BENGALURU dan LONDON, Nov. 1, 2016 /PRNewswire/ --
Sutures India telah dianugerahkan dengan anugerah Syarikat Produk Perubatan Habis Guna India bagi tahun 2016 oleh Frost & Sullivan. Anugerah itu diberikan kepada Sutures India, sebagai pengiktirafan kepada portfolio produk mereka yang pelbagai dalam penjagaan luka; pertumbuhan perniagaan yang pesat dan tumpuan inovasi syarikat, muncul sebagai jenama dipercayai dalam ruang industri produk perubatan habis guna. Daripada sebuah syarikat satu produk (sutur), Sutures India hari ini mengeluarkan sebuah rangkaian produk perubatan habis guna:
- Sutur khas
- Gentian pelekapan ortopedik
- Kateter Foley
- Sarung tangan pembedahan
Ketua Pegawai Eksekutif Sutures India memaklumkan pihak media, "Kami sangat gembira dianugerahkan Syarikat Produk Perubatan Habis Guna India 2016 oleh Frost & Sullivan. Ini adalah testimoni kepada peluasan pasaran domestik dan antarabangsa sepanjang beberapa tahun lalu. Produk kami mendapat kelulusan CE dan unit pengeluaran kami adalah satu daripada cuma beberapa kilang pengeluaran yang diluluskan USFDA. Produk kami diterima baik oleh pakar bedah di lebih 100 negara. Sebagai sebahagian daripada Fasa 2 strategi peluasan kami, Sutures India sedang mencari rakan kongsi strategik/OEM/perniagaan yang sesuai untuk pengembangan pasaran di negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Filipina, Vietnam dan Indonesia," - En. Dinesh Lodha, Ketua Pegawai Eksekutif.
Sutures India memiliki kehadiran yang signifikan di pasaran Asia, dengan kehadiran di China, Taiwan, Malaysia, dan Thailand. Di samping Jualan Institusi yang besar, Sutures India telah mula membina jenama dengan mempromosikan produknya secara global kepada pakar bedah.
Latar Belakang Sutures India (http://www.suturesindia.com/):
Sutures India ditubuhkan pada 1992 di Bangalore, India dengan misi untuk melindungi kehidupan. Sutures India bermula dengan mengeluarkan suture usus. Dengan sokongan dan bimbingan berterusan daripada fraterniti klinikal dan pelaburan signifikan yang berterusan dalam pembangunan produk, Sutures India menambah portfolio sutur bedah dan produk lain yang lebih meluas. Hari ini Sutures India memiliki satu rangkaian penuh sutur bedah merangkumi bidang terapeutik seperti obstetrik/ginekologi, gastroenterologi, pembedahan umum, pembedahan ortopedik, pembedahan kardiovaskular, pembedahan neuro, pemindahan organ dan sebagainya.
Kebanggaan Sutures India terletak pada hakikat bahawa kami menawarkan penyelesaian berkualiti terbaik kepada pakar bedah, doktor, dan hospital di 100 negara termasuk negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, UK, Poland, China.
Pensijilan & kelulusan kualiti:
510 K notifikasi pra-pasaran ke pasaran AS, CE, GMP, GLP, ISO 9001, ISO 13485
Anugerah Frost & Sullivan:
http://ww2.frost.com/about/best-practices-recognition/hall-fame/sutures-india
Hubungan Media:
Raja AP
+91-9535363587
raja.ap@suturesindia.com
Deepu Iyengar
+91-9731834433
deepu.i@suturesindia.com
Sutures India Pvt Ltd
Sumber: Sutures India Pvt Ltd