omniture

The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali, Diiktiraf oleh Anugerah Pilihan Pembaca Conde Nast Traveller 2016 -- 50 Resort Terbaik Dunia

HOTEL, RESORT, BANDAR, PULAU, SYARIKAT PENERBANGAN DAN KAPAL PERSIARAN TERBAIK DUNIA
The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali
2016-10-26 17:37 724

BALI, Indonesia, 26 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Conde Nast Traveler hari ini mengumumkan keputusan Anugerah Pilihan Pembaca tahunannya yang ke-29 dengan The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali (http://www.themulia.com/), diiktiraf sebagai 50 Resort Terbaik Dunia dan Resort Terbaik Asia, dengan skor setinggi 98.81.

The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali, Diiktiraf oleh Anugerah Pilihan Pembaca Conde Nast Traveller 2016 -- 50 Resort Terbaik Dunia
The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali, Diiktiraf oleh Anugerah Pilihan Pembaca Conde Nast Traveller 2016 -- 50 Resort Terbaik Dunia

Lebih dari 300,000 pembaca setia – hampir satu kali ganda lebih ramai berbanding tahun lalu – mengundi untuk 7,394 hotel, 606 bandar, 500 kapal persiaran, dan 236 pulau, dalam masa purata 8.4 minit. Hasilnya? 1,402 pengalaman pelancongan terbaik di dunia.

Conde Nast Traveler USA menyenaraikan The Mulia Bali sebagai salah satu daripada Hotel Baharu Terbaik Dunia dan Resort Pantai nombor satu di Dunia bagi 2014, di samping spa terbaik dunia yang terkini oleh Anugerah Pilihan Pembaca (2015). Editor Conde Nast juga telah mengiktiraf The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua sebagai antara Hotel Paling Digemari di Dunia dan Resort Pantai Paling Digemari di Dunia dalam Senarai Emas (2016) - Conde Nast Traveler USA.

Anugerah Pilihan Pembaca Conde Nast adalah pengiktirafan kecemerlangan yang paling lama wujud dan paling berprestij dalam industri pelancongan dan biasanya dikenali sebagai "yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dalam pelancongan," Di bawah kelolaan Ketua Editor Pilar Guzman, Anugerah Pilihan Pembaca telah menjadi lebih selektif dan spesifik terhadap minat yang menginspirasikan para pelancong hari ini.

Latar Belakang Conde Nast Traveller

Sebagai suara yang paling arif dan paling terkini bagi semua perkara berkaitan pelancongan, Conde Nast Traveller adalah petunjuk dan ilham bagi masyarakat global, menawarkan inspirasi dan juga maklumat penting. Conde Nast Traveller adalah nama yang paling dipercayai dan dihargai dalam bidang pelancongan dengan 6 kemenangan Anugerah Majalah Kebangsaan dan 26 pencalonan dalam 28 tahun sejarah anugerah itu. Advertising Age menamakan Pilar Guzman sebagai Editor Terbaik Tahunan bagi 2014 dan CNTraveller.com memperoleh 4 Anugerah Webby sejak 2015. http://www.cntraveler.com/

Latar Belakang The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali

Gaya menjadi latar bagi tiga hartanah ultra-mewah terbina di sepanjang lanskap seluas 30 hektar, di pesisir pantai Nusa Dua yang dramatic, menghasilkan The Mulia dan The Mulia Resort & Villas  (http://www.themulia.com/). Memperlambangkan kemewahan dan kekayaan, digabungkan dengan layanan ikhlas, resort yang mengagumkan ini memberi takrifan baharu erti kecanggihan.  

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161024/8521606812

 

Source: The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards