omniture

Tim Castree Dipilih CEO Global MEC setelah Charles Courtier Meletak Jawatan

GroupM
2016-11-03 12:47 523

NEW YORK, 3 November 2016 /PRNewswire/ -- GroupM, sebuah kumpulan pelaburan media WPP hari ini mengumumkan peralihan kepimpinan di MEC, sebuah agensi media global yang terkemuka. Setelah hampir 20 tahun berkhidmat di WPP dan 14 tahun memimpin MEC, Charles Courtier meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global bagi memberi tumpuan kepada minat beliau di luar syarikat. Bakal menggantikan beliau ialah Tim Castree yang akan memimpin 5,000 kakitangan MEC yang mengurus lebih $25 bilion pelaburan pengiklanan setiap tahun untuk pelanggan penting dalam 93 negara. Courtier akan terus memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MEC sehingga tempoh peralihan dan meletak jawatan pada akhir tahun ini, namun masih terus berkhidmat untuk WPP hingga Jun 2017. Castree akan menyandang jawatan baharu pada Januari 2017.

generated by system

"Saya amat berbangga dengan apa yang telah kita capai di MEC dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan individu yang begitu unik dalam sebuah agensi yang benar-benar istimewa ini. Walau bagaimanapun, ini merupakan saat yang tepat untuk saya meneruskan perjalanan hidup saya dan memulakan kehidupan baharu," kata Courtier.

"Charles amat penting dalam usaha pengembangan global MEC; beliau meninggalkan MEC dengan budaya mantap yang memberi tumpuan untuk memacu pertumbuhan pelanggan dan menjadi antara lima agensi terbaik di dunia dalam tempoh yang lama," kata Irwin Gotlieb, Pengerusi, GroupM Global. "Kami amat berterima kasih kepada Charles dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dalam fasa baharu kehidupan beliau."

Castree akan ditempatkan di New York dan bakal melaporkan diri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Global GroupM, Kelly Clark. Castree akan bekerjasama dengan pasukan kepimpinan global MEC bagi melaksanakan visi serta strategi bagi memastikan kecemerlangan khidmat pelanggan MEC, pembangunan produk dan juga kemajuan perniagaan. Beliau memanfaatkan pengalaman selama 20 tahun untuk jawatan baharu ini, yang merangkumi agensi kreatif, media dan juga digital. Terkini, beliau menyandang jawatan selaku Pengarah Urusan Videology di Amerika Utara, yang bertanggungjawab dalam membangunkan penyelesaian video berprogram yang inovatif untuk agensi, pelanggan serta syarikat media.

Sebelum berkhidmat untuk Videology, beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi AS untuk Mediavest, Publicis Group, dan beliau bertanggungjawab memimpin penyediaan perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan utama termasuk American Honda Motor Company, Mondelēz, Coca-Cola, Microsoft dan Sprint. Terdahulu, beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan Global untuk Starcom MediaVest Group, dan beliau bertanggungjawab memimpin usaha penglibatan P&G global mereka merentasi 70 negara. Beliau memulakan kerjaya bersama Leo Burnett di Melbourne, Australia dan kemudiannya menyandang pelbagai jawatan bersama FCB, Ogilvy, dan BBH.

Clark berkata: "Tim merupakan pemimpin terbukti yang akan membawakan visi dan tenaga untuk MEC. Beliau mempunyai fokus khusus terhadap pelanggan dan segala keperluan mereka agar berjaya dalam pasaran masa kini yang amat kompleks dan berdaya saing. Pengalaman luas beliau melibatkan pelanggan, agensi dan lokasi akan membantu pasukan MEC untuk terus berkembang."

Latar Belakang GroupM

GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama yang menyediakan perkhidmatan selaku syarikat induk kepada agensi media WPP termasuk Mindshare, MEC, MediaCom, Maxus, dan Essence, selain platform media digital berprogram, Xaxis, yang setiap satunya mempunyai kedudukan utama dalam pasaran global. Matlamat utama GroupM adalah untuk memaksimumkan prestasi agensi media WPP melalui peranan sebagai peneraju dan rakan usahasama dalam perdagangan, penciptaan kandungan, sukan, digital, kewangan dan pembangunan instrumen proprietari. Fokus GroupM adalah untuk memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan buat para pelanggan, pihak berkepentingan dan juga orang ramai dan terus bekerjasama dengan erat demi kepentingan pelanggan menerusi kumpulan pengurusan pelaburan data WPP, Kantar. GroupM dan Kantar bersama-sama menyumbang lebih 50% perolehan kumpulan WPP iaitu sebanyak lebih $20 bilion.

Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com. 
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter 
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm

Maklumat Perhubungan Media: 
Samantha.Kops@GroupM.com 
+1 917.421.3019 (A.S.)

Source: GroupM
Related Links:
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Personnel announcements