Kaneka North America, LLC Meningkatkan Harga Jualan Penyenaraian Luar bagi Aditif Istimewa Kane Ace® Buat Kali Kedua
PASADENA, Texas, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Akibat daripada peningkatan berterusan bahan mentah utama, Kaneka North America, LLC akan meningkatkan harga jualan penyenaraian luar bagi aditif istimewa Kane Ace® berdasarkan jadual berikut bermula 1 Disember atau sebagaimana yang dibenarkan oleh kontrak ataupun perjanjian:
PRODUK |
KENAIKAN 1 Disember, 2016 |
Kane Ace® Pengubahsuai Impak MBS |
$0.05/lb. |
Kane Ace® Pembantu Pemprosesan |
$0.03/lb. |
Kane Ace® Pengubahsuai Impak Akrilik |
$0.03/lb. |
Kane Ace® K-Blend – Pengubahsuai prestasi |
$0.03/lb. |
Pengurus akaun akan menghubungi pelanggan untuk menerangkan semula situasi ini dengan lebih lanjut. Kaneka North America, LLC menghargai setiap hubungan perniagaan dan menghargai sokongan yang berterusan.
Latar belakang Syarikat
Kaneka Corporation ialah sebuah syarikat pengeluaran global pelbagai yang menghasilkan dan/atau mengedarkan pengantara farmaseutikal, gentian sintetik, bahan kimia halus, filem polyimide, ramuan makanan, peranti perubatan dan beberapa produk khas lain. Kaneka North America, LLC ialah sebuah anak syarikat Kaneka Americas Holding, Inc.
Produk Kane Ace™ adalah pengubahsuai resin yang dicipta berdasarkan rekaan partikel polimer struktur pelbagai lapisan (teknologi cengkerang teras). Produk ini berserakan secara seragam ke seluruh resin asas dan menambah pelbagai fungsi. Kaneka menghasilkan dan menjual produk yang merubah ketahanan impak, ketahanan haba dan kekalisan api dan juga produk yang menambah ciri penyebaran cahaya dan ciri lain.
Hubungan Media:
Craig Bastian
281-291-3139
craig.bastian@kaneka.com