omniture

Inovasi Terbuka - 2016: Lokasi Baharu, Format Baharu

Open Innovations Forum 2016
2016-10-26 19:49 680

MOSCOW, 26 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pada 26-28 Oktober 2016 ini, Forum Inovasi Terbuka tahunan kali ke-5, iaitu acara paling menonjol dalam bidang pembangunan lingkungan inovatif Rusia akan berlangsung. Tahun ini, buat pertama kalinya, ia akan diadakan di Skolkovo technopark, taman teknologi terbesar di Eropah.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161025/432201LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161025/432202 )

Selama tiga hari, Skolkovo technopark akan menjadi lokasi untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam lingkungan keusahawanan berteknologi serta pembangunan inovatif. Forum ini akan menyambut lebih 12,000 tetamu dari lebih 100 buah negara.

Inovasi Terbuka 2016 ini akan menganjurkan lebih 90 acara yang pelbagai, seperti perbincangan panel, pembentangan, ceramah, bengkel, pameran, hackathon, yang dipersembahkan dalam format interaktif yang canggih. Renat Batyrov, ketua taman tekno Skolkovo: "Tahun ini, fokus utama forum ini adalah terhadap keusahawanan berteknologi dan mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan yang sedemikian. Kita akan membincangkan tentang teknologi untuk kemajuan: bermula dengan perbincangan tentang sektor teknologi tinggi sebenar dan trend teknologi terkini yang mewujudkan pasaran baharu, kepada perbincangan berkenaan teknologi untuk menjalin kerjasama, yang membawa kepada pengembangan perniagaan."

Forum tersebut akan menerima para tetamu dari semua negara utama. Israel telah menjadi rakan negara Forum itu dan diwakili oleh delegasi yang diketuai oleh Ofir Akunis, Menteri Sains, Teknologi dan Angkasa, yang akan membincangkan pengalaman beliau dalam membentuk ekonomi Israel yang inovatif pada hari pertama Forum itu. Penceramah-penceramah utama lain pada Forum tersebut turut melibatkan warga Israel yang terkenal di dunia seperti Yossi Vardi, individu berpengaruh bagi sektor teknologi tinggi Israel, Yossi Matias, Pengarah Urusan Pusat R&D Google di Israel dan pengarang Trends, Insights for Search, Google Suggest; serta Zeev Zalevsky, pencipta Kinect dan juga kanta universal yang boleh disesuaikan dengan keperluan mata manusia.

Individu-individu penting lain yang menghadiri Forum itu merupakan para penggiat industri teknologi global, saintis terkenal, pemaju, usahawan, pengurus pemasaran, seperti Paul Misener (AS), naib presiden Amazon.com Inc., Laird Cagan (AS), Pengarah Urusan Cagan McAfee Capital Partners, Marvin Liao (AS), veteran Yahoo!, rakan pengurusan untuk lebih 500 buah syarikat baharu, Jessica J. Federer (Jerman), Ketua Pembangunan Digital di Bayer AG, Alasdair Lennox (UK), Pengarah Kreatif Eksekutif FITCH, Bas Lansdorp (Belanda), pengarah projek Mars One, Dr. Plamen Nedeltchev (AS), ketua arkitek dan jurutera terkenal Cisco IT, Dom Sagolls (AS), pengusaha Twitter, dan Robert Epstein (AS), pakar psikologi terkenal daripada Institut Kajian dan Teknologi Tingkah Laku Amerika.  

Sumber: Open Innovations Forum 2016

Source: Open Innovations Forum 2016
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news