omniture

Syarikat Gergasi Cina Hisense Perkenal Perniagaan B2B

Hisense
2016-10-28 20:55 937

QINGDAO, China, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Presiden Hisense Group, En. Liu Hongxin, memperkenalkan simbol jenama dan visual untuk perniagaan B2B Hisense pada 25 Oktober di Qingdao. Mulai Januari hingga September 2016, pendapatan jualan bagi syarikat-syarikat B2B Hisense telahpun mencecah 27% daripada jumlah jualan Hisense Group manakala bahagian keuntungannya pula mencecah 38%. Hisense mengalami struktur perindustrian yang lebih seimbang antara perniagaan B2C tradisionalnya dengan perniagaan B2B baharu. Hasilnya, Hisense Group mencapai pendapatan jualan berjumlah 78.5 bilion RMB setakat akhir September, meningkat sebanyak 6.53%, manakala keuntungannya mencecah 5.36 bilion RMB, meningkat 53.31%.

Simbol jenama dan visula perniagaan B2B Hisense
Simbol jenama dan visula perniagaan B2B Hisense

Selaku rakan rasmi UEFA EURO 2016, Hisense ialah penaja Cina pertama untuk UEFA dalam tempoh 56 tahun, dan menerusi penajaan ini, dunia telah diperkenalkan kepada Hisense sebagai jenama TV No. 1 China. TV Hisense telah menjadi No.1 dalam pasaran China selama 13 tahun berturut-turut. Selain itu, TV Hisense turut menjadi peneraju bagi bahagian unit untuk kedua-dua pasaran di Afrika Selatan dan Australia tahun ini. Perniagaan B2C oleh Hisense merangkumi unit-unit perniagaan TV, peti sejuk, penyaman udara dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, pencapaian hebat Hisense menerusi perniagaan B2B masih belum diketahui secara meluas berbanding perniagaan B2C yang dijalankannya. Perniagaan komunikasi optik Hisense telahpun menjadi perniagaan No.1 di China, manakala modul penerima optiknya meraih kedudukan tertinggi di dunia selama 5 tahun berturut-turut. Sistem pengangkutan pintar daripada Hisense juga menjadi sistem No.1 di China mengikut bahagian pasaran selama 7 tahun berturut-turut. Bermula tahun 2012 hingga 2015, Hisense telah mendapat 42% daripada projek pengangkutan pintar peringkat tempatan yang bernilai lebih 100 juta RMB bagi setiap projek. Sewaktu membangunkan sistem bantuan pembedahan berkomputer serta sistem paparan pembedahan pintar miliknya, teknologi sistem panduan pembedahan daripada Hisense telah meningkat maju di peringkat global hanya dalam tempoh 3 tahun. Setelah melalui proses pembangunan selama 14 tahun, bahagian pasaran Hisense bagi segmen penyaman udara komersial telahpun menjadi perniagaan No.2 di China, hasil bantuan teknologi VRF miliknya yang terkemuka di dunia.

Kemajuan perniagaan B2B Hisense menunjukkan syarikat itu bukan lagi sebuah syarikat CE dan perkakas kediaman semata-mata, tetapi sebagai sebuah syarikat berteknologi tinggi.

Di masa depan, Hisense akan menggunakan teknologinya bagi menghubungkan kesemua komuniti menerusi produk komunikasi serta produk kediaman pintarnya, dan akhirnya menyediakan perkhidmatan kepada seluruh bandar.

Perniagaan B2B oleh Hisense akan turut meninjau peluang untuk membangunkan pasaran luar negara bersama unit-unit perniagaan TV, peti sejuk dan penyaman udara Hisense global yang sedia ada.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161027/0861611224

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services