omniture

Air China Pertingkatkan Jadual Perjalanan Vancouver-Beijing kepada 11 Penerbangan Mingguan

Air China
2013-03-26 20:58 165

BEIJING, 26 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pada gala tahunan 2012-2013 meraikan rakan-rakan kongsinya di Kanada pada 8 Mac 2013, Air China mengumumkan bahawa bermula 17 Mei, ia akan membuat penambahan kepada jadual perjalanan Beijing-Vancouver dengan menambah satu lagi penerbangan CA997/8, yang akan beroperasi pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad dengan menggunakan pesawat A330-200. Penambahan baru ini akan menjadikan bilangan penerbangan mingguan Beijing-Vancouver Air China sebanyak 11 penerbangan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO)

Penerbangan baru Beijing-Vancouver ini akan memenuhi permintaan pasaran yang meningkat, menawarkan satu lagi pilihan perjalanan kepada penumpang dan juga lebih banyak faedah. Pada gala tersebut, Pengurus Besar Air China Vancouver Xu Junhong menyampaikan "Anugerah Khidmat Cemerlang 2012" kepada lebih 10 agen pelancongan di Kanada, dan menyatakan sokongan berterusan kepada rakan kongsinya serta kesediaan membantu memudahkan pertukaran Cina-Kanada.

En. Yuan Zhanling, Kaunselor Komersil Konsulat Besar China di Vancouver, berkata setelah mengendalikan perjalanan ke Vancouver selama 25 tahun, Air China telah menyumbang kepada perkongsian ekonomi dan budaya Cina-Kanada, serta memuji produk dan perkhidmatan Air China.

En. Grant Lin, Ahli Platinum Sepanjang Hayat Air China, Presiden Yuanheng Holdings Ltd. dan Pengerusi Persatuan Wilayah Fuji Kanada, turut menyampaikan ucapan. Beliau berkata Air China telah memberikan perkhidmatan yang sangat baik dan beliau teruja menantikan penerbangan terbaru dan pesawat yang akan digunakan untuk mengendalikan penerbangan itu.

Gala tersebut diadakan di Rosewood Hotel Georgia di pusat bandar Vancouver. Lebih 120 tetamu daripada kerajaan, agensi pelancongan, organisasi rakan kongsi dan media telah dijemput ke gala itu. Hadiah yang menarik telah disediakan untuk para tetamu. Hadiah lumayan seperti tiket pergi balik Vancouver-Beijing telah disampaikan kepada pemenang.

Mengenai Air China

Air China merupakan satu-satunya pengendali penerbangan kebangsaan China dan merupakan ahli Star Alliance. Selain operasi komersil, ia juga menyediakan khidmat penerbangan khas kepada pemimpin negara itu untuk lawatan rasmi ke negara lain.

Dengan rangkaian 432 pesawat Airbus dan Boeing, termasuk yang dikendalikan oleh syarikat di mana kami mempunyai hak pemilikan majoriti, kami mengendalikan lebih 280 laluan di 30 negara dan rantau. Hasil penyertaan kami ke dalam Star Alliance, rangkaian perjalanan kami dapat menempatkan 1356 destinasi di 193 negara dalam jangkauan perkhidmatan kami. PhoenixMiles, program kesetiaan pelanggan kami, kini mempunyai lebih 25 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami www.airchina.com.

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services