DIEMEN, Belanda dan WESTON, Massachusetts, 1 November 2016 /PRNewswire/ -- Randstad North America, Inc., sebuah anak syarikat milik penuh Randstad Holding nv (AMS: RAND), hari ini mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Merlin Global Acquisition, Inc., telah berjaya melengkapkan tawaran tender untuk mengambil alih sebarang dan kesemua saham diterbitkan bagi saham biasa milik Monster Worldwide, Inc. (NYSE: MWW) ("Monster"), pada harga $3.40 sesaham secara tunai, tanpa faedah ke atasnya dan ditolak mana-mana cukai pegangan yang dikenakan ("Tawaran" tersebut).
Hasil daripada lengkapnya Tawaran itu serta penyelesaian penggabungan yang masih tertangguh, yang dijangka berlangsung pada 1 November 2016, saham biasa Monster dijangka akan menghentikan aktiviti dagangan sebelum pasaran dibuka pada tarikh tutup Tawaran itu, dan tidak lagi akan disenaraikan dalam Bursa Saham New York.
Monster, peneraju global dalam menghubungkan pekerjaan dengan orang ramai, akan terus beroperasi sebagai sebuah entiti berasingan dan bebas di bawah nama Monster.
"Menerusi penggabungan ini, kami berpeluang untuk mempercepatkan pelaksanaan strategi digital kami dan juga meningkatkan kebolehan kami dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan calon pekerja menerusi perkhidmatan 'Teknologi dan Sentuhan' yang membawa perubahan," kata Jacques van den Broek, Ketua Pegawai Eksekutif Randstad. "Dengan penyelesaian digital, sosial dan mudah alih Monster yang mudah digunakan berserta rangkaian global Randstad, kini, kami mampu membangunkan keupayaan yang komprehensif dan berteknologi maju untuk perkhidmatan sumber manusia bagi pasaran pekerjaan global yang ditentukan oleh perubahan teknologi yang begitu pesat."
"Penyertaan Randstad ini dapat memberi peluang kepada Monster untuk meningkat maju sebagai peneraju industri yang hebat, membangunkan platform global paling canggih untuk data, perkhidmatan dan instrumen berkaitan bakat bagi menghubungkan pekerjaan dan orang ramai," kata Tim Yates, Ketua Pegawai Eksekutif Monster Worldwide. "Kami berasa teruja untuk memulakan fasa baharu untuk Monster dan mempercepatkan usaha transformasi kami."
Terdapat beberapa manfaat strategik dan faedah kewangan berkaitan transaksi tersebut:
Tawaran itu berakhir pada waktu tengah malam 28 Oktober 2016, waktu Bandar Raya New York. Broadridge Corporate Issuer Solutions, Inc., depositori Tawaran itu, memaklumkan bahawa, setelah tamat tarikh Tawaran itu, kira-kira sejumlah 45,973,527 saham biasa Monster telah sah ditawarkan dan tidak ditarik balik mengikut peraturan berikutan Tawaran tersebut, mewakili kira-kira 51.5% saham terbitan Monster (termasuk saham dan opsyen terhad). Di samping itu, saham yang dikemukakan menggunakan notis penyampaian terjamin telah disampaikan berkenaan dengan 3,708,393 saham biasa Monster yang belum ditawarkan secara sah, mewakili kira-kira 4.15% saham terbitan Monster (termasuk saham dan opsyen terhad). Kesemua saham yang sah ditawarkan dan tidak ditarik balik mengikut peraturan semasa tempoh Tawaran itu diterima untuk tujuan pembayaran. Bayaran untuk saham berkenaan akan dibuat segera, mengikut syarat-syarat Tawaran.
Syarat minimum dalam Tawaran itu iaitu satu saham melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan saham diterbitkan (termasuk saham terhad, saham yang boleh dikeluarkan kepada pemegang opsyen saham dan saham yang boleh dikeluarkan kepada pemegang saham iaitu 3.50% Nota Senior Boleh Tukar daripada Monster yang tamat pada tahun 2019 yang dengannya Monster telah menerima notis terlaksana yang disempurnakan sewajarnya) yang dikemukakan secara sah kini telah dipenuhi, dan Randstad berhasrat untuk menyempurnakan pengambilalihan Monster serta merta menerusi penggabungan di bawah Seksyen 251(h) Undang-undang Perbadanan Awam Negeri Delaware. Hasil penggabungan itu, setiap saham biasa Monster yang tidak dikemukakan dalam Tawaran itu (selain saham yang dipegang oleh Monster, Randstad atau anak-anak syarikat milik penuh masing-masing secara langsung atau secara tidak langsung, dan selain saham yang dipegang oleh pemegang saham Monster yang telah menyempurnakan hak-hak penilaian berkanun mereka dengan sempurna dan sah di bawah Seksyen 262 Undang-undang Perbadanan Awam Negeri Delaware) akan ditukar kepada hak untuk menerima $3.40 bagi setiap saham secara tunai, tanpa faedah ke atasnya dan ditolak dengan mana-mana cukai pegangan yang dikenakan. Setelah selesai penggabungan itu, Monster akan menjadi anak syarikat milik penuh Randstad.
Latar Belakang Randstad
Randstad mengkhusus dalam penyelesaian dalam bidang perkhidmatan kerja anjal dan sumber manusia. Perkhidmatan mereka merangkumi pekerja sambilan biasa dan jawatan tetap serta Perkhidmatan Dalam, Profesional, Pencarian & Pemilihan, penempatan luar, dan penyelesaian HR (Sumber Manusia). Randstad Group ialah salah satu peneraju perkhidmatan HR di dunia, dengan kedudukan tiga teratas di Argentina, Belgium & Luxembourg, Kanada, Chile, Perancis, Jerman, Greece, India, Mexico, Belanda, Poland, Portugal, Sepanyol, Switzerland, UK, dan Amerika Syarikat, serta kedudukan utama di Australia dan Jepun. Pada tahun 2015, Randstad mempunyai kira-kira 29,750 kakitangan korporat dan kira-kira 4,473 cawangan dan lokasi setempat dalam 39 negara di seluruh dunia. Randstad menjana keuntungan sebanyak €19.2 bilion pada tahun 2015. Randstad ditubuhkan pada 1960 dan beribu pejabat di Diemen, Belanda. Randstad Holding nv disenaraikan di Euronext Amsterdam, di mana opsyen untuk saham dalam Randstad juga didagangkan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.randstad.com.
Latar Belakang Monster Worldwide
Monster Worldwide, Inc. (NYSE: MWW) ialah peneraju dunia dalam menghubungkan orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan, di mana-mana mereka berada. Selama lebih 20 tahun, Monster telah membantu orang ramai mengubah kehidupan mereka menerusi pekerjaan yang lebih baik, manakala majikan pula dapat mencari bakat terbaik. Hari ini, syarikat ini menawarkan perkhidmatan di lebih 40 buah negara, menyediakan antara keupayaan pencarian pekerjaan, pengurusan kerjaya, perekrutan dan pengurusan bakat yang paling luas serta paling canggih. Monster meneruskan usaha rintis mereka dalam mengubah industri perekrutan menerusi teknologi canggih yang menggunakan penyelesaian digital, sosial dan mudah alih pintar, termasuk laman sesawang kebanggaan kami Monster.com® selain rangkaian produk dan juga perkhidmatan kami yang cukup luas. Untuk maklumat lanjut, layari www.monster.com/about.
Kenyataan Jangkaan
Kenyataan yang terdapat dalam siaran akhbar ini mengandungi kenyataan jangkaan, yang secara umumnya merupakan kenyataan yang bukan melibatkan fakta sejarah. Kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti melalui perkataan, "mengharap", "menjangka", "percaya", "berhasrat", "mengagak", "merancang", "akan", "berpandangan" dan istilah-istilah lain yang serupa. Kenyataan jangkaan adalah berdasarkan rancangan, jangkaan, andaian dan ramalan semasa pihak pengurusan, merujuk hanya ketika kenyataan ini dibuat dan termasuk tanpa had, kenyataan berkaitan penyempurnaan tawaran tender yang dirancang dan penggabungan itu, kenyataan berkaitan jangkaan pemfailan berkaitan tawaran tender serta penggabungan itu, kenyataan berkaitan penyempurnaan tawaran tender yang dijangka dan penggabungan itu, dan kenyataan berkaitan kemampuan Merger Sub melengkapkan tawaran tender dan penggabungan itu dengan mengambil kira pelbagai syarat penutupan. Randstad dan Monster tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan berdasarkan maklumat baharu atau kejadian masa depan, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Kenyataan jangkaan melibatkan kebarangkalian risiko dan ketidakpastian, kebanyakannya sukar diramal dan secara umumnya di luar kawalan mana-mana syarikat, termasuk yang berikut: (a) berlakunya sebarang kejadian, perubahan atau keadaan lain yang boleh membawa kepada pembatalan perjanjian penggabungan itu; (b) ketidakupayaan untuk menyempurnakan transaksi itu berikutan kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat transaksi; (c) risiko bahawa transaksi yang dicadangkan mengganggu perancangan dan operasi semasa; (d) kesukaran atau perbelanjaan di luar jangkaan berhubung penyatuan Monster ke dalam Randstad; (e) risiko bahawa pengambilalihan itu tidak dilaksanakan sebagaimana dirancang; dan (f) kesukaran yang mungkin timbul berhubung pengekalan kakitangan berikutan penyempurnaan transaksi itu. Keputusan atau hasil sebenar mungkin jelas berbeza berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan, akibat daripada beberapa faktor, kebanyakannya dibincangkan dengan lebih terperinci dalam laporan awam setiap syarikat yang telah difailkan atau akan difailkan dengan SEC atau Bursa Saham Amsterdam.