omniture

Denise Keller dan Pengembara Liam Bates Meneroka Kepentingan Jalan Sutera Purba China Masa Kini, melalui EXPEDITION X: SILK ROAD RISING

- Tayangan Perdana menerusi saluran Discovery Channel Oktober ini -
Discovery Networks Asia Pacific
2016-10-31 08:39 413

BEIJING, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Berabad lamanya, Jalan Sutera telah menjadi penghubung ekonomi antara Timur serta Barat, dan menerusinya terbentuklah beberapa Empayar dan perkongsian idea, yang kadangkala berlangsung dengan keganasan. Sejauh mana pentingnya laluan perdagangan purba ini pada Abad ke-21? Dan adakah kita masih dapat melihat setiap unsur yang mencetuskan kisah-kisah bersejarah yang melibatkan penaklukan epik dan usaha perdagangan yang dipenuhi cabaran sepanjang laluan berdebu itu? Ikuti Denise Keller serta pengembara Liam Bates menerusi siri rancangan baharu EXPEDITION X: SILK ROAD RISING, di saluran Discovery Channel, ketika mereka mengembara dari China ke Turki menyusuri Jalan Sutera itu dan ketahui sejauh mana peneroka, usahawan dan penginovasi generasi baharu ini menjadikannya kembali relevan. EXPEDITION X: SILK ROAD RISING akan mula ditayangkan buat pertama kali pada 29 Oktober.  Ia merupakan sebahagian daripada blok program HOUR CHINA untuk saluran itu yang menampilkan segala yang terbaik dari China. 

Denise Keller -- VJ MTV yang popular, hos bagi TLC dan juga penjelajah – mempunyai pelbagai persoalan yang belum terjawab tentang warisan Jerman-Cina beliau serta kepentingan latar belakang rentas budaya beliau dalam dunia globalisasi masa kini. Liam Bates ialah seorang pengembara yang ingin merungkai misteri Kerajaan Tengah itu dan kesannya terhadap seluruh dunia, khususnya dialog yang kadang kala bertukar menjadi perbalahan, antara tamadun Cina dan Barat sepanjang zaman. Dengan menyatukan pertembungan budaya antara tamadun itu, mereka memulakan satu misi peribadi bersama-sama untuk meneroka kepentingan Jalan Sutera pada masa kini.

Sertai para pengembara muda Cina, Denise dan Liam mengembara merentasi Xi'an, Ningxia, Turpan, Dunhuang, Kazakhstan dan Istanbul dalam perjalanan sejauh 13,000 km. Mereka berpeluang mengalami kehebatan Gua Mogao yang bersejarah, sebuah tapak warisan UNESCO, menyaksikan bandar-bandar futuristik Yinchuan di China dan Astana di Kazakhstan, mempelajari tentang sistem kereta api canggih yang memudahkan proses pengangkutan di Jalan Sutera, menyertai siri pengembaraan zaman moden menggunakan kenderaan pacuan empat roda, mengetahui sejauh mana Terusan Karez China yang berusia 2000 tahun itu masih digunakan hingga ke hari ini, dan mengkaji bagaimana pertukaran budaya antara Timur dan Barat masih diteruskan di Istanbul.

SMART CHINA diterbitkan oleh Discovery Channel dengan kerjasama Pusat Komunikasi Antara Benua China (CICC).

Source: Discovery Networks Asia Pacific
Keywords: Entertainment Travel New products/services