omniture

InMobi Bekerjasama dengan Moat untuk Membolehkan Jenama Berurusniaga atas Kebolehtontonan

InMobi
2016-10-29 12:51 423

InMobi Exchange telah mengaktifkan Matawang Moat yang membolehkan Pengiklan Jenama untuk memanfaatkan Metrik Video Mudah Alih yang Ditauliahkan MRC

SAN FRANCISCO, 29 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- InMobi, platform pengiklanan dan penemuan mudah alih bebas terbesar dunia, hari ini mengumumkan perkongsian dengan Moat untuk menawarkan pengiklan jenama pengukuran dan matawang video mudah alih melalui InMobi Exchange dan rangkaian InMobi. Perkongsian itu akan membolehkan pengiklan untuk mengukur, antara metrik lainnya, metrik "manusia dan boleh tonton" dan "manusia, boleh tonton, dan boleh dengar" (bunyi, penglihatan dan pergerakan) kebolehtontonan dan perhatian di kesemua format iklan mudah alih termasuk pengiklanan video mudah alih dan natif, dan juga berurusniaga dengan metrik ini menggunakan Matawang Moat.

Menurut Strategy Analytics, perolehan seluruh dunia daripada video mudah alih mencecah $25 billion menjelang 2021. Memandangkan pengiklan mengalih dolar iklan digital mereka kepada video, kebolehtonton iklan semakin menjadi keutamaan buat pengiklan. Perkongsian ini akan membolehkan pengiklan InMobi berurusniaga dengan impresi dalam aplikasi boleh tonton merentas video, interstisial dan format iklan banner dikuasakan oleh pengukuran Moat yang ditauliahkan MRC.

"Kami di Starcom mengambil serius tentang kebolehtontonan dan kami berusaha gigih untuk membekalkan pelanggan kami dengan metrik jenama disahkan yang lebih bebas," kata Scott Curtis, Pengarah Strategi dan Pembangunan Mudah Alih Eropah di Starcom MediaVest Group (SMG). "Starcom sangat teruja kerana mendapat memanfaatkan penawaran baharu InMobi ini yang pastinya akan menjadi penambahan hebat kepada penyelesaian mudah alih kami."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Moat, Jonah Goodhart, menambah, "Apabila industri ini terus bergerak ke arah "manusia dan boleh tonton" sebagai asas, kami sentiasa mendapat makluman daripada pengiklan yang mencari kaedah yang lebih baik untuk mengukur video dalam aplikasi dan berurusniaga dengan matawang yang tepat. Menerusi perkongsian kami dengan InMobi, kami berbesar hati untuk membolehkan pengiklan mengukur dan berurusniaga dengan metrik video mudah alih yang mereka perlukan."

Moat disepadukan secara langsung dalam InMobi SDK, membolehkan pengiklan mengukur kebolehtontonan dan pada masa yang sama memaksimakan KPI yang penting seperti kadar pelengkapan dan kadar penglibatan. Ujian awal menunjukkan bahawa Kadar Manusia dan Boleh Tonton InMobi adalah 98%.

"Kami sangat gembira dengan kerjasama bersama-sama Moat. Ia membolehkan jenama mengukur secara bebas, kadar kebolehtontonan iklan video mudah alih interstisial skrin penuh," kata Anne Frisbie, Naib Presiden Kanan Jenama Global dan Programatik di InMobi. "Jenama-jenama keberatan untuk mengeluarkan belanja untuk video mudah alih tanpa metrik yang disahkan secara bebas. Kami yakin gandingan kami dan Moat akan membuka ruang pelaburan jenama dalam pengiklanan video mudah alih skrin penuh berdefinisi tinggi yang bebas penimbal."

Latar Belakang InMobi
InMobi membolehkan pengguna meneroka produk dan perkhidmatan baharu dengan membekalkan pengalaman iklan yang disesuaikan mengikut konteks dan dikhususkan melalui peranti mudah alih. Menerusi platform pengiklanan dan penemuannya yang inovatif, pembangun aplikasi, peniaga dan jenama boleh menarik pengguna mudah alih di serata dunia. Diiktiraf oleh Fast Company sebagai salah satu dari Syarikat Paling Inovatif di dunia bagi 2016, InMobi mencapai lebih dari 1.5+ bilion peranti mudah alih unik di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut berkaitan InMobi sila lawati www.inmobi.com

Latar Belakang Moat
Moat ialah syarikat analitik SaaS yang berpangkalan di New York yang fokus kepada penghasilan produk untuk pengiklan jenama dan penerbit premium. Penawaran mereka termasuklah Moat Analytics, platform pengukuran perhatian yang membekalkan analisa dan kefahaman berkaitan kempen iklan dan inventori laman web untuk penerbit dan agensi, dan Moat Pro, platform perisikan iklan masa nyata untuk pemasar, penerbit dan agensi. Moat adalah syarikat pertama yang ditauliahkan oleh Majlis Penilaian Media (MRC) untuk mengukur kebolehtontonan impresi iklan merentasi paparan dalam talian, video dan mudah alih (web dan dalam aplikasi). Syarikat ini diasaskan oleh Jonah Goodhart, Noah Goodhart dan Michael Walrath. Usahawan bersiri itu sebelum ini pernah bekerjasama melancarkan Right Media, yang diambil alih oleh Yahoo! Pada 2007. Untuk maklumat lanjut berkenaan Moat, sila lawati http://www.moat.com  

Source: InMobi
Related Links:
Keywords: Advertising Broadcast Technology Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news