan – jabatan IT bayangan – CIO dilihat selesa untuk bekerjasama dengan mereka. Kira-kira satu perlima atau 21% (22% di dunia) bekerjasama dengan 'jabatan IT bayangan' setiap hari dan 43% daripada CIO bekerjasama sekurang-kurangnya setiap minggu, berbanding 41% CIO di dunia.

Cabaran keselamatan

Kombinasi antara IoT, IT teragih dan peningkatan penularan aplikasi ke dalam tunjang utama perniagaan – berserta landskap ancaman yang terus berubah – menimbulkan gangguan keselamatan yang nyata.

Hasilnya, CIO yang ditinjau menyatakan aspek keselamatan merupakan ancaman paling besar yang dikaitkan dengan peningkatan penggunaan perkhidmatan awan. Kira-kira tiga perempat atau 72% (78% di dunia) menyatakan aspek keselamatan sebagai cabaran, manakala isu-isu berkaitan seperti kedaulatan data (37% di Asia; 47% di dunia) dan peraturan data tempatan (26% di Asia; 37% di dunia) merupakan antara enam kebimbangan utama dalam kalangan CIO.

Apabila melihat aspek ancaman keselamatan ini dengan lebih terperinci, 52% CIO di Asia (61% di dunia) menjangkakan penyebaran luas ancaman yang semakin sofistikated menjadi isu nombor satu selama 12 bulan akan datang, manakala isu-isu seperti perisian tebusan dan pemerasan korporat ditekankan oleh kira-kira dua pertiga (63%) CIO, berbanding 56% di dunia.

Mendapatkan bantuan dari luar

Pelbagai isu yang jelas dihadapi oleh CIO di Asia yang timbul akibat daripada transformasi digital menunjukkan bahawa tekanan untuk mengendalikan pengurusan teknologi setiap hari, untuk fokus terhadap strategi dan merangka semula jabatan IT yang menjadi penyedia perkhidmatan, adalah lebih besar berbanding sebelum ini.

Sebagai tindak balas, CIO semakin mencari perkhidmatan yang diterajui dan disampaikan oleh rakan kongsi. Tahun ini, kira-kira satu perempat (21%) daripada CIO di Asia (24% di dunia) menggunakan khidmat luar untuk kebanyakan fungsi IT mereka (lebih 50% diperoleh daripada khidmat luar), dan angka penyumberan luar yang dicatatkan kosong atau hanya 10% daripada IT mereka telah jatuh mendadak – masing-masing menjadi 7% (9% di dunia) bagi tahun ini berbanding 29% (13% di dunia) pada tahun 2015 dan menjadi 9% (19% di dunia) bagi tahun ini berbanding 14% (26% di dunia) pada tahun 2015.

"Memandangkan inovasi digital ini semakin pesat membangun, pihak yang berjaya akan mewujudkan pengalaman pengguna baharu dan membuat keputusan yang lebih pantas serta lebih baik menerusi kolaborasi yang lebih pintar. Mereka juga dapat mengembangkan organisasi mereka dengan mencipta model perniagaan digital baharu dan aliran pendapatan yang selamat," kata En. Tay.

"CIO dan pemimpin IT dapat memainkan peranan utama dalam mendayakan inovasi ini, memanfaatkan kemahiran daripada rakan kongsi yang pintar bagi membantu membentuk semula perniagaan mereka dan memimpin sektor-sektor mereka menerusi penggunaaan teknologi digital. Logicalis semakin berinteraksi secara aktif dengan pelanggan bagi membantu mereka mengusahakan transformasi digital, agar dapat memberi hasil perniagaan yang nyata dan ketara dalam persekitaran perniagaan serta teknologi yang kian berubah ini."

LATAR BELAKANG LOGICALIS

Logicalis ialah penyedia penyelesaian pelbagai kemahiran bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pengupayaan digital demi membantu pelanggan memanfaatkan teknologi digital dan perkhidmatan yang inovatif bagi memberikan hasil perniagaan yang mantap.

Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai industri dan kawasan geografi; tumpuan kami adalah untuk terlibat dalam dinamik pasaran vertikal pelanggan kami; termasuk perkhidmatan kewangan, TMT (telekomunikasi, media dan teknologi), pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan, kerajaan, pembuatan dan khidmat profesional, selain memanfaatkan kemahiran 4,000 kakitangan kami dalam memodenkan tunjang digital yang utama; pusat data dan khidmat awan, infrastruktur keselamatan dan rangkaian, komunikasi dan kolaborasi ruang kerja, strategi data dan maklumat serta pemodenan operasi IT.

Kami turut memberi sokongan terhadap pelanggan kami menerusi beberapa syarikat teknologi utama di dunia termasuk Cisco, HPE, IBM, CA Technologies, NetApp, Microsoft, Oracle, VMware dan ServiceNow.

Logicalis Group memperoleh hasil pendapatan tahunan melebihi $1.5 bilion, menerusi operasi syarikat di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Asia Pasifik. Divisyennya, Datatec Limited, tersenarai dalam Bursa Saham Johannesburg, dan pasaran AIM untuk LSE, dengan hasil perolehan melebihi $6.5 bilion.

Sebarang maklumat lanjut, layari www.logicalis.com.

Sebarang pertanyaa media, hubungi

Arcis Communications (Singapura)
Bagi pihak Logicalis Singapura

Nadia Chand                                               Raymond Tan
Pengurus Akaun                                           Pengarah Akaun
+65 6274 3283 / +65 9850 4957                    +65 6274 3283 / +65 9673 9029
nadia@arciscommunications.com                 raymond@arciscommunications.com     

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521400289LOGO

Source: Logicalis
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Survey, Polls & Research