omniture

Honor Mengumumkan Jualan Promosi Gala di 16 Negara

Honor
2016-11-09 08:22 884

E-jenama telefon pintar utama rancang tawaran promosi global terbesar untuk berjuta-juta pelanggan dan peminat seluruh dunia

SHENZHEN, China, 9 November 2016 /PRNewswire/ -- Jenama Telefon Pintar Global, Honor mengumumkan rancangan mengadakan jualan Gala Honor, yang diadakan setiap tahun menerusi rangkaian platform e-dagang globalnya. Acara promosi itu, yang bakal bermula pada 11 November ini, akan berlangsung di seluruh dunia menerusi platform global Honor dan menyediakan banyak tawaran promosi serta keriangan tanpa henti kepada pelanggan di 16 negara.

Program Penjualan Honor Gala – beli Honor 8 lewat Honor Gala.
Program Penjualan Honor Gala – beli Honor 8 lewat Honor Gala.

Tawaran promosi Gala ini akan menawarkan model-model seperti Honor 8, Honor 5X dan Honor 7, yang kesemuanya merupakan produk-produk canggih daripada Honor yang dicipta khusus untuk golongan milenia. Dengan wawasan untuk meningkatkan pengalaman pengguna, Honor turut memperkenalkan prebiu versi beta bagi naik taraf sistem Android 7.0. Naik taraf sistem ini akan disediakan untuk Honor 8 bagi menguji dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna sepanjang musim jualan, di A.S., U.K., India dan juga Perancis.

"Kepelbagaian saluran pengagihan kami – e-kedai kami, perkongsian kami dengan rakan-rakan e-dagang penting termasuk Amazon, Ulmart, Flipkart selain keberadaan kami dalam saluran global yang lain – membantu kami bagi menjadi jenama telefon pintar e-dagang yang berjaya dalam tempoh yang amat singkat," kata Ketua Perniagaan Luar Negara Honor, Gang Zhao. "Inisiatif ini adalah sejajar dengan visi Honor untuk mewujudkan hubungan yang lebih kukuh bersama kumpulan pelanggan digital yang pesat berkembang, dan menjadi bukti jelas terhadap kejayaan mantap berhubung pendekatan jualan dalam talian ini. Kami akan terus menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan kami melalui kempen jualan promosi global ini."

Jualan tahun 2016 akan menyaksikan tawaran promosi ditawarkan di Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Portugal, Switzerland, United Kingdom, Sepanyol, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Rusia, Malaysia, India dan juga China.

Sejak tiga tahun lalu, Honor menjadi e-jenama telefon pintar terkemuka dengan hasil jualan mencecah US$6 bilion dan 40 juta unit telefon telah dijual pada tahun 2015. Setakat ini, Honor berbangga mengumpulkan seramai 60 juta pengguna dan 90 juta peminat. Beroperasi di seluruh dunia dan tanpa sempadan geografi, Honor terus membawa perubahan terkini menerusi model-model perniagaan e-dagangnya.

Tawaran promosi mengikut tempat dan platform*

Kawasan

Negara

Tawaran Promosi

Platform

Eropah Barat

Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Portugal, Switzerland, United Kingdom, Sepanyol

Jualan Gila-gila Honor: Setiap jam mulai 9PAGI hingga 9MALAM, 1 unit Honor 8, Honor 7, Honor 7 Premium dan Z1 dijual hanya berharga 1€

 

 

https://www.vmall.eu/

Menangi Baucar EURO 30 untuk Honor 8

Dapatkan baucar EURO 200 HRS percuma untuk Honor 8

Amerika Syarikat

Seluruh Amerika Syarikat

Dapatkan $150 dan dapatkan potongan sebanyak $30 untuk semua produk

https://store.hihonor.com/us/

Dapatkan $300 dan dapatkan potongan sebanyak $50 untuk semua produk

Timur Tengah

Arab Saudi & Emiriah Arab Bersatu

Potongan sehingga 90% untuk Honor 7

https://store.hihonor.com/ae/

Diskaun sehingga AED 300 untuk Zero 1 & Honor 5X

Hadiah aksesori untuk Honor 8

Rusia

Seluruh Rusia

Potongan sehingga 50% untuk A1 & Honor 8

https://honor.huawei.ru

citilink, Ulmart, MTS Online

Jualan pantas 1 Hari 1 telefon bernilai RUB 1111 untuk Honor 5X

3000 kupon untuk Honor 8

Malaysia

Seluruh Malaysia

Jualan pantas aksesori berserta kayu selfie

https://www.vmall.my/

Jualan 'bundle' pada 11.11 untuk Honor 5X dengan penutup pelindung dan kayu selfie

Tawaran diskaun istimewa untuk Zero 1

India

Seluruh India

Potongan sehingga RS 4000 untuk Honor 7

https://store.hihonor.com/in/event/gala

Potongan sebanyak RS 1000 untuk Honor 5C

*Rujuk halaman tempatan bagi mendapatkan butiran yang tepat*

Latar Belakang Honor

Honor ialah sebuah e-jenama telefon pintar terkemuka yang bernaung di bawah Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani" ("For the Brave"), jenama tersebut dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan aksi, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Prebiu versi beta Android 7.0 akan disediakan untuk Honor 8 di A.S, U.K, India dan Perancis.
Prebiu versi beta Android 7.0 akan disediakan untuk Honor 8 di A.S, U.K, India dan Perancis.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161108/0861611634-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161108/0861611634-b  

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics