omniture

NashTech Diumumkan sebagai Syarikat IT Kedua Terbesar di Vietnam

NashTech
2016-11-03 14:37 588

LONDON, Nov.3, 2016 /PRNewswire/ -- NashTech, sebahagian daripada Harvey Nash Group, diiktiraf sebagai syarikat teknologi kedua terbesar di Vietnam, menaiki anak tangga dari tempat ketiga pada tahun 2015, dalam senarai rasmi 50 Syarikat IT Terbaik oleh Persatuan Perisian dan Perkhidmatan IT Vietnam -- VINASA.

NashTech terpilih sebagai salah sebuah "syarikat paling cemerlang bagi tahun 2016 di Vietnam" dan dipilih oleh Jawatankuasa Penyelidik menurut beberapa kriteria dan piawaian antarabangsa yang ketat.

Paul Smith, Pengerusi, NashTech mengulas: "Kemajuan yang dicapai oleh kami disumbangkan oleh banyak faktor, namun faktor paling penting ialah kebebasan kreatif dalam kalangan kakitangan kami. Bermula daripada warisan kami dari segi kemahiran tinggi dalam pembangunan perisian dan penyumberan luar proses perniagaan, kakitangan profesional kami yang berbakat ini berjaya memperbaharui dan memperluas tawaran kami bagi menyediakan khidmat nasihat digital, pengkomputeran awan dan juga analitik."

"Kami menjangkakan peningkatan perkhidmatan eksport yang lebih tinggi dari Vietnam, menyediakan bidang pekerjaan baharu yang penting untuk industri ICT dan rundingan selain membawakan pengalaman dan pelbagai kemahiran baharu untuk tenaga kerja tersebut. NashTech mengeksport perkhidmatan ICT ke UK, AS, Australia, Jepun, Eropah dan juga Korea, melalui cawangan-cawangan globalnya."

NashTech telah beroperasi di Vietnam sejak tahun 2000, menyediakan perkhidmatan penyumberan luar perisian dan proses perniagaan untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia melalui tenaga kerjanya yang terdiri daripada lebih 2,000 jurutera profesional dan juga pakar proses.

Latar Belakang NashTech 

NashTech ialah pembekal penyumberan luar bidang IT bertaraf global yang mengkhusus dalam Pembangunan Aplikasi, Perkhidmatan Awan, Pembangunan Platform Digital, Analitik dan Integrasi Sistem. Menggajikan lebih 2,000 kakitangan di seluruh dunia, NashTech telah menyediakan penyelesaian perkhidmatan perisian dan proses perniagaan ditempah khas untuk syarikat-syarikat terkemuka, kerajaan-kerajaan dan institusi-institusi dari pusat-pusat Vietnam mereka sejak tahun 2000.

Kunjungi http://www.nashtechglobal.com

Latar Belakang Persatuan Perisian dan Perkhidmatan IT Vietnam (VINASA) 

VINASA ialah sebuah persatuan kebangsaan, bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan sejak tahun 2002. Program Promosi Perdagangan Tahunan VINASA memperkenalkan dan mempromosikan kebolehan serta pasaran industri IT Vietnam, selain menyediakan maklumat yang tepat, komprehensif dan terkini tentang daya saing, reputasi jenama, produk, pasaran, potensi pembangunan bagi 50 syarikat terkemuka, selain keperluan mereka untuk mencari pelanggan dan juga rakan kongsi baharu dalam tiga bidang industri IT Vietnam yang utama:

  1. BPO, ITO dan KPO
  2. Perisian, Penyelesaian dan Perkhidmatan IT
  3. Kandungan Digital, Aplikasi dan Penyelesaian untuk Peranti Mudah Alih

Hubungi
Victoria Cowell
Pengurus Pemasaran
Tel: +44-(0)-207-333-1441
E-mel: victoria.cowell@nashtechglobal.com

Paul Smith
Pengerusi Eksekutif
Tel: +44-(0)-207-333-8778
E-mel: paul.smith@nashtechglobal.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161102/435263LOGO 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161102/435264

Source: NashTech
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Awards