omniture

Inovasi Terbuka 2016: Penceramah Terkemuka, Idea Hebat, Faedah untuk Masyarakat

Open Innovations Forum 2016
2016-10-31 08:21 430

MOSCOW, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pada 26 - 28 Oktober Skolkovo Technopark menganjurkan Forum Inovasi Terbuka tahunan kali ke-5. Acara ini penting untuk membangunkan ekosistem inovatif Rusia. Forum ini mengalu-alukan lebih 13500 tetamu dari lebih 100 buah negara, 600 penceramah, selain menganjurkan lebih 100 sesi. Seramai lebih 300 pelabur dan dana modal teroka, kira-kira 1200 wakil daripada struktur inovatif, lebih 2000 wakil korporat, dan 3000 buah syarikat baharu turut serta dalam Forum itu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7964951-open-innovations-forum-2016/

Tahun ini, selama tiga hari Skolkovo Technopark menjadi ruang kerja bagi mengadakan perbincangan terbuka, mesyuarat bersekutu dan juga pencarian rakan kongsi serta pelabur. Kejayaan Forum itu adalah hasil langsung daripada beberapa mesyuarat yang dijalankan serta persetujuan yang dicapai – lebih 700 rundingan telah diadakan di lokasi itu, manakala lebih 50 persetujuan bersama rakan kongsi telah dimeterai.

Dmitry Medvedev, Perdana Menteri Rusia, berkata: "Tahun ini, Forum ini berlangsung di Skolkovo Technopark, yang dianggap sebagai taman teknologi terbesar di Eropah. Ia merupakan contoh jelas kejayaan syarikat baharu yang dapat membantu melaksanakan projek-projek menarik selain mencetuskan idea asli. Saya yakin para peserta Forum Inovasi Terbuka ini dapat merasakan suasana yang unik menerusi hasrat yang sama untuk mendapatkan ilmu baharu."

Arkady Dvorkovich, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Ofir Akunis, Menteri Sains, Teknologi dan Angkasa Israel, Dr Koh Poh Koon, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura, Viktor Vekselberg, Ketua Skolkovo Fund, serta Oleg Bocharov, Ketua Jabatan Sains, Dasar Perindustrian dan Keusahawaan Moscow, turut terlibat dalam Forum itu.

Tahun ini, Israel menjadi rakan kerjasama negara untuk Forum tersebut. Sains dan teknologi merupakan bidang yang paling maju di negara ini, iaitu yang ke-4 di dunia untuk segmen penyelidikan saintifik. Topik ini dibincangkan semasa sesi "Syarikat Baharu Negara: menjalankan perniagaan cara Israel – berkongsi amalan terbaik". Yossi Matias, Pengarah Urusan Pusat R&D Google di Israel dan pengarang Trends, Insights for Search, menyampaikan ceramah tentang kepintaran buatan serta mesin pintar. Yossi Vardi, pakar bagi bidang teknologi tinggi Israel, memimpin mesyuarat pemimpin komuniti syarikat baharu peringkat global.

Individu-individu terkenal lain daripada usaha inovatif peringkat global ini turut memimpin beberapa acara Forum itu. Paul Misener (AS), naib presiden Amazon, berkongsi rahsia kejayaan syarikat. Dirk Alborn (AS), Ketua Pegawai Eksekutif JumpStarter Inc. dan Hyperloop Transportation, memberikan pandangan beliau tentang projek-projek mega. Bas Lansdorp (Belanda), pengasas bersama Mars One pula, membincangkan prospek penerokaan Planet Merah.

Forum Inovasi Terbuka diadakan setiap tahun di Moscow sejak tahun 2012.  Forum ini dianjurkan oleh Yayasan Skolkovo dan turut dianjurkan bersama Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia, kerajaan Bandar Raya Moscow, Dana RUSNANO untuk program Prasarana dan Pendidikan, Syarikat Usaha Niaga Rusia, Vnesheconombank serta Yayasan Bantuan untuk Syarikat Inovatif Kecil.

Laman sesawang rasmi Forum: https://forinnovations.ru/en/

Pengehosan media rasmi: http://forinnovations2016.tassphoto.com/

#CreatingFuture

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161028/433684 )
Sumber: Open Innovations Forum 2016

Source: Open Innovations Forum 2016
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news