omniture

Nokian Tyres dan Vianor pada Kelajuan Rekod Dunia

Nokian Tyres
2016-10-25 17:00 428

NOKIA, Finland, 25 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Rekod dunia baharu untuk kereta dua roda paling pantas  adalah pada kelajuan 186.269 km/sejam (115.742 mph)

Rekod dunia baharu itu dicipta apabila pembangunan produk Nokian Tyres, krew pit profesional Vianor dan pemandu lagak ngeri terkenal Vesa Kivimaki menggabungkan kekuatan mereka. Tayar pada kereta pemecah rekod itu telah diperkukuhkan dengan teknologi Dinding Sisi Aramid Nokian Tyres. Rekod dunia baharu untuk kereta dua roda terpantas telah diukur di Lapangan Terbang Seinajoki pada 31 Ogos 2016.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161020/430908 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161020/430909 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161020/430910 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161020/430912 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161020/430911 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161020/430919 )

Peranan tayar menjadi sangat penting pada kelajuan ekstrem. Ini khususnya benar apabila hanya dua tayar -- secara praktikalnya, cuma bersaiz dua tapak tangan -- itu yang bersentuhan dengan permukaan jalan. Untuk memecahkan rekod, kenderaan itu memerlukan tayar selasak mungkin. Teknologi Dinding Sisi Aramid Nokian Tyres membolehkan pembinaan dinding sisi yang khususnya kalis haus dan calar.

- Apabila memandu dengan dua roda, dinding sisi kekal bersentuhan dengan jalan, jadi kami perlu merekabentuk tayar khusus untuk tujuan ini. Gentian Aramid ditambah kepada sebatian getah dinding sisi, menguatkan dinding sisi dan memberikannya ketahanan terhadap koyakan yang lebih baik. Teknologi sebatian dinding sisi yang unik ini, digabungkan dengan satu struktur khusus, mencipta satu spesifikasi yang sesuai untuk rekod kelajuan, kata Matti Morri, Pengurus Khidmat Pelanggan Teknikal untuk Nokian Tyres.

Rahsia di sebalik teknologi Dinding Sisi Aramid ialah gentian aramid yang sangat kuat yang juga digunakan dalam industri penerbangan dan pertahanan. Teknologi ini digunakan dalam Tayar SUV yang terkini, sebagai contoh.

- Minat dan keghairahan kreatif yang diperlukan untuk percubaan rekod dunia ini juga melambangkan pembangunan produk Nokian Tyres. Kami perlu mencuba perkara baharu dan menguji had kami. Cuma ini sahaja yang akan membolehkan kami untuk membangunkan tayar yang lebih selamat dan lebih kukuh pada masa hadapan, kata Morri.

Krew pit pakar Vianor juga turut serta dalam rekod dunia itu dengan menjaga kereta pemecah rekod dan tayarnya. Pasukan itu boleh menukar tayar dengan pantas dan melaporkan keadaaan kereta serta tayar secara berterusan kepada pemandu.

- Saya telah membuat percubaan awal untuk memecahkan rekod untuk kereta dua roda paling pantas, tetapi tidak berjaya. Sehingga suatu ketika, saya menyedari bahawa kunci kepada kelajuan yang mampu memecah rekod adalah dengan memiliki tayar yang berketahanan luar biasa. Kerjasama antara Norion Tyres dan Vianor membolehkan rekod itu dipecahkan, kata Vesa Kivimaki, pemegang rekod dunia baharu.  

Rekod dunia untuk kereta dua roda terpantas diatur mengikut peraturan yang digariskan oleh Guinness World Records. Kereta itu perlulah dikeluarkan secara besar-besaran, bukannya satu prototaip yang dihasilkan.

Untuk percubaan rekod. Dalam masa satu jam, kereta itu mesti dipandu secara dua hala dan melalui pagar pengukuran kelajuan yang berjarak seratus meter antara satu sama lain. Rekod dunia yang tercipta adalah purata bagi dua ukuran ini.

Catatan rekod itu dibuat di atas landasan sepanjang 2 kilometer dan, selebar 50 meter. Jarak yang digunakan untuk ukuran kelajuan purata ialah 100 meter.

Rekod sebelum ini dicipta pada tahun 1997, apabila Goran Eliason dari Sweden memandu kenderaan dua roda pada kelajuan 181.25 km/sejam (112.62 mph).

http://www.nokiantyres.com/fastestwheelie

Foto: 
http://www.nokiantyres.com/fastestwheeliephotos

Maklumat lanjut: 

Pakar bagi keadaan ekstrem

Nokian Tyres ialah pengeluar tayar yang terletak di bahagian paling utara di dunia. Syarikat ini menggalakkan dan membantu pemanduan selamat dalam keadaan yang mendesak. Ia membekalkan tayar inovatif untuk kereta penumpang, trak dan jentera berat terutaanya di kawasan yang mengalami keadaan ekstrem seperti salji, hutan dan pelbagai musim yang memerlukan keperluan yang tinggi terhadap prestasi tayar.

Vianor - Mungkin Hentian Pit Paling Selesa di Dunia

Vianor ialah rangkaian perkhidmatan tayar dan kereta global yang terdiri daripada ekuiti yang dimiliki dan cawangan-cawangan keusahawanan. Vianor, yang dimiliki oleh Nokian Tyres menawarkan perkhidmatan tayar dan kereta secara mudah, pantas dan andal, meliputi semua kumpulan pelanggan, produk dan perkhidmatan kereta. Vianor ialah rangkaian kedai tayar terbesar di negara-negara Nordic, dan terdiri daripada lebih 1,470 cawangan di 26 buah negara. Nama Vianor berasal daripada perkataan Latin, Via Nor yang membawa maksud "jalan Utara".

Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Antti-Jussi Tähtinen, tel. +358-10-401-7940, antti-jussi.tahtinen@nokiantyres.com

Pemandu lagak ngeri Vesa Kivimäki, tel. +358-40-086-4106, vesa.kivimaki@crazydrivers.fi

Source: Nokian Tyres
Keywords: Auto Transportation