omniture

Cambium Networks dan Disaster Tech Lab Mempertingkatkan Rangkaian Jalur Lebar Tanpa Wayar di Kem Pelarian di Lesvos, Greece

Cambium Networks
2016-10-25 21:00 521

Peralatan baru berkapasiti tinggi, jarak jauh dan program latihan memastikan capaian internet jangka panjang yang andal untuk kem pelarian.

ROLLING MEADOWS, Illinois, 25 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia penyelesaian rangkaian tanpa wayar terkemuka global, hari ini mengumumkan perkembangan signifikan dalam usahanya bersama-sama organisasi bukan-berasas-keuntungan Disaster Tech Lab (DTL) dalam menghubungkan 18 kem pelarian di seluruh Greece. Cambium Networks dan DTL kini membekalkan peralatan rangkaian dan latihan yang diperlukan di kem-kem itu, membolehkan komunikasi dan menyediakan akses kepada maklumat dan perkhidmatan. Kedua-dua organisasi itu menyediakan talian hayat yang amat berharga kepada mereka berhasrat untuk berhubung dengan ahli keluarga dan mereka yang tersayang. Menurut sebuah kajian oleh Bangsa-Bangsa Bersatu, kebanyakan pelarian menganggap capaian internet ialah satu keperluan bagi kehidupan mereka sama seperti makanan, air dan tempat tinggal.

generated by system

Cambium bekerjasama rapat dengan DTL untuk membina dan membekalkan rangkaian dan sumber tanpa wayar untuk mereka yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka disebabkan oleh bencana dan tragedi di seluruh dunia. Rangkaian itu jugak menyediakan keterhubungan untuk organisasi bantuan dan agensi kerajaan tempatan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat.

Di samping peralatan rangkaian, jurutera dari Cambium Networks dan DTL membekalkan latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada pelarian yang memiliki pengalaman bidang komunikasi sebelum ini. Program unik ini termasuklah pembelajaran dan latihan praktikal bagi konfigurasi dan penyelenggaraan WiFi, dan rangkaian angkut balik tanpa wayar. Sesudah latihan, peserta-peserta ini menjadi ahli penting pasukan sukarelawan di tapak DTL, menyokong infrastruktur rangkaian kem mereka dan memberikan khidmat yang sangat diperlukan kepada rakan-rakan mereka di kem-kem serata Lesvos.

"Disaster Tech Lab telah membantu pelarian di Greece sejak krisis ini bermula hampir satu tahun lalu," kata Evert Bopp, Pengasas Disaster Tech Lab. "Komunikasi tanpa wayar dari Cambium Networks membolehkan DTL untuk membina dengan cepat, satu rangkaian berkelajuan tinggi yang  beroperasi sempurna. Dengan sistem pengurusan rangkaian cnMaestro™, kami mampu memantau prestasi rangkaian dari pejabat kami di mana sahaja – termasuk dari Ireland dan Kanada. Ahli kami dalam pasukan sukarelawan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     di Lesvos dapat memahami dengan pantas rekabentuk, pemasangan, dan operasi rangkaian. Satu kelebihan tambahan pemilihan penggunaan peralatan dari Cambium adalah pasukan mereka bekerja erat dengan kami dan memberi respon pantas kepada persoalan dan keperluan kami."

"Melalui program ini, penduduk di kem pelarian mendapat bantuan untuk membina ketersambungan jalur lebar yang mereka perlukan," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Cambium Networks. "Mereka boleh memperluaskan liputan dan menggunakan keupayaan data, suara dan strim video untuk terus berhubung dengan keluarga dan mendapatkan bantuan perubatan."

Selain membekalkan latihan dan peralatan untuk pengaturan kedudukan rangkaian sebelum ini , Cambium Networks kini telah membantu meluaskan rangkaian tanpa wayar sepuluh kali ganda dengan penyelesaian perusahaan WiFi cnPilot™ E500 luar dan cnPilot E400 dalam bangunan: dan melengkapkan sambungan kelajuan-tinggi di antara Lesvos dan University of the Aegean menggunakan PTP 650 rangkaian jarak jauh untuk lebih memperluas dan memperbolehkan lagi rangkaian itu.

Evert Bopp, Pengasas Disaster Tech Lab, dan Scott Imhoff, Naib Presiden Pengurusan Produk di Cambium Networks, akan membincangkan pengaturan kedudukan itu di webinar secara langsung pada Khamis, 27 Oktober 2016, jam 9 pagi CT. Daftar di sini.

Latar Belakang Disaster Tech Lab:

Disaster Tech Labs membekalkan WiFi untuk menghubungkan semula komuniti yang terputus hubungan di zon bencana di seluruh dunia. DTL juga menyokong NGO lain dan agensi bantuan bencana dengan membekalkan kidmat komunikasi berasaskan IP. Disaster Tech Labs mempunyai pasukan sukarelawan berkemahiran dan berpengalaman, yang boleh diatur untuk bertindak terhadap bencana di seluruh dunia. Disaster Tech Labs adalah sebuah organisasi bukan-berasaskan-keuntungan dan bergantung kepada sukarelawan dan penderma  bagi melaksanakan tugas mereka.

Latar Belakang Cambium Networks:

Cambium Networks adalah peneraju global pembekal penyelesaian tanpa wayar yang dipercayai yang menghubungkan mereka yang tidak terhubung – Manusia, Tempat dan Benda. Melalui portfolio platform jalur halus dan jalur lebarnya yang meluas, yang boleh diharapkan, berskala dan selamat Cambium Networks menjadikannya mungkin untuk semua pembekal perkhidmatan; industri, perusahaan, operator rangkaian kerajaan untuk membina rangkaian yang mampu milik, boleh diharap dan berprestasi tinggi. Syarikat ini sekarang memiliki lebih dari lima juta radio diletakkan di ribuan rangkaian yang mendesak di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat R&D di Amerika Syarikat, U.K. dan India, Cambium Networks membuat jualan menerusi rangkaian pembekal global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi
Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Wireless Communications Corporate Social Responsibility Not for profit