omniture

EuropaCorp dan Lexus Perkenal Kapal Angkasa ke-28 'SKYJET' dalam Kisah Epik Sains Fiksyen Akan Datang: Valerian and the City of a Thousand Planets

Lexus International
2016-11-11 13:20 552

TOKYO, 11 November 2016 /PRNewswire/ --

LIHATLAH 'SKYJET', DIPERKENALKAN DALAM TRELER PENARIK RASMI VALERIAN HARI INI:

HTTP://VALERIANMOVIE.COM  

Hari ini, Lexus mengumumkan pembentukan kerjasama kreatif dengan studio filem EuropaCorp. Salah satu intipati utama daripada kolaborasi ini ialah terhasilnya filem sains fiksyen yang amat dinanti-nantikan bagi tahun 2017, Valerian and the City of a Thousand Planets, dibintangi oleh Cara Delevingne dan Dane DeHaan. Lexus bekerjasama dengan pasukan kreatif Valerian, yang berusaha membayangkan dan menghidupkan visi SKYJET, kapal angkasa pengejar satu tempat duduk yang ditampilkan dalam filem itu.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161109/437450 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161109/437451 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161109/437452 )

Treler penarik epik yang diperkenalkan secara dalam talian hari ini (http://valerianmovie.com) memberi peluang kepada peminat yang sudah lama menanti dengan paparan pertama rakaman daripada filem itu. Penonton juga berpeluang melihat kelibat SKYJET terbang merentasi kubu kota antara galaksi Alpha.

Pasukan Valerian mencipta SKYJET dengan matlamat untuk menampilkan kenderaan yang berasal dari alam realiti namun sesuai dengan dunia Valerian,700 tahun pada masa depan. Pasukan kreatif itu bertemu dengan Ketua Jurutera Lexus, Takeaki Kato dan pasukan reka bentuk Lexus, bagi membincangkan usaha untuk merangkumkan teknologi realistik dan imaginatif selain isyarat reka bentuk kontemporari untuk iterasi peringkat akhir SKYJET.

Reka bentuk SKYJET turut melibatkan tafsiran yang diadaptasi daripada jerejak "spindel" khusus Lexus, dan reka bentuk lampu hadapan yang serupa dengan Lexus LC coupe 2018 yang begitu dinanti-nantikan, ditakrifkan oleh bentuk yang kukuh dan aerodinamik.

Valerian and the City of a Thousand Planets menampilkan bintang-bintang terkemuka termasuk Clive Owen, Ethan Hawke, Rihanna, dan Kris Wu. Projek itu merupakan filem paling berwawasan oleh Luc Besson setakat ini dan merupakan wayang gambar Eropah dengan belanja termahal yang pernah diterbitkan. Filem cereka itu merupakan adaptasi daripada siri komik Perancis 'Valérian,' ditulis oleh Pierre Christin dan dilukis oleh Jean-Claude Mézières. Filem tersebut diterbitkan oleh Virginie Besson-Silla.

Mengulas tentang perkongsian itu, pengarah Luc Besson berkata, "Untuk jalinan kerjasama ini, kami ingin mencari jenama yang menjadi perintis untuk inovasi dan teknologi, yang memberi tumpuan terhadap masa depan dan bukannya masa lampau."

Jenama itu bakal menyediakan pengalaman peminat yang unik dalam tempoh sembilan bulan akan datang, diwujudkan agar dapat membawakan peminat seluruh dunia lebih dekat dengan aksi tersebut, seterusnya kepada pelancaran filem itu pada Julai 2017.

Mengulas tentang tahap kemajuan SKYJET, David Nordstrom, Pengurus Besar Jabatan Penjenamaan Global di Lexus menambah: "Sebagai peminat filem dan hasil kerja Luc terdahulu, Lexus bertuah kerana dapat membantu impian Luc menjadi kenyataan. Kami teruja dengan cabaran untuk membawakan falsafah reka bentuk dan inovasi teknologi Lexus ke dalam projek ini. Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan EuropaCorp dalam usaha kami memberikan pengalaman paling menakjubkan kepada penonton dalam tahun-tahun akan datang."

Ketahui lebih lanjut tentang VALERIAN AND THE CITY OF A THOUSAND PLANETS melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/ValerianMovie
Twitter: https://twitter.com/ValerianMovie
Instagram: https://instagram.com/valerianmovie/

 #Valerian 

Facebook: https://www.facebook.com/LexusInternational
Twitter: https://twitter.com/LexusInt
Instagram: https://www.instagram.com/beyondbylexus/
http://www.lexus-int.com/

LATAR BELAKANG VALERIAN  

Berlandaskan siri novel grafik klasik, Valerian and Laureline – penulis/pengarah berwawasan Luc Besson melanjutkan sumber bahan yang ikonik ini menjadi kisah sains fiksyen yang kontemporari, unik dan epik.

Valerian (Dane DeHaan) dan Laureline (Cara Delevingne) ialah kakitangan khas wilayah manusia milik kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan ketenteraman di seluruh alam semesta. Di bawah arahan Komander mereka (Clive Owen), Valerian dan Laureline memulakan misi perjalanan ke bandar antara galaksi Alpha yang menakjubkan, bandar raya metropolis yang terus berkembang, merangkumi ribuan spesies berbeza dari empat penjuru alam semesta. Tujuh belas juta penduduk Alpha berhimpun dari masa ke masa – menyatukan bakat, teknologi dan sumber mereka untuk kebaikan semua. Malangnya, tidak semua penduduk Alpha mempunyai objektif yang sama; bahkan, satu kuasa ghaib sedang mengatur rancangan, mengancam keamanan penduduk.

LATAR BELAKANG LEXUS  

Sejak mula diperkenalkan ke dalam pasaran A.S. pada tahun 1989, Lexus telah meraih reputasi dari seluruh dunia menerusi produknya yang berkualiti tinggi dan khidmat pelanggannya yang cemerlang. Terkenal dengan keandalan kenderaannya yang begitu luar biasa, Lexus merupakan peneraju kenderaan hibrid mewah, menawarkan ciri hibrid yang menggabungkan teknologi inovatif dan kemewahan terunggul. Sehingga kini, Lexus telah berkembang ke dalam lebih 90 pasaran seluruh dunia. Perkembangan Lexus bukan sahaja mencerminkan reka bentuk kenderaan terkini yang progresif, tetapi juga misi jenama untuk menarik perhatian pengguna mewah generasi akan datang menerusi kesedaran, produk dan perkhidmatan yang berwawasan, asli serta menarik. http://www.lexus-int.com

LATAR BELAKANG EUROPACORP  

EuropaCorp ialah studio filem dan televisyen global yang ditubuhkan oleh pengarah, penulis skrip dan penerbit berwawasan Luc Besson (The Big Blue, La Femme Nikita, Léon: The Professional, The Fifth Element, The Lady dan Lucy).  EuropaCorp telah menerbitkan francais Taken dan The Transporter yang mencetuskan kejayaan berfenomena serta Lucy yang menjadi blokbuster global, antara filem-filem lain yang mencipta kejayaan di seluruh dunia. Senarai filem akan datang oleh studio itu termasuk Shut In, dibintangi oleh Naomi Watts; Miss Sloane, dibintangi oleh Jessica Chastain; filem aksi ngeri Renegades, dibintangi oleh Sullivan Stapleton dan juga JK Simmons.

Source: Lexus International
Keywords: Auto Entertainment Film & Motion Picture Transportation Licensing/marketing agreements