Keluaran baharu menyokong kolaborasi sains terbuka global dan melenyapkan andaian dalam penyerahan jurnal
PHILADELPHIA, 14 November 2016 /PRNewswire/ -- Clarivate Analytics, sebelum ini dikenali sebagai perniagaan Intellectual Property & Science Thomson Reuters hari ini mengumumkan EndNote™ X8, pelelaran terbaru perisian terkemuka bagi penyelidik, pustakawan dan pelajar untuk mencari, mengurus dan mencipta bibliografi, kutipan petikan dan rujukan untuk menjadikan penyelidikan lebih pintar.
Kolaborasi penyelidikan telah diberi nafas baharu dalam zaman digital ini. Sejak 1998 hingga 2011, kuantiti kertas hasil kajian dengan 50 atau lebih penulis meningkat sekali ganda daripada kira-kira 500 setahun kepada lebih 1,000. Dengan penyelidikan yang semakin meningkat, versi EndNote terkini memenuhi kehendak trend ini dan membolehkan para penyelidik bekerja dengan lebih pintar untuk menghasilkan kajian baharu di mana saja mereka berada. EndNote X8 kini termasuk sokongan untuk berkongsi keseluruhan pustaka penyelidikan EndNote, termasuk rujukan, PDF dan anotasi dengan maksimum 100 orang. Pengkolaborasi boleh menambah, menganotasi dan memetik daripada pustaka yang dikongsi dalam masa sebenar, tanpa had penstoran awan dan tiada kos tambahan. Suapan aktiviti terbina dalam membolehkan pengguna mengenal pasti ahli baharu dan menjejaki perubahan terakhir yang dibuat kepada pustaka itu oleh para kolaborator.
"Matlamat kami ialah memenuhi keperluan pasaran dan khususnya pengguna akhir," kata George Kowal, ketua penyelesaian penyelidik di Clarivate Analytics. "X8 memenuhi keperluan ini dengan membolehkan penyelidikan mereka mencapai kemajuan dengan lebih berkesan menerusi kolaborasi yang dipertingkat."
Dengan persaingan yang sengit untuk diterbitkan pada ketika ini, kelewatan akibat daripada rujukan yang tidak diurus dengan baik sudah tidak lagi berlaku apabila rujukan yang teratur hanyalah di hujung jari. EndNote memastikan penggunanya bergerak seiring dengan dunia penyelidikan dan penerbitan sarjana yang sentiasa berubah dengan menyediakan keupayaan untuk mencari, menyusun dan berkongsi bahan rujukan, selain menyusun bibliografi secara automatik, mengurangkan masa yang diambil untuk mengumpul penyelidikan dan menulis manuskrip, memohon paten dan membuat kertas cadangan geran. Selain itu, menerusi padanan manuskrip EndNote, para pengguna boleh mengurangkan risiko penolakan penerbitan dengan mengenal pasti jurnal yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menerima penyelidikan mereka berdasarkan analisis puluhan juta hubungan petikan dalam Web of Science™, koleksi data yang diindeks dengan teliti daripada ribuan jurnal terbitan ratusan penerbit global.
"Sebagai sumber utama pengurusan rujukan dalam industri, EndNote memainkan peranan penting dalam landskap penyelidikan yang mendesak pada masa kini serta peralihan trend dalam kolaborasi berbilang bidang dan penyelidikan global," kata Jessica Turner, ketua global kerajaan dan akademia di Clarivate Analytics. "Dengan 4 juta pengguna dari lebih 100,000 syarikat dan institusi akademi di seluruh dunia, kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh EndNote dalam proses penyelidikan dan kekal komited sepenuhnya dalam menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian pengurusan rujukan terbaik untuk masa depan."
EndNote X8 tersedia untuk Mac dan Windows serta mudah diselaraskan dengan EndNote dalam talian dan aplikasi EndNote iPad.
Untuk maklumat lanjut tentang EndNote, atau memohon 30-hari tempoh percubaan percuma, lawati: endnote.com/downloads/30-day-trial.
Ketahui dengan lebih lanjut tentang Growing Together: Research Collaboration and Technology, (Maju Bersama-sama: Kolaborasi dan Teknologi Penyelidikan) di State of Innovation, baca laporan yang meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kolaborasi, seiring dengan sumber yang boleh menjejak dan menyerlahkan perkongsian penyelidikan di seluruh dunia.
Clarivate Analytics
Clarivate™ Analytics memacu kepesatan inovasi dengan menyediakan pengetahuan mendalam dan analitik yang dipercayai kepada pelanggan di seluruh dunia, membolehkan mereka menemui, melindungi dan mengkomersialkan idea baharu dengan lebih pantas. Sebelum ini dikenali sebagai perniagaan Intellectual Property and Science Thomson Reuters, kami sudah membantu para pelanggan kami lebih dari 60 tahun lamanya. Kini kami merupakan syarikat bebas dengan lebih 4,000 kakitangan, beroperasi di lebih 100 negara di seluruh dunia, dan kekal sebagai pakar yang objektif dan tangkas. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di Clarivate.com.