KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Mac, 2013 /PRNewswire/ --
Modul baharu berharga US$25, dengan memiliki ciri-ciri yang dikurangkan bagi menyediakan pilihan kos yang lebih rendah
RS Components ( http://www.rs-components.com/index.html ) (RS), jenama dagang untuk Electrocomponents plc ( http://www.electrocomponents.com/ ) (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, kini mengedarkan model baharu Versi A Raspberry Pi, papan komputer bersaiz kad kredit berkos rendah yang direka bentuk khas untuk generasi muda dan peminatnya untuk melaksanakan proses memprogram, di seluruh dunia. RS Components juga telah menandatangani perjanjian pengedaran baharu bagi seluruh dunia dengan Yayasan Raspberry Pi ( http://www.raspberrypi.org/ )bagi menjual Raspberry Pi di seluruh dunia.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Berharga hanya US$25, Model A Raspberry Pi mengandungi 256MB RAM, port USB tunggal dan, tidak seperti versi model B yang sedia ada, tidak mempunyai sambungan Ethernet. Oleh itu, selain mengurangkan kos, model baharu A memiliki profil yang lebih rendah dan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah berbanding Model B, dan sekali gus menjadikannya sesuai untuk aplikasi kawalan terpencil yang dikuasakan oleh bateri seperti robotik dan memasukkan data, atau untuk mewujudkan pusat media yang tidak mahal di rumah. Ia juga sangat sesuai untuk digunakan dalam aplikasi automasi dan kawalan industri, yang biasanya tidak memerlukan terlalu banyak ciri-ciri untuk pembangunan mereka.
"Ketibaan Model A merupakan berita baik untuk mereka yang mahu membangunkan aplikasi yang menggunakan tenaga yang rendah menerusi Rasberry Pi masing-masing," kata Glenn Jarrett, Ketua Pemasaran Produk Global di RS Components. "Produk berharga US$25 ini menjadikannya lebih menarik kepada kalangan penyepadu sistem, dan meningkatkan aksesnya untuk mereka yang bekerja dengan bajet yang terhad, seperti dalam pendidikan."
Eben Upton dari Yayasan Raspberry Pi menambah, "Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat menawarkan papan Model A. Penggunaan tenaga yang rendah dan paras ketinggian yang rendah samgat sesuai untuk banyak projek yang sedang dibangunkan oleh pemilik Pi; dan kami sangat teruja kerana dapat menyediakannya akses kepada komputer pada harga US$25 yang kami sasarkan sejak kami memperbadankan Yayasan Raspberry Pi sebagai sebuah badan kebajikan. Inilah realisasi cita-cita yang sudah lama bagi menawarkan kepada dunia komputer berharga US$25."
Papan Model A Raspberry Pi boleh ditempah sekarang, bersama-sama dengan aksesori dan perkakasan yang berkaitan, menerusi laman web RS Components ( http://www.rs-components.com/raspberrypi )
Maklumat Mengenai RS Components
RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagang bagi Electrocomponents plc, pengedar produk elektronik dan penyelenggaraan perkhidmatan tinggi utama di dunia. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, mengeksport kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami yang disumber daripada 2,500 pembekal utama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrikal dan mekanikal.
Electrocomponents disenarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac, 2012, ia mencatatkan perolehan sebanyak GBP1.27bn.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi hubungan ini :
Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
Hubungan relevan :
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel : soochun.tan@rs-components.com
Tel: 6391-5745
The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
E-mel : rscsg@hoffman.com
Tel: 6361-0250