omniture

Lebih 3 Juta Kanak-kanak Bawah Usia 5 Tahun Bakal Maut Akibat Penyakit Berjangkit Tahun Hadapan

Laporan global baharu menekankan 5 langkah mudah untuk meningkatkan amalan kebersihan dan mengurangkan beban penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia
Majlis Kebersihan Global
2016-11-03 00:01 611

LONDON, 3 November 2016 /PRNewswire/ --Majlis Kebersihan Global (GHC) hari ini menyiarkan laporan "Langkah Kecil untuk Perubahan Besar" ("Small Steps for Big Change"), yang mengkaji beban yang membimbangkan terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, selain menggesa keluarga, masyarakat dan golongan profesional penjagaan kesihatan untuk melaksanakan 5 langkah mudah bagi meningkatkan amalan kebersihan setiap hari dan menghentikan kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak akibat jangkitan yang boleh dicegah.

Laporan tersebut menekankan bahawa lebih 3 juta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun maut akibat mengalami penyakit berjangkit pada setiap tahun,[1] hampir satu juta kanak-kanak maut akibat pneumonia setiap tahun,[1] manakala lebih 700,000 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun maut akibat cirit-birit.[2]   

"Sukar untuk diterima bahawa kebanyakan penyakit berjangkit yang boleh dicegah seperti cirit-birit masih menjadi salah satu daripada pembunuh nombor satu dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia," kata Profesor John Oxford, pakar penyakit berjangkit dari UK dan Pengerusi GHC. "Amalan membasuh tangan menggunakan sabun terbukti dapat mengurangkan kadar kematian akibat cirit-birit sebanyak 50% dan dengan melaksanakan pelan 5 langkah ini, kami ingin menyampaikan maklumat yang jelas dan tekal tentang sejauh mana perubahan kecil yang dilakukan terhadap amalan kebersihan dapat memberi impak yang besar terhadap kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia."

Pelan 5 langkah ini diwujudkan oleh pakar-pakar GHC, yang terdiri daripada pakar kanak-kanak, pakar penyakit berjangkit dan pakar kesihatan awam dari UK, Perancis, AS, Nigeria dan juga Afrika Selatan. 5 langkah ini memberi tumpuan kepada membuat perubahan kecil seperti meningkatkan amalan membasuh tangan dan mencegah penyebaran jangkitan di rumah. Perubahan besar yang bakal terhasil termasuk pengurangan separuh kadar jangkitan cirit-birit selain pengurangan beban jangkitan biasa terhadap kanak-kanak seperti selsema dan influenza.

"Amalan kebersihan peribadi dan di rumah yang kurang baik sering dikenal pasti sebagai punca utama penyebaran jangkitan melibatkan demam selesema, influenza dan cirit-birit," kata Profesor Oxford. "Keluarga, masyarakat dan golongan profesional penjagaan kesihatan perlu menyedari bahawa amalan kebersihan yang ditingkatkan merupakan langkah pertama bagi mengelakkan jangkitan dengan berkesan dan melaksanakan penjagaan kebersihan yang lebih baik dapat memberi kesan yang ketara dan positif terhadap kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia."

"Five Small Hygiene Steps" Video: https://www.youtube.com/watch?v=tN8Em-QYF50

Untuk melihat laporan "Langkah Kecil untuk Perubahan Besar" yang lengkap, layari: http://www.hygienecouncil.org

Untuk mendapatkan maklumat media lanjut dan untuk mengadakan temu bual media, sila hubungi: Catherine Major melalui talian +44-(0)-1444-811099 atau e-melkan kepada: Catherine@Spinkhealth.com (atau info@hygienecouncil.org )

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161012/427744 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161012/427745-INFO 

Source: Majlis Kebersihan Global
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Not for profit Survey, Polls & Research